nuffnang

Thursday, April 7, 2011

Memori Nasi Lemak

Semalam bersengkang mata sampai 4.30 pagi melayan Irfan. Mata bulat je tak nak tido. Aku pun cakap2 la ngan dia sampai dah tak larat nak cakap sebab nak celik mata pun dah tak naik...huhuhu...Last2 servis bertukar tangan. Pass kat papa nya pulak tolong teman Irfan tapi ngan papa nya teman sambil tido. Irfan dok dalam rocker. Last terus tido dalam tu. Pukul 5.30 pg aku terjaga amik dia tido sebelah aku. Lepas subuh tu dah bagi Irfan minum susu kenyang2.

Biasanya lepas tu aku pun join sekali dia tido sampai la time nak mandikan dia pukul 9 pagi. Tapi pagi tadi semangat turun bawah pegi dapur...hahaha...Tetiba rasa macam hari ni hari raya pulak...over betul perasaan aku kadang2 ni tau :D

Ayah aku dah belikan nasi lemak fevret aku. Ni la makanan aku yang 1st lepas habis pantang ni. Excited hokey dapat makan makanan yang pedas. Nasi lemak pulak tu. Kalau tak pepagi makan biskut lutut tu je la. Buhsan. Baru makan 2 or 3 suap dah habis air milo 2 cawan. Tetiba rasa pedas lain macam je. Last2 sambal tak habis makan. Padahal dulu makan siap tak cukup sambal. Tu la. 44 hari tak jumpa mende pedas. Sekali tetiba makan cam kejutan budaya gitu...uhhuhuh...Deria rasa pedas tu cam terkejut agaknya.

Time makan nasi lemak ni teringat hari nak bersalin tu. Nasi lemak ni la makanan last yang aku makan before lahirkan Irfan. Tu pun tak sampai separuh pun aku makan. Dah la sebungkus kecik je. So korang bayangkan la aku bersalin lepas tu dengan berbekalkan nasi lemak yang sejemput dalam perut tu. Dah la tak lama lepas tu dah kena membuang. Nasib baik la semua ok. Memori nasi lemak la pulak kan. Orang memori daun pisang...hiks...Pikir2 balik memang indah sungguh pengalaman bersalin tu. Macam tak percaya lagi pun ada. Sekurang2nya dah merasa pengalaman melahirkan tu. Bukan semua orang dapat rasa. Tu la dinamakan pengalaman berharga. Tak boleh nak beli kat mana2 :)


Well lepas ni mission nak menghabiskan stok coklat2 pulak. Dah 3 minggu kot aku peram. Time tu akak aku pegi Langkawi ikut husband dia. Makan angin sekali. Aku pun nyempat la nak pesan belikan coklat. Akak aku dah pelik pantang2 pun nak pesan coklat....huhuhu...Simpan je la kan. Bukan aku berpantang setahun pun. Ni kalau aku sendiri yang pegi mau nya borong lagi banyak. Tapi pesan kat orang kan. Bajet2 la jugak ;)


Update pasal Irfan. Kelmarin dah pegi amik darah nak cek level kuning dia. Tapi tak boleh tau terus pulak. Nak kena hantar lab dulu. Dah pegi private ni mahal la kan cucuk2 ni. Dekat 100 jugak la duit melayang. Tapi tak kesah la. Demi anak. Lagi pun tak senang hati selagi tak tau kuning dia dah clear ke belum. Hari tu memang la dah turun. Tapi belum sampai tahap normal. Nak tunggu appoinment ngan Hospital Selayang macam lambat sangat. Tu yang decide pegi Naluri.


Semalam before pegi ada call dulu Naluri tanya result camne. Nurse tu cakap bacaan dia 18 sumting. Aku dah senak dada dah dengar. Yela hari tu dah 11.6. Camne tetiba boleh naik sampai 18. Aku tengok Irfan pun tak ada la kuning teruk sangat. Nurse tu siap cakap datang discuss ngan doc dulu tengok nak kena buat ultrasound ke apa sebab bacaan dah naik. Tu yang petang tu jugak rush pegi Naluri.


Masuk2 bilik doc dia cakap bacaan dah kurang. Dah 7.7. Cehhh hampes betul nurse tu tau. Buat aku haru biru je. Kalau 7.7 dah ok sangat la tu coz normal 10. Ntah result sape la yang dia bagitau aku kan. Hangin betul. Aku pun memang just nak tau normal ke tak je. Kalau normal memang aku malas dah nak datang kalau boleh. Buang karen je tunggu turn lama2 dengar doc ckp tak sampai 5 minit kena bayar RM55. Ni gara2 nurse yang buat silap hari bulan tu la...haihhh...Tapi memang syukur sangat2 la akhirnya Irfan dah sembuh. Lega rasanya. Lepas sebulan 2 minggu ni. Prolong jaundice. Doc cakap kadang2 baby boleh kena jaundice up to 3 months.


Tu je la kisahnya. Rutin BF aku sekarang dah makin ok. Tak hectic macam dulu. Sekarang dah bagi susu selang 2 jam. Ada la kadang2 3 jam sekali. Kalau tido malam2 Irfan dah macam alarm clock je. Tiap 2 jam memang dia akan nanges nak susu...huhuhu...


Sekarang ni even aku dah abis pantang pun still lagi ada yang tak boleh makan especially makanan yang sejuk2. Air sejuk yang ais2 tu lagi la kena pantang. Sayur or buah yang sejuk2 pun sama. Memang mak aku dah pesan awal2. Mak cik tukang urut pun cakap gitu semalam. Nak kena tunggu lama sikit. Semua nak kena slow2 awal2 ni. Tambah2 aku ni yang memang lansung tak makan jamu or apa2 ubat untuk panaskan badan time pantang. Kalau makan tu at least badan tahan la sikit kalau masuk mende sejuk. Ni nak keluar jalan2 pun kena tunggu weekend jugak. Setakat aku je yang cuti memang tak ke mana la kan ;)

4 comments:

Azian Elias said...

tu diaaa stok coklat... baik2 ye...

cuna said...

Kak Yan: hehehe...bkn mkn sorg2 pn. merasa sorg sket jek ;)

familisihat said...

hai..

agaknya kena makan nasi kerabu kot bg ada selera balik sebab sebelum bersalin kan makan tu hehe..
act nak tanya lagi hope x marah tnya berkali2 hehe..
kalau hari sabtu da jual ke nasi kerabu tu? dia kat pasar malm eh? bukn kedai? ingat nk ajak hubby pergi ptg sok sebelum singgah uia..sy bukn penggemar sgt..utk hubby je..manalah tau sy merasa pastu baby kuo esoknya hehe

cuna said...

fawwaznuha: selera tu ade azy. tp baru2 nk start mkn pds ni cm tkezut ske sbb dari aritu mkn yg twr2 je.
btw ns kerabu tu kt pasa mlm je rasenye.ari jumaat je. kalo yg kt kedai xtau la plak mane yg sdp...sori