nuffnang

Monday, December 6, 2010

Back to Work!

Semalam bukak2 blog baru perasan tinggal lagi 100 hari je nak deliver. Tu pun maybe awal lagi or lambat. Saspen nya hakuuu....Excited pun ada. Dok belek2 baju2 baby dah berapa kali. Padahal baju tu jugak ulang2 :P

Akhirnya habis jugak cuti aku 7 hari plus wiken jadi 11 hari. Banyak dok rumah je tak pegi mana. Nak cuti2 Mesia pun tak lepas. Tapi lepas jugak la pegi 3 warehouse sales....hohoho....suke2. Hari ni dah start keje. Tapi still work from home. Dah 3 minggu kot tak jejak kaki kat ofis....slumber aje. Esok cuti lagi. Rabu harus la aku tunjuk muka kat ofis.

Gambar ni tak ada kena mengena ngan tajuk entry. Hari tu akhirnya dapat bersantai2 kat Santai kat Tesco Mutiara Damansara. Biasa kalau datang kedai ni confirm order yang goreng2. Nasi paprik ngan nasi goreng santai kat situ memang sedap. Tapi hari tu saje nak tukar selera testing2 menu lain. Kitorang order ikan kembung masak 3 rasa....


Ngan tom yam campur. 2 lauk je pun. Makan ngan nasik....pergghhh...sedap giler. Tom yam dia memang terangkat. Berair2 jugak la mata nak habiskan. Tapi memang tak rugi la try ;) Ikan pun marvellous. Terus tersandar kenyang...


Kenyang2 pun boleh jalan2 lagi ok. Singgah The Curve. Lama sungguh tak belek handbag sejak dah preggy ni. Eh bukan. Sejak dah kawen. Baik je aku tak shopping handbag. So pegi la Metrojaya tengok2 apa yang patut. Ternampak beg Carlo Rino ni. Tak pernah ada handbag Carlo Rino. Cam menarik plak aku tengok. Ada less pulak tu. Dapat la RM100+. Tapi Myo cakap macam tikar kat bilik baju kitorang jek T_T So aku kena say bye2 la kat handbag ni...Tapi cantik laaa...


Jalan2 kat area handbag Guess ada less jugak. Tapi biasa la Guess. Less2 pun paling koman dapat RM200++. Aku berkenan ngan handbag putih ni. Nape ntah sejak dua menjak ni yang putih nampak lawa. Kalau tak aku suka beli color yang gelap2. Lagipun handbag ni besar gabak. Aku tak pernah ada lagi jenis2 gini....Arghhh tulun2....sukanya handbag ni...


Jalan2 lagi jumpa handbag ni. Yang ni sah2 tak ada less sebab new arrival. RM400++. Cantekkkk jugakkk...Camne? Macam la duit berkepuk2 senang2 je nak beli kan. Kalau dah berkepuk relax je beli Coach terus sambil pejam mata :P Harus aku datang lawat2 lagi sampai handbag ni jadi murah tau...


Handbag aku sekarang tali dia dah macam kena gigit tikus. Ni la handbag Elle kesayangan ku. Opsss...tersama color plak ngak sofa :P Nampak macam ok je lagi kan. Ni 1st handbag yang agak branded aku beli lepas dah setahun lebih keje time tu. Before tu memang handbag bawah RM30 je T_T Sebab aku suka tukar2 handbag. So beli je yang murah2. Tu dulu la. Sekarang malas dah nak tukar2 sangat.


Tapi bila tengok tali dia memang dah teruk giler. Macam kena gigit tikus tak? Buruk2 pun pakai jugak sebab dah selesa ngan handbag ni....Handbag hantaran pun tak pakai2 lagi...Sayang la pulak kan ;)


Esok cuti kan? Salam Maal Hijrah 1432 kpd semua. Semoga dapat berhijrah kpd sesuatu yang lebih baik di tahun baru ni :)

4 comments:

iena said...

cuna, sabtu malam tuh nampak awak kat tesco tp malu aaa nak tegur... heheh

cuna said...

iena: lorr ye ke??aiseh...nape tak tegur?sy tgh buat ape la time tu yek?malu la plaks ade org knl...hihihi..

The Me said...

bag guess yg besar tu kenan la.. brp rege?

cuna said...

The Me: xigt la plak. tp after less 200 sumthing