nuffnang

Monday, April 18, 2011

1st Time Shopping Lepas Pantang

09/04/2011 - Sat

Waaahhh....suka betul aku bila sampai part2 nak shopping2 ni. Lama bebenor tak shopping. Dah ada anak ni of coz la shopping barang anak dulu kan pape pun. Actually Sabtu lepas memang plan nak bawak Irfan round2 kat shopping complex. Dah siapkan dia ensem2 dah. Barang2 dia pun dah siap packing dalam beg. Tinggal nak masuk kereta je. Last2 mak aku suruh tinggalkan je budak kecik tu. Cam kesian kat dia pulak sebab kecik sangat lagi nak bawak rata2....huhuhu...

Maka kami pun pegi la ber'dating' berdua tanpa dirancang :P Bila dah tinggal Irfan tu niat nak jalan jauh sikit terpaksa la di'cancel' coz aku tak ada stok susu pun untuk Irfan kat rumah tu. So kena balik cepat2 sebelum dia lapar balik.

Mula2 tu kitorang singgah kat One Baby World kat Taman Permata. Teringin nak jenguk2 apa ada kat situ since Myo dok ulang alik pegi situ time aku pantang. So aku dapat tengok hasil rembatan je la. Nak jugak cuci2 mata ni kan :P

Boleh tahan jugak kedai ni. Macam2 ada untuk baby n mak baby. Kalau tak reti nak control diri sendiri mau dah aku beli macam2. Last2 decide nak beli 3 barang ni je. BabyLove Baby Bath Support RM 16.90 after less RM13.50. Since dah habis pantang ni kena la bawak2 blaja mandikan Irfan sorang2 kan. Tak lama lagi pun dah nak pindah dok umah sendiri balik. Lagipun dulu time pantang boleh la nak santai2 semua orang tolong buatkan. Sekarang dah habis dah sesi memanjakan diri sendiri T_T


Actually memang mak aku dah ajar camne nak mandikan tu. Tak susah mana pun. Tapi kalau time Irfan ngamuk memang susah jugak la nak control. Habis tangan kaki semua gawang2. Dah la licin kan. Tu yang rasa nak try pakai bath support ni tengok ok ke tak.

Lepas tu beli Autumnz nursing cover RM 43.90 after less RM 37. Bajet kalau jalan2 or pegi umah sesaper nanti boleh la pakai mende ni time nak nyusu Irfan. Entah la berjaya ke tak sebab so far bukan keluar umah sangat pun. Dan beli boto susu Avent ni RM43 after less RM34.40. Before ni pakai botol Baby Kiko. Ok je. BPA free jugak. Tapi saje nak try Avent ni sebab orang cakap bagus. Puas hati aku dapat beli barang even 3 ketul je pun. Tak suka nak beli online. Macam tak puas hati. Aku ni kan kaki shopping. Kalau boleh nak jugak belek2 barang tu before beli ;)

Lepas pegi One Baby World tu kitorang gerak ke Wangsa Walk. Macam tak percaya selama aku dok kat Gombak dulu tak pernah pun terpikir nak pegi sini. Ni baru nak jejak. Pusing2 sikit aku dah bosan. Kaki lenguh pun ada. Maklum la...dah lama tak round2 gini since lepas bersalin ni kan ;)

Keluar je Wangsa Walk kitorang plan nak pegi makan kat kedai Four Happy Seasons yang masuk2 JJCM tu. Tengok kat TV cam sedap pulak la si Qi tu makan. Dah la time tu tak habis pantang lagi...hiks!

On da way nak pegi tu ternampak kedai Manjaku. Singgah jap nak beli diapers. Stok kat rumah dah nak abis. So far dah try Huggies, Pureen Basic Dry 5, Drypers n Pet Pet. Sume ok je except Pureen tu. Cam senang bocor pulak. Lepas tu pelekat dia tu sekali nak tanggal zrekkkk bising kemain. Abis terjaga Irfan kalau nak tukar diapers time dia tido.

Sekarang kitorang stick to Pet Pet je. 1 Pek Newborn tu RM26.90 64 pieces. Paling murah dah la tu. Kalau mahal2 sangat tak larat la kot. Dah la time2 gini Irfan memang rancak membuang :P Yang penting Irfan selesa n tak senang bocor. Dari aritu kitorang asik beli newborn size je. Sedar2 hari tu tengok2 macam dah kecik je bila Irfan pakai. Dah besar rupanya anak aku ni :P Lepas ni kena beli size S pulak...


Rembat barut Tenderly sekali. Banyak pulak nak pakai kadang2 tu especially kalau asik terkena kencing or berak.


Keluar Manjaku terus hala ke kedai. Sampai2 tengok2 kedai tu tutup rapat serapat2nya. Siap ada signboard to let lagi. Padahal signboard logo Four Happy Seasons tu ada lagi. Bukan setakat kitorang. Ada lagi 2 or 3 group pun dok tercengang2 kat luar kedai tu pelik. Ye la kan. Dah la baru kua kat JJCM. Tetiba orang datang tengok2 dah tutup. Apa kes.

Terus masuk balik Wangsa Walk nak cari kedai makan dalam tu. Pusing2 tak tau jugak nak makan kat mana. Last2 singgah Secret Recipe beli Choc Indulgence ngan Marble Cheese cake. 2 slice je. Teringat aku makan Choc Indulgence malam last before aku bersalin hari tu. Sempat jugak makan 1 slice time birthday aku =) Lepas beli kek terus cabut balik. Keluar tak sampai 2 jam pun kot. Last2 balik makan kat rumah jugak...huhuhu...

Kelmarin Myo pegi lagi One Baby World tu. Aku tak ikut pun.Nak beli BabyLove Anti-Slip Bath Mat ni. RM12.30. Patutnya beli yang ni bukan bath support tu...huhuhu... Alang2 Myo dah pegi situ aku mintak tolong belikan Fisher Price Roller Shades ni. RM56.90 Actually aritu dah nampak tapi teragak2 nak beli. Bila dah pikir2 balik nak jugak rembat yang ni letak kat cermin kereta tu.

Dah habis cerita shopping. Mula2 macam nak wusha sale kat Sogo. Tapi jauh sangat kan. Aku kalau kat area KL ni cam malas sikit. Tambah2 dah ada anak ni kan. Berkira2 jugak la nak pegi2 tempat gitu. Nak tinggalkan Irfan lama2 pun tak sedap hati. Kesian pulak kat mak aku kena tolong jaga kan. Tak sabar nak tunggu Irfan besar sikit. Boleh bawak ronda2 tengok dunia (^_^)

p/s: Harga tu aku letak untuk reference aku. Senang nanti nak compare2 kalau singgah kat tempat lain pulak ;)

8 comments:

Shu @ Mrs. Hamid said...

Best! Best! Best!
Shu pun dah buat list barang2 shopping lepas pantang nanti. hehehe...

cuna said...

Cik Shu: hihihi...by da time nk abs pantang nnt mesti list shu tu akn bertmbh lg ;) time bb dlm perut pn kita dh smgt shopping 4 bb. time dh ada dpn mata lg la excited nk beli mcm2 4 dia =)

Ayuraza said...

mak2 mesti excited nak shoping time habis pantang kan..sebab gaji masa pantang tak usik lansung..hehehehe :P

Azian Elias said...

kalau dah ada baby ni, shopping tu mmg utk dia je kan..

cuna said...

Ayuraza: hehehe...tau xpe. bkn setakat shopping je. time ni la nk mkn segala mknn yg ada :P

cuna said...

Kak Yan: aah. nk beli brg sendiri pn kdg2 xjd bila dh nmpk brg baby. sume cam memanggil2 je soh dibeli :D

cerita said...

cuna, jangan bawak baby keluar kat tempat public sangat tau..kecik lagi tu.. Mama akak dulu..sampai nak dekat 6 bulan baru bawak keluar.. sistem imune baby xsekuat kte..bahaya bawak keluar selalu..

cuna said...

Kak Nurul: Erkk 6 bln? lame lg tu...huhuhu...Imran dulu akak bwk jenjalan time bape bln? Skrg ni bwk kua Irfan pn kejap2 je. Kdg2 nk kua tak de org nk jagakn. So kena kua jap bwk dia n blk cpt2 :P