Sambungan entry honeymoon hari tu yang tak habis2 lagi. Kali ni confirm last. Lepas2 ni tak tau bila lagi nak honeymoon nyer. Ni last day. Disebabkan malam sebelumnya kitorang punya la berjimat makan roti ngan megi je.....maka pagi tu memang la tak tahan kena jugak makan kat kedai yang ada buffet breakfast tu. Tak silap sorang RM38. Tau la buffet kan. Perut aku ni mana boleh nak isi banyak2 dalam satu masa. So agak rugi di situ kalau makan buffet. Tapi tak nampak pilihan lain dah. Kedai lain sume cam tak best je.
Time kitorang sampai memang lengang je. Makan apa time ni pun dah tak ingat. Tapi boleh tahan la sedap. Yang penting kenyang.
Last day dah tak ada mana sangat nak pegi. Yela kan. 3 hari 2 malam dok sini. Nak pegi mana pun. Jalan2 makan angin je la. Pastu nampak kuda tepi jalan, gatal nak naik kuda pulak. Dulu zaman blaja dah penah naik kat tepi pantai. Tapi tak la semahal naik kuda kat sini. Sampai 25 hengget. Padahal jalan beberapa tapak dah patah balik. Layankan je laaa...
Topi yang dah sama berat ngan kepala aku kot....
Sonok jugak la sekali sekala dapat naik kuda....
Senyum kekadang tu dah sampai ke telinga....tak dapek la den nak nolong heh....
Family kat belakang tu datang awal dari kitorang. Tapi amik2 gambar je kat area situ. Lepas tengok kitorang yang terlebih happy tu dorang pun naik jugak kuda kat situ...... hehehe....terpengaruh jugak ngan lakonan kami :P
Before balik2 posing2 ngan kuda kat situ...Aku di zaman selim melim....hohoho....sekarang? Kembang uols....tapi aku suka je....Esok letak gambar aku yang kembang pulak ye...
Ngan kuda pun nak buat aksi manja2 tau....hikhikhik...
Kuda tu pun apa lagi....Mula la nak lebih2 lepas tu....Time nak pegi kandang sebelah dia lagi keluar2kan kepala dia....Tak silap aku kuda ni nama Felicia...Gatal ye ko Felicia...hiks!
Lepas tu dah kena belai2 suka la kan....Nasib baik la ko kuda kan :D
Lepas pegi tempat kuda, pergi rabbit park pulak before balik bilik kemas2 barang. Cute jek arnab2 kat situ. Rasa nak amik sekor bawak balik....Duduk dikekelilingi arnab2 cute terasa macam diriku macam Snow White pulak walaupun tak berapa nak white....hohoho
Kecik je pun rabbit park tu....Kat belakang ada la keldai sekor dua....Balik nampak aiskrim...Tapi bila tengok harga dekat 5 hengget lupa kan je la niat tu....Sume harga cekik darah je kat situ...
Balik tu memang complete bau kuda+arnab. Kemas2 barang sikit pukul 12.30 check out. Fenatttt....Tu pun baru Bukit Tinggi. Belum honeymoon jauh2 lagi. Sebab penat kenduri tak abis lagi. Pindah barang lagi....terus pegi honeymoon. Balik2 baru nak kemas2 barang yang sempat longgok2 je before pegi Bukit Tinggi tu....
So tu je la kisah honeymoon kami beberapa bulan yg lepas....Kalau ikutkan hati memang la nak pegi jauh2 sikit kan. Tapi keadaan yang tak mengizinkan T_T Hari semalam aku dah start cuti sampai la Jumaat ni. Menghabiskan saki baki annual leave yang ada. Total cuti 22 hari. Boleh carry forward pun 10 hari je. So lagi 12 hari kena jugak habiskan. Kalau tak, tak pasal2 je burn gitu je. Awal bulan hari tu dah habiskan 7 hari. Ni baru nak habiskan lagi 5 hari. Ada jugak plan nak coti2 Mesia. Tapi tak tau la jadi ke tak sebab dah banyak kali plan tak menjadi. Kena tunggu dan lihat je la nampaknya....
4 comments:
besss nyer honeymoon..
kiter berbabymoon je la..
hehe :P
Wahhh!! bestnya.. nnt akka nak g lak lah..naik teruja tgk gambar2 u kat sini..
Ayuraza: Tu last la kot ber'honeymoon'. Lps2 ni berbabymoon jgk la nmpknye :P
Kak Yan: best2. pegi la akak. tp tdo 1 mlm or blk ari pun dah cukup. kalau tak nnt bosan sgt :)
Post a Comment