nuffnang

Wednesday, December 8, 2010

Korang Suka Pakai Losyen Tak?

Hari ni setelah sekian lama work from home akhirnya aku datang ofis jugak. Semacam je excited nak jenguk ofis. Tapi lambat sampai jugak :D Dekat sebulan kot tak datang. Melampau betul. Hari ni pulak bos cuti. Best2. Line clear :P

Hari tu kan 11 hari aku dok rumah je. Bayangkan la hari2 terperap2 kat rumah. Berpusing2 dalam rumah tu je la. Bosan2 aku belek mende yang ada dalam almari kat bilik. Jumpa body balm H2o 3 ketul. Ni dapat time hantaran bertunang bulan 8 tahun lepas. Tak habis2 ko. Berzaman. Yang lemon lust tu je yang jalan sikit.

Belek2 lagi ada lotion Lovely Sarah Jessica Parker. Ni pun dapat time hantaran tunang. Sekali set ngan perfume. Lansung tak pakai lagi T_T Ada lotion Burberry The Beat jugak. Yang lotion Magnifique tu baru beli time warehouse sales baru ni. Sekali set ngan perfume jugak. Actually nak perfume je tapi set lagi murah.

Dah cuti baru la rajin nak manja2kan diri. Kalau dah sibuk ngan kerja tak peduli dah lotion segala bagai. Muka pun tak sempat nak cuci dulu. Dapat letak kepala atas bantal pun dah kira satu nikmat :) So lepas dah nampak selonggok lotion2 tu baru la gigih nak pakai hari2 :P Sekarang tengah nak abiskan Lemon Lust body balm tu....

Korang suka ke pakai lotion? Aku dah sah2 malas. Rasa macam sama jugak pakai ke tak pakai :P Tapi kalau sekali sekala pakai syok jugak...


Lotion tu sampingan je. Yang penting minyak ni. Dah nyawa2 ikan dah. Dah 2 tahun kot pakai baru nak abis di saat stretch mark mengembang dengan jaya nya....hiks!


So ni je la best friend aku sekarang. Pureen Stretch Mark Lotion. Beli time Pureen sales hari tu. Hari2 tenyeh lotion ni. Nasib baik wangi mangi. Bau2 baby gitu. Dah 5 bulan lebih baru aku perasan stretch mark dah makin menjadi2. Before ni ada la jugak sapu2 minyak. Tapi kadang2 je. Now ni perut ya rabbi gatal nya. Kalau ikut kan hati nak je aku garu sampai puas. Tapi kang sendiri tanggung la kan akibatnya T_T Tapi kadang2 tak tahan garu jugak. Lepas tu baru legaaa....


Tak cukup lotion ni ha Myo top up kan ngan minyak zaitun. Aku tak mintak, tak suruh beli tetiba dapat sebotol. Maka, paham2 aje la ye....huhuhu....

Bosan je datang ofis hari ni. Ramai yang work from home n ada jugak yang tengah menghabiskan cuti hujung tahun. Cuti aku ada lagi seminggu lagi tak habiskan. Dah apply utk hujung bulan ni. Esok ngan lusa Myo pulak cuti. Cuti paksa. Time aku keje la dia boleh cuti. Time aku santai2 dia pulak bz kemain kan sampai balik pun lambat. Haihhhh...saje je kan tak nak kasi kitorang bercuti-cutian.....

p/s: Semalam singgah McD nak beli McFlurry. Ternampak plak Prosperity Burger....nyam nyam...makan ngan twister fries.....sedapppp....Tak ada gambar sebab awal2 dah selamat masuk perut :D Dah la McD sekangkang kera je dari umah. Mau nya hari2 singgah kang :P Tapi apsal aku rasa macam kua awal pulak burger tu eh?

6 comments:

Harim Hamdan said...

i suke lotion...i tenyeh je kalo ada..konon2 berkesan lah..hahah..tapi sebab kulit i keringkan, so pakai je lah..lantak lah berkesan ke tak, asalkan i rasa moist skit kat kulit.

cuna said...

Harim: ok jgk kan cmtu. pakai je then assume konon2 berkesan ;) ape lotion u yg plg best eh?

deena awanis said...

preoperity dah kuar??awalnyerr..

cuna said...

deena awanis: tu la psl. new year pn xmasuk lg ni

Harim Hamdan said...

i suke nivea..johnsons mcm too oily, but they have new one yg okay. lupe plak name dia. i pakai sample dia je ari tu and rasa ok, sgt lembap dan tak oily mcm lame punye.

tapi mane2 sample lotion, sume i sapu :D

cuna said...

Harim: is it? blh la try nivea pulak nanti ;) cam best plak pakai lotion tetibe...hihihi