nuffnang

Thursday, April 21, 2011

Tidurlah Wahai Anakku

Time buat entry ni Irfan tengah termenung melayan perasaan...huhuhu...Bagus jugak dia tak tido lagi dekat2 pukul 11 malam ni. Kalau tak memang dari lepas mandi petang pukul 5 tu dia akan tido sampai la pukul 1 or 2 pagi. Lepas tu buntang terus mata tak mo tido sampai Subuh. Time tu memang mencabar habis la nak stay up ngan dia sekali.


Kalau time dia tak tido tu mula boleh la nak termenung sorang2. Lama2 tak ada orang nak layan dia bosan la kan. Lepas tu dah start gawang2 kayuh2 sume...makin lama makin tinggi n laju tangan n kaki tu gawang2...nanges tu of coz la...dah sekali 1 pakej...kekadang macam menari agogo dah aku tengok...hehehe...gigit kang baru tau :P

Mana tak nya...dua2 mama n papanya mata dah layu. Nak bangun pun rasa berat je kepala. Kadang2 gilir2 jugak la dodoikan budak kecik ni ha. Tapi time kena bagi susu dah sah2 la aku yang kena bangun kan. Dek tak sampai hati dengar dia nanges dengan suara yang cumil itu...maka aku kena la bangun jugak. Kesian pulak.


Sekarang ni time cuti lagi boleh la tahan2 lagi mata ni. Penat berjaga malam siangnya boleh join sekaki time dia tido. Tu la seronoknya cuti tak habis lagi. Dok ngulit anak siang malam. Kang aku dah start keje camne la agaknya.

Dekat2 nak habis pantang hari tu letak dia dalam rocker fisher price ni ha. Berkesan jugak la biasanya. Goyang2 sikit benti la nanges tu. Kadang2 terus tertido kat situ sampai pagi sebab orang yang dodoikannya tertido sekali kat sebelah :P

Time tido Irfan memang dah tunggang terbalik dah. Actually minggu ni cam dah ok sikit. Kalau tak memang pagi buta tu susah sangat dia nak tido sebab time siang tido tak sedar2. Time nyusu pun pejam mata. Agak lambat sikit dia nak tune time tido tu coz hari tu kan kena jaundice agak lama. Baby kena jaundice kan tido lama especially time siang. Hopefully sempat la masa tido Irfan tu tune before aku start keje next week. Kalau tak tersembam atas meja la jawabnya nanti T_T

My handsome boy ;)


Actually rocker ni abang Ammar Yasir, cousin Irfan punya. Memang akak aku tinggal kat umah parent aku ni ha since hari2 memang dia hantar Ammar kat sini. Aku kan bertapa kat Gombak ni lagi. So kadang2 kidnap la rocker ni bawak naik atas time dah malam. Tapi nampaknya sekarang macam dah jadi harta sendiri jek :D

Akak aku beli rocker ni last year lepas dia abis pantang hari tu. Sekarang Ammar pun dah 8 bulan kot. Mana nak lekat kat rocker sangat dah. Tengah syok bergolek2. Tak lama lagi dah nak merangkak. Aku pun dulu ada jugak plan nak beli mende ni. Tapi nak tunggu Irfan lahir dulu. Sekarang tak tau nak beli ke tak. Jap2 lagi kitorang dah nak pindah. Tak boleh dah la nak pinjam rocker ni dah....hurmm...

Pic: Tengah pandang slack la tu. "Nak paksa2 saya tido pulak kan. Baru nak ajak mama ngan papa main2. Orang tengah fresh nih. Mata pun tak boleh nak tutup. "....huhuhu...gitu la agaknya dia cakap dalam hati. Jenuh jugak la beratib sampai kering anak tekak nak tunggu dia tido kadang2 tu.


Kadang2 hayun2 rocker ni pun tak jalan jugak. Letak mainan gantung2 kat situ mula2 jalan la kejap sebab dia khayal2 dengar bunyi lagu twinkle twinkle little star tu terus lelap. Tapi lama2 mainan tu pun dah tak laku. So kasi bungkus dulu letak balik dalam rocker n pasang mende vibrate kat rocker tu...so bole feeling ala2 kena massage gitu...huhuhu....


Kadang2 jugak time siang ada masukkan Irfan dalam buai. Tu pun kejap2 je. Dah lepas pantang hari tu baru buaikan dia. Malam no buai2 sebab tempat sangkut buai tu ada kat bilik parent aku ngan kat bawah je. Tido dalam buai pun dia tak lelap sangat. Ok jugak. Taktik tak nak bagi dia tido lama2 time siang.


Ni ha raja tido korang. Before ni start pukul 2 or 3 petang gitu memang nyenyak betul tido sampai la ke malam. Bawak la pegi tempat bising mana pun memang tido camtu jugak. Ni pic last week time kitorang pegi Hospital Selayang. Ada appoinment ngan doc kat situ nak cek kuning. Macam dah ok je. Nanti cek 2 bulan cek darah lagi sekali tengok dah clear ke belum kuningnya. Yang penting lepas ni tak ada appoinment kat Hospital Selayang dah.


Suka betul aku tengok Irfan tido. Kadang2 tu dok ngadap dia tido semata2. Gerammm! Time tido tu muka tulus mulus suci murni sangat. Rasa nak cubit2 =) Sekarang ni tengah2 malam buta aku pulak yang dok kacau cium gomol2 dia kejut nak bagi susu...hehehe...

6 comments:

fawwaznuha said...

seronoknya dah dpt gomoi2 baby..penat pon ada kan bila kena berjaga malam..huu

cuna said...

fawwaznuha: ala azy pn tgu mase je tu kan. jap2 lg dpt la jumpe babynye.penat tu mmg penat tp rasa penat tu akn hilang bila dpt tgk muka ank esp time die tgh tido ;)

[DnaZz] said...

comelnya 2 gmbo kat atas tu, irfan bersilat lengan bersungguh2 :)

cuna said...

Dnazz: huhuhu...blh dpt juara silat lengan kebangsaan dh tu :P

Cik Shu said...

Seronok betul Irfan tidur ye. Biar baby tido banyak2, baby kan membesar time tido. Tapi time minum susu tetap kene kejutkan.

cuna said...

Cik Shu: mmg bgs baby tido byk2. tp time Irfan tido dh terbalik...huhuhu...kalo xkeje xpe lg. kang dah keje lain pulak jd nye T_T