nuffnang

Thursday, December 2, 2010

Makeover by F.O.X

27/11/2010 - Sat

Sabtu lepas aku ada appoinment makeover dekat 1Utama. Saje nak try mekap baru F.O.X. Produk ni produk Taiwan. Baru je ada kat Mesia ni. Actually aku tau pasal F.O.X ni pun thru blogger Fancy Illusionist. Dia ada buat makeover jugak n SA tu siap bagi 20 voucher makeover free lagi. 20 readers dia yang 1st drop comment time tu senang2 je la dapat voucher tu.

Aku salah sorang dari nyer la kan. Tapi nasib tak baik time dia mintak address tu aku tengah bz ngan keje sampai lansung tak cek email. Lagi best emel tu masuk plak dalam spam. Sedar2 voucher tu dia dah bagi orang lain sebab aku lambat respons T_T Kuciwa jugak time tu sebab macam dah lama je tak makeover plus ingat lepas tensen2 buat kerja boleh la berjimba pegi makeover kan :P
Khamis lepas aku dah start cuti. Tau2 je la dok umah. Bosan giler. Aku pun saje2 la google F.O.X cosmetics ni. Jalan2 pegi FB dorang. Terjumpa plak no phone ngan emel. So gatal2 jugak send email cakap nak buat makeover. Sekali bedesup ada orang reply. Terus dia bagi appoinment details. Aku pun apa lagi. Melonjak kegembiraan la terus bagitau Myo cakap nak pegi makeover tu ;)

So Sabtu tu, sampai2 memang SA tu dah tunggu aku. 2 kali jugak la tawaf kat area kaunter mekap kat Parkson tu. Rupanye kaunter dia kat ujung dunia.

Time aku nak duduk atas kerusi, SA tu dah macam risau2 je tengok aku. Boleh ke si boyot ni panjat kerusi ni? huhuhu.....perut tu memang dari jauh dah boleh nampak. Awal2 dah kena tanya dah preggy berapa bulan :P Entah2 aku sorang je pompuan preggy yang buat makeover sepanjang dia kerja kots....hiks...lantak lah kat situ....


Before start mekap, borak2 la dulu. Bukan ada orang lain pun. SA tu nama nye Brenda. Chinese tapi mix Portugis, Cina, Malay entah apa lagi entah. Macam2 la mix nya. Cute jek. Sangat2 friendly. Aku dah pernah jumpa macam2 SA. Macam2 perangai la ada. Tambah2 kalau pergi tadah muka free2 je. Makeover ni free ye. Kalau kena bayar tak mau la ai...

Ni muka before mekap. Harus datang ngan muka kosong. Kang mekap jugak dari umah ada yang kena jeling kang :P Pakai compact powder ngan nude gloss saje.


Aku tak ada la amik gambar2 satu2 apa yang Brenda tu tepek kan kat muka aku. Mula2 cuci muka pakai cleansing oil. Lepas tu spray muka ngan Hydrating Spray (RM140) ala2 face mist. Untuk kasi muka nampak fresh kalau dah keluar seharian tengah panas. Plus cantik kan lagi mekap even dah pakai beberapa lama. Huhhh....entah betul ke tak explanation aku. Tu je yang aku dapat ingat.


Lepas tu ditepek muka aku ngan Make Up Primer (RM130). Brenda cakap kulit aku sesuai pakai primer je. Tak payah letak foundation. Tapi serius make up primer tu best. Aku macam dah terjatuh cinta plak. Smooth je tekstur nya. Tapi harus la tetiba teringat foundation RMK aku yang tak pakai2 lagi tu kan :P Simpan je la niat nak beli primer tu dulu....Tunggu kot2 ada orang nak kasi as birthday present ke nanti kan ^_~

Kat belakang yg beg purple tu skincare travel size set yang tengah promo sekarang. 1 set ada serum, collagen, hydrating spray n 2 paket mask. RM98. Kalau tak 100++ kot rege nya. Lupa sudaa...


Lepas tu pakai concealer (RM60). Concealer pun ok jugak. Tapi aku bukan jenis yang rajin nak letak2 concealer bagai. So aku tak heran sangat kot. Lepas tu aku pun dah tak ingat pakai apa. So main belasah je la ye. Tak silap dia letak loose powder.

Time mekap2 tu Brenda memang terang satu2 la apa dia pakaikan, macam mana nak apply. Tak ada la main tempek je kat muka kan. Kat sebelah kaunter F.O.X tu dia punya produk skincare. U Care. Adik bradik la tu. Just f.o.x utk mekap n U Care utk skincare...

Brenda ni memang pembersih habis. Tiap spounge or brush yang dia nak pakai tu dia lap2 dulu kat tisu. Kira bagus la tu kan. Before ni SA yang mekap kan aku capai je brush terus apply je kat muka.


Baru siap tempek make up primer ngan concealer ngan loose powder...


Lagi letak blusher pinky2 (RM60). Pastu pakai brow n eye shadow compact nak lukis2 kening. Makeover ni sekali ngan eye brow shaping. Beria jugak la si Brenda tu nak cantas kening aku. Tapi memang awal2 aku cakap tak nak n nak buat makeover je. Brow n es compact yang bawah sekali belah kanan tu. Siap sekali ngan brush. Boleh pakai as eye shadow jugak. Tak tau la bape ringgit. Malas la nak tanya satu2.

Lagi pakai eyeshadow. Part yang aku tunggu2. Aku memang kalau boleh nak try yang biru je. Since aku pakai blaus purple ingat kena la pakai jugak color purple. Tapi bila aku cakap je aku suka biru laju je Brenda amik biru n cakap matching je ngan baju purple ;)

Eye shadow dia lagi satu mende yang aku berkenan. Tambah2 palette yang boleh slide2. Tak amik gambar. Tapi macam kat 1st pic tu. Pigmentation dia best lah. Letak sket je sikit dah nampak color dia. Tak ada la macam dust semata2. 1 palette eye shadow yang 4 color tu RM70. Kalau yang slide2 tu 8 color RM120. Of coz la yang slide2 lagi best kan. Tapi ada orang dah warning pasal palette yang dah ada kat rumah tu :P


Siapa nak pakai palette ni.....

Palette ni jugak....

Ni lagi lama tak habis2.....

Yang tak usik2 lagi pun ada......dah balik umah baru selongkar balik palette ni sebab aku simpan kat tempat lain2. Dah bawak keluar baru la tau ada lagi tak pakai...hiksss...nasib baik ai tak beli lagi palette f.o.x yang menggoda itu! :P


Lepas tu baru apply gel eye liner. Ni satu2nya mende yang aku tak reti nak pakai elok2 sampai sekarang. Harapkan makeover je la baru nak ada eye liner kat muka.

Last sekali letak lip gloss. Lip gloss pun boleh slide. Atas 4 color. Bawah 4 color. Sekali ngan lip balm utk protect lips. Memang mostly make up dorang sekali untuk skin protection. Macam sihat gitu. Kalau duit penuh wallet mau nya aku sambar lip gloss tu.....Cantekkkk....1 palette dah RM130. Tapi being me memang kalau nak beli harus lah ada less dulu walaupun less tak banyak mana....Tambah2 gloss kat umah pun tak habis2 lagi :P


Dan ni adalah hasil lepas makeover....


Nampak simple je. Simple pun aku mekap tak ada nyer nak jadi camni. Sebab kalau aku mekap mekap memang ikut sedap hati je :D Oh lepas apply lip gloss tu Brenda cakap dah siap. Aku siap tanya tak nak pakai kan mascara ke??? Huhuhu...boleh dia terlupa....Ngan aku memang tak dapat la kan cicir2 ni. Aku dah tau biasanya apa dorang kena tempek time makeover tu. Lagipun nak jugak la try yang basic2.

Mascara dia jenis vibrating yang pakai bateri tu. So bila pakai memang bulu mata nampak lebat plus lentik gitu. Harga RM100 kot. Aku suka sebab senang nak tanggalkan je. Tak payah nak gentel tonyoh beria2 nak buang mascara tu.


Before nak balik tu macam biasa la mesti kena promote suruh beli barang2 dorang. Kang aku beli sape nak habiskan mekap2 kat umah tu? Rasa nak let go la a few makeup. Ada orang nak beli tak? Nanti la letak sini kot2 ada pencinta mekap jugak ke singgah kat blog aku kan....


Amik2 gambar dulu before balik....Lihat perutku....buncit kan??? Tapi aku suker je. Sekali dok sebelah Brenda rasa aku macam kembang giler. Slim je amoi ni tau....Se'slim' aku before preggy dulu....ahaks!
Ha tu aku pakai bukan maternity dress tau. Blaus aku banyak yang macam ni. Tu pun pakai time pegi kerja je. Sekarang baru la nak pakai time jalan2 :P Maternity blaus ada la 3 or 4 helai akak aku hulur yang dia punya. Tapi aku belum rasmi2 lagi sampai sekarang....Tp kalau pakai tshirt memang dah macam sarung nangka rupa nya...hiks!


Ni gambar dekat sikit. Jangan tengok perut aku. Tengok si Brenda tu. Sweet je muka dia. Baby face. Tu pun dia nak cakap aku baby face. Ha lawan2 la kat situ :P Tapi mekap dia memang marvellous lah. Kata jaga kaunter mekap. Mesti la mekap kat muka sendiri pun kena tip top kan ;)


Habis je makeover kena singgah tempat robot pulak. Macam biasa :)


Me with hubby......lalalalalala


Lepas tu cari KFC. Tekak aku sejak akhir2 ni asik nak makan KFC je lah. Tu je yang nampak sedap. Ni 1st time makan kat KFC tempat baru dalam 1Utama tu. Dah pindah ke new wing. Kalau tak kat old wing. Kira sekarang macam dah kat tengah2 between old wing ngan new wing.

Before rosak kan lip gloss amik gambar sendiri dulu :P


Yeahhhh....order dinner plate. Aku makan seketul ayam je dah kenyang. Sedap2. Even time type entry ni pun rasa macam nak makan lagi je :P

Jalan2 jap lepak2 lepas tu balik. Tu je la weekend aku. Cuti seminggu pun harap kan weekend jugak la tunggu nak jalan2. Even dapat buat makeover je pun tapi still boleh buat aku hepi =)


Tadi lunch hour sempat pegi KOSE warehouse sale kat Dataran Prima. Hari ni cuti dok umah pun nak jugak ajak Myo yang tak cuti tu pegi. Thx darl coz sudi bawak kan ;) I lap u lah! KOSE ni Japanese product. Aku tak ada la borong sakan pun. Sale ni sampai Sabtu ni 4 dec.....Info kat sini...Nanti kalau aku rajin aku letak kat blog apa aku beli :)

p/s: Start esok sampai Ahad ni ada warehouse sales Anakku kat kat Kampung Jawa, Klang kot2 ada sesape yang nak pegi =) Aku lagi suka terjah warehouse sale kalau nak dibandingkan ngan year end sale....tp kat Klang macam tak lepas jek T_T Cik Shu....boleh la pegi borong barang baby....Dekat dah tu ;)

10 comments:

Indah Mulya said...

seronoknye dpt makeover!!

Uji Hussein said...

cantiklah.Serious!Ingatkan baru habis sekolah!

cuna said...

Indah Mulya: mmg sonokkk! tmbh bile dpt free :D

cuna said...

Scarlett: Thx cik scarlett. Blh la. baru abs sekolah 9thn lps :P

nurkass said...

salam kenal..
amboiii..walaupun simple tapi tetap cantik..erkk..mekap tu yg cantik tau..haha..

cuna said...

nurkass: salam kenal juge :) skali skala dpt mekap artist mekap kan bes jgk...tak cantik d mata org xpe aslkn cntik di mata suami...:P tp seyes mekap die best. kalo rajin blh la jenguk2 ;)

Ati Masrif said...

salam kenal.

bestnyer dapat make-up dgn
pro. make-up art yer..

cuna tgh pregnat ke ^_^

Harim Hamdan said...

babe, cantik make up nih..nampak sweet..dia pakai kaler pastel ye?
cm ne nk buat appointment tuh?

cuna said...

Ati Masrif: hai kak ati. slm kenal :) saje je nk try2 mekap baru ;) aah sy tgh pregnant skrg. dh masuk 6 bln :)

cuna said...

Harim: erkk kaler pastel tu cmne? i tau pakai jek :P i pun xsure ade lg ke x free makeover tu. u blh try kol 03-77222244 or email to vanessa@icg.com.my