nuffnang

Thursday, December 30, 2010

Antenatal Check Up on 28 Weeks

Isnin hari tu (26/12) pegi klinik kesihatan lagi buat monthly checkup. Actually kena datang last week time dah genap2 28 weeks tapi aku mintak postpone ke minggu ni sebab aku cuti. Senang sikit. Boleh santai2 bertapa kat situ. Kalau time keje tak senang duduk jugak la nak tunggu turn. Semua ok2 saje. Hb tak tau ok ke tak. Boleh pulak time2 tu mesin dia rosak. Berat dapat kaler merah sebab naik 3kg dalam sebulan T_T

Dalam sejam dah settle. Kalau tak mau habis 2 or 3 jam jugak la termenung tunggu turn. Time aku cuti ni pantas dan tuntas pulak dorang....cam dengki je nih. Appoinment lagi sekali lagi seminggu. Makin dekat ngan due date ni makin kerap la kena datang buat check up. Sesi bertapa yang paling tak boleh tahan tu.

Semalam pulak pegi jumpa dentist. Time preggy ni at least kena la sekali pegi check gigi. Kot2 ada gigi yang infected sebab baby nak membesar dalam perut tu memang pakai banyak kalsium. Nasib baik sume ok je. Ada gigi bongsu nak kena cabut tapi boleh postpone lepas deliver nanti je.


So ni pic aku yang latest. Ingat nak letak kat blog minggu lepas sebab dah genap 7 bulan. Tapi asik dok umah je. Nak amik gambar pakai tshirt pun macam sarung nangka dah. So ni gambar 29 weeks. Still 7 bulan. Ada beza ke ngan previous pic?

Kebetulan time amik gambar pakai baju jalur2. Bukan maternity blouse jugak. Sekali tengok dah macam buah tembikai daaa...Dah lepas 6 bulan ni pakai baju besar camne pun confirm nampak perut jugak. Anak buah aku siap tanya..."Mak cik na, nape perut mak cik na buncit?" Aku cakap je "Ohh...mak cik na tengah kenyang ni" :P


2 kali tengok memang tak syak lagi....tu la perut haku...huhuhu...Kalau turun tangga nak tengok anak tangga tu confirm tak nampak....nampak perut je :P So far dah 2 kali mimpi aku dah deliver. Sekali tu mimpi deliver sambil duduk je. Melampau betul. Lagi sekali tau2 dah ada baby depan mata. Baby girl pulak tu ;) Nama baby boy still tak jumpa lagi yang sesuai ni.

Ada sesape ada idea tak? Tolong kasi nama yg ada makna yang best bole? Dah 2 buku aku belek dari depan ke belakang...belakang ke depan....tak jumpa2 jugak....kalau la bole tanya baby dalam perut ni dia nak nama apa ;)

p/s: Sume mesti seronok sakan kan Jumaat ni public holiday. Aku ni lagi ber'double' triple seronoknya. Mana tak seronoknya...memang sepanjang minggu ni aku dah cuti. Seronok kan? Lepas tu balance cuti memang ngam2 10 hari nak carry forward. Tetiba ada lagi 1 hari cuti datang segedebuk n dah tak ada tempat nak letak atau ngan kata lain akan burn gitu je :( So korang berseronok la ngan cuti korang tu ye....hepi holiday....aku nak pegi membawa diri nih T_T

12 comments:

Shu @ Mrs. Hamid said...

bestnye tgk perut cuna yang molat tu ;)

Eh, leh carry forward 10 hari ek? bagusnyer.

Azian Elias said...

Akak masa first baby, perut tak nampak. Maybe sal akak tinggi kot.

Waktu nak bersalin nanti, bila turun tanda, u makan 2 biji telur separuh masa. Energy waktu nak push. Kalau ada akar fatimah, rendah dalam air, mandi, last sekali, lurut air di kepala dan minum setitik dua. Satu lagi amalkan minum setengah sudu olive oil.. INSYALLAH.. this all the petua akak..

familisihat said...

salam

waa..besar dah tummy..berat skg berapa? haritu scan kat mana eh?
suka baby nama mula huruf ape? kot2 la sy yg lapang ni boleh bg idea hehe

The Me said...

nk bawa diri ke mana?
amboiiiii....
happy new year...

cuna said...

Cik Shu: bulat sgt ek?tu pun ade org ckp mcm baru 4 bulan je :P padahal time 4 bln hari tu xnmpk perut pun T_T

cuna said...

Kak Yan: Sy ni pun dah masuk 7 bln baru nmpk perut. Lagipun org ckp 1st time peknen mmg camtu sbb perut tegang lg. dh 2nd baru cpt kembang :P bgs nye petua akak bg. tqvm! :)

cuna said...

Fawwaznuha: malu la nk bgtau berat. mesti org gelakkn je :P aritu scan kat klinik biase je kat area umah.

sy suka nama start ngan uruf 'I' ke 'H' ke. menarik jgk tu kalau awk blh tlg bg idea. dh jenuh jgk cari ni ;)

cuna said...

The Me: Bawa diri coti2 Mesia la ;) Akak sure dah puas coti2 nih. happy new year to u too :)

The Me said...

cuna nama start ngan I n H?
anak2 akak sume nama starts I ngan H
Irfan Hamzah classic but i like it so much!

cuna said...

The Me: Yeke? Kalo camtu cilok nama anak2 akak je la....ahaks...cam tau2je sy suke name irfan. mmg name tu je yg ade dlm kepala skrg. tp cam dh ramai sgt yg boh nama tu...

Tammy said...

omg cuna i din know u r preggers!!! why didnt u tell me!!!! pls take care of yourself :( woudl totally ask u not to wear uniform to my bday party... so inconsiderate of me!

cuna said...

Miu: surprise!!! hehehe....no prob babe. i dun think my old uniform can fit me anymore. besides dun want to spoil ur party. coz students of coz cannot preggy yet :P