Dan2 je title post weekend yang indah kan....Bukannya apa. Aku dah dapat bayangkan weekend depan ni memang tak kan indah dah coz kena kerja hari Sabtu. Dulu pun pernah kerja hari Sabtu. Tapi feel nya lain. Sebab sekarang dah ada anak. Weekend je la masa nak bergolek2 ngan Irfan. Kalau weekend pun kena kerja hari apa je yang tinggal nak mengulit budak kecik tu. Dah la sekarang hari2 kena pegi ofis. Irfan pulak tak sihat. Sangat sebak ok nak tinggalkan dia time2 dia tak sihat T_T
Sebelum aku start buat sesi luahan perasaaan, baik la aku story aktiviti kitorang weekend hari tu. Kitorang pegi beraya ke rumah office mate aku, Liza. Liza ni baru jugak dapat baby. So alang2 datang sekali la tengok baby ngan beraya kan. Nama baby ni Azreen Sophia. Kecik je Sophia ni. Baru nak masuk 3 bulan. Nangis pun sopan santun je. Antara dengar ngan tak je. Nampak senang je nak jaga.
Liza tak buat open house pun. Kitorang je yang saje2 nak datang beraya. Dah janji ngan a few office mates jugak. Azrul ex-office mate, Kak Melly n dotter n Kak Zu n hubby n dotter. Kitorang makan mi rebus ngan satay. Sedappp. Itu pun aku tengah sakit tekak. Kalau tak confirmmm terasa lagi sedap. Start Jumaat lepas aku dah start sakit tekak, selsema, batuk ngan demam. Memang lengkap 1 pakej.
Ok aku sangat rindu time ni. Irfan sangat ceria. Time ni dia sihat lagi. Esoknya entah camne badan ngan muka dia naik merah2. Memang sangat risau tengok dia camtu. Sedih sampai meleleh2 air mata =( Doc cakap maybe kena galgata. Gitu kot eja dia....huhu...Sampai sekarang still ada lagi. Badan pun dah start panas. Memang tak sanggup tengok dia yang kecik n tak tau apa2 tu sakit camtu. Bila teringat je mula la bertakung air mata ni...Haihhh...Bertambah sedih aku tak dapat nak jaga dia time2 gini. Nak work from home pun tak boleh....
Dah...dahh...tu la antara sebab aku cam berat hati je nak update blog. Ni la jadinya. Mesti nak cerita pasal tu. Pastu nanti aku sendiri yang sedih...huhuh...
Ok...sambung balik cerita beraya. Aku tak ada la beria nak amik gambar kat situ since segan kan ada orang tak kenal. Tapi rumah Liza memang cantik la. Condo la kata kan. Simple je dalam dia. Sesuai la dok bertiga kan.
Balik tu ingat nak singgah OU tapi kesian pulak bila tengok Irfan tengah sedap tido. Dia dok tahan ngantuk kat rumah orang. Balik rumah kasi Irfan makan bubur pastu siap2 pegi OU pulak. Nak cari barang Myo. Tapi tak dapat pun. Time kat JJ singgah kat bahagian toys. Saje tengok toys Fisher Price kat situ. Ingat tak laptop RM90 yang aku cerita kat previous entry tu? Kat JJ RM299.90 ok. Mahal giler. Memang berbaloi2 la kalau beli yang RM90 punya tu. Tapi 2nd day member aku pegi Mattel sale tu memang pagi2 pun dah habis....huhu...
Ni cookies yang Liza kasi. Dia kasi time Sophia cukur jambul dulu. Buat sekali ngan cousin Sophia. Cute je cookies nya. Ni pun office mate jugak yang buat. Tapi tengok la cookies yang belah kanan tu.
Haaa...yang ni. Gambar baby betul2 ok. Dah la baby cute. Cam tak sanggup je nak makan. Dok ada lagi kat rumah tak makan2. Yang cookies cam stokin purple tu dah selamat dah masuk dalam perut. Yang ni je dok ada lagi. Tapi memang akan dimakan jugak la kan. Dari terus masuk tong sampah baik masuk perut aku dulu :P
Haaa...yang ni. Gambar baby betul2 ok. Dah la baby cute. Cam tak sanggup je nak makan. Dok ada lagi kat rumah tak makan2. Yang cookies cam stokin purple tu dah selamat dah masuk dalam perut. Yang ni je dok ada lagi. Tapi memang akan dimakan jugak la kan. Dari terus masuk tong sampah baik masuk perut aku dulu :P
Cerita balik kampung hari tu pun tak ter'update2' lagi. Dah basi dah pon. Sekarang tengah nyesal sebab tak amik EL je pagi tadi. Terbayang2 muka kesian Irfan pagi tadi time aku nak keluar pergi kerja T_T
No comments:
Post a Comment