nuffnang

Tuesday, December 14, 2010

Terjah Loreal Warehouse Sales Pulak

03/12/2010 - Fri

Hari tu kan aku cakap aku sempat pegi 3 warehouse sale time cuti. Yang 1st Kose. Yang 2nd esoknya Loreal pulak ;) Kebetulan Myo start shift hari tu pukul 3ptg. So sempat rush pegi singgah Damansara Uptown kejap pagi tu. Tu pun sampai dah pukul 10 lewat sejam coz bukak pukul 9. Saje nak jenguk sebab dekat area Damansara je. Kalau kat KL memang tak dapat la kan.

Actually few weeks before ada warehouse sale yang sama kat Sect 13, PJ tapi aku teramat bz nak pegi. So pass je la. Tengah tahun hari tu dah pernah pegi. 1st time pegi and time tu buat kat KL. Boleh baca entry pasal tu kat sini.


Sampai2 orang boleh tahan la ramai. Buat kat bilik kecik kat office Loreal tu jugak. Tak ada la sampai kena queue berlingkar2. Meja pun dah banyak kosong. Orang dah sapu awal2 agaknya.
Memang barang tak banyak pun sebab dorang just nak clearkan stock from previous sale. Yang best2 sume dah dikebas time sale kat PJ tu.

Mekap satu habuk pun tak ada. Yang ada pun lip gloss Lancome tapi set ngan perfume n etc dalam 100 lebih. Perfume for women aku nampak Magnifique je. Tu pun macam teragak2 nak beli sebab tak sure bau dia best ke tak T_T


Cari perfume Myo dulu. Dah plan nak beli Armani Code. Tapi tak ada jual yang sebotol je. Kena beli set RM120 ngan deo. Set GA Attitude RM150. Tak mo lah.
Try bau Ralph Lauren Romance Silver cam best. So amik je la sebotol.
Skincare ada Biotherm je. Lepas tu sume range tak best. Face cleanser pun tak ada. Bosan. Perfume lain for men macam Polo, Diesel pun ada tapi bau semua out. Tak kena ngan idung aku ni ha....Cacharel abis...

So kitorang balik beli 2 barang je. 1 for Myo, 1 lagi for aku.


Ralph Lauren Romance Silver for men 100ml RM75. Kalau 50 ml RM55. Alang2 angkut yang besar terus senang buat stock :D Ni kalau kat kaunter jangan harap la nak dapat harga cmni.


Lancome Magnifique. Ni 1st time aku beli perfume Lancome. 30ml je. Ada jual botol besar tapi aku lagi suka buat collection botol2 kecik. Lagipun ada alasan nak beli baru bila dah habis ;) Bosan pakai yang sama jek.


Perfume atas tu 1 set sekali ngan body lotion ngan shower gel ni. RM60. Kira murah dah la tu. Tu pun time aku sampai tinggal 2 set je. Aku amik 1 tinggal set yang last. Botol besar lupa pulak nak tengok harga bape ringgit.


Ahad tu pulak kitorang pegi Anakku warehouse sale cari barang baby lagi. Tapi tak beli apa sangat coz dah last day n dah tak banyak barang best. Sekarang ni tinggal tilam baby je tak beli2 lagi. Yang lain setakat basic2 kira dah complete dah kot :)

No comments: