Dah lama teringin nak pegi Kose Warehouse Sales ni. Dah 2 or 3 kali jugak la aku tau ada sales ni tapi tak pegi. Padahal dekat giler ngan ofis aku. Kat Dataran Prima je. Jalan kaki pun boleh sampai kot. Tapi mengah la :P
Maybe ramai tak biasa ngan produk Kose ni. Aku pun sama. Tau pun kalau jenjalan kat shopping complex tu ternampak kaunter Kose kat celah2 kaunter branded cosmetic yang lain. Kose ni Japanese product. So hari tu time lunch hour aku mintak la Myo bawak kan aku pegi kejap. Ramai jugak orang tapi tak ada la sampai sesak. Masuk2 dah nampak segala eye shadow n lip gloss.
Rambang mata je tengok lip gloss. Ingat nak sambar satu sebab tengok lip gloss dia cute sangat. 1 RM30. Ni kalau beli kat kaunter RM72. Tapi kalau beli 2 free 1 la pulak. Saje je tau nak suruh aku beli banyak2....hikss!
Banyak lagi brg2 cosmetic yang lain. Mascara, lipstik, eye liner bla bla bla...Orang cakap compact powder dia best. Tapi aku tak beli pun. Stila punya pun tak habis2. Brand Fasio pun ada. Ada 2 bilik. Bilik yang lagi satu bahagian skincare.
Sampai part skincare aku terus blur tak tau nak beli apa. Ye la kan 1st time tengok. Tak tau mana yang bagus. Tapi office mate aku ada recommend white mask dia. Lagipun dia memang pengguna tegar Kose. Dia cakap Kose je ok untuk kulit dia yang sensitif tu.
Ada jugak produk lain yang aku tak pernah dengar. Cosme Decorte. Adik bradik Kose jugak. Tapi tak reti la nak beli apa. Aku pakai pun yang basic2 aje....
So ni je la hasil rembatan aku....Memang shopping secara ekspres. Tak sempat nak belek satu2 sebab nak rush Myo nak masuk keje balik.
Ni 3 beradik lip gloss Rouge Fantasist Aqua Vinyl RM60. Celebrity Pink, Birthday Pink ngan Babydoll Pink. Kalau gloss memang aku minat yang pink2 aje....
Cool Cleansing Gel RM56. Ni kalau kat kaunter tak tau la berapa. Tapi kalau sale pun jangan harapla nak dapat harga tu. Actually ni aku tersalah beli. Nak beli facial cleanser yang pakai utk cuci muka hari2 tu. Cleansing gel ni untuk remove mekap. Hurmmm....tapi aku dah try dah gel ni. Nasib baik best. Senang je nak cuci mekap. Lagi best dari cleansing oil sebab muka aku dah cukup berminyak....
Mask White RM56....Ni mask yang kawan aku recommend tu. Dia cakap best. Untuk whitening tapi mask nya color hitam. Tak try lagi...
Tu je pun...Puas hati sebab akhirnya dapat jugak pegi walaupun tak ada la borong banyak mana kan. Bosan seh dok umah lama2. Lagipun macam dah lama tak shopping barang2 mekap. Tak ada orang nak bawak aku cuti2 Mesia, asalkan ada orang bawak aku pegi shopping ok la kan ;)
p/s: Salam Maal Hijrah to all!
4 comments:
salam maal hijrah..dah berazam sempena tahun baru ni taknak shoping sakan..tapi x taulah setakat mana azam ni akan berjaya sebab asik tengok org bersoping..geram rasenyejiwa..haha!
salam....haii..
wauu shopping bestnyeee...
MDT: salam maal hijrah to MDT juge :) insap je ngan azam thn baru MDT tu...sob sob sob...blh kot pakai azam tu sampai lps time berpantang nnt. lps tu xtau blh berthn ke x :P
Noli: salam...hai noli!shopping tu dh jd terapi utk diri sndiri ;) tp kalo slalu bahaye jgk...huhuhu
Post a Comment