nuffnang

Thursday, February 27, 2014

Hello 3 Series!

Assalamualaikum...Baru nak update ni ha. Celebrate birthday orang yang masuk ke alam baru. Alam 3 series huhu...Tak suka sebab orang still anggap aku ni macam budak2. Aku lagi suka orang treat aku as an adult yang dah masuk umur 30 tahun T_T


Ok ni bukan nak cerita sedih2. Ni cerita happy sebab ada orang belanja makan. Excited kemain sebab Papa Irfan dapat balik awal hari tu. Pukul 8 lebih kira awal lah kan as long as kedai tak tutup lagi. Kalau tak paling awal sampai rumah pun pukul 10 malam. Biasa lambat lagi. So bila hari tu sampai awal rasanya aku la orang yang paling bahagia dekat dunia kot! :D



Gambar makanan tak ambik pun. Lapar sangat makanan sampai terus makan sampai licinnn. Lagipun standard makan dekat Nandos order ayam. Ni nak posing2 dengan anak sendiri pun kena pujuk rayu bagai.


Ini budak kecik memang sangat susah nak bergambar dengan dia. Macam retis!


Chenta hatiku...Eccewwwaahhhh...Nak jugakkk :P


Makan kek! 1 slice je. Nak kek besar tumpang kek birthday Irfan je la ye



Balik rumah sambung makan kek lagi. Beli 2 slice tapi 1 slice tersalah ambik so balik makan dekat rumah je la. Irfan bab2 nak menghancurkan kek tu memang laju je hahaha...


Birthday Irfan pun dah lepas Sabtu hari tu 22 Feb 2014. Sama2 la kita bertukar ke angka 3 ye wahai anakku. Macam tak percaya je dah masuk 30an. Betul ke ni??? Percayalah kerana itu lah realitinya. Banyak lagi impian yang tak tercapai. Pada masa yang sama syukur alhamdulillah atas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Nya. Semoga dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan diberi umur yang berkat. Aminnn...


Thursday, February 20, 2014

I Am Officially 3 Series!

Assalamualaikum...Dah lama tak update belog. Nak tutup terus pun macam teragak2 sebab sayang blog ni. Walaupun dah agak berhabuk sebulan sekali boleh la kot nak update. Alhamdulillah hari ni dah masuk 3 series. So goodbye 2 series. Actually lagi excited nak celebrate birthday Irfan 2 hari lagi. Irfan pun dah nak masuk 3 tahun. Share angka 3 dengan Irfan tahun ni. Irfan 03 mamanya pulak terbalik 30 huhuuu...Tak ada idea nak update apa. Babaiii....

Friday, January 24, 2014

Amabelle, Betsy and Lanaa by AHC

Assalamualaikum...Sekali sekala nak la jugak promote shawl Al-Humaira' dekat blog kesayangan ni. Minggu ni ada new update Amabelle dual color instant shawl. Long shawl attach with inner. RM 79 tak termasuk postage memang berbaloi2. Tak payah nak cari inner dan boleh sarung terus lilit je. Tak banyak pakai pin. Litlit macam biasa pun bole. Model je lilit canggih2 untuk photoshoot ;)



Betsy glitter chiffon shawl ni pun best. Glitter shawl yang glitter dia light2 je. Ada 2 efek glitter, silver and gold. Kain chiffon memang senang nak bentuk. Hujung shawl pulak bentuk curve memang memudahkan lagi pemakaian shawl ;) RM 55 tak termasuk postage...



Lanaa cotton shawl. Design yang simple untuk pakai keluar jalan2 hujung minggu ;) RM 43 tak termasuk postage...



Kalau ada sesiapa berminat boleh email ke cuna_02@yahoo.com ye. Buy 2pc n above blh dpt free postage and free gift tau. Boleh beli untuk diri sendiri or hadiahkan kepada kawan2 n sedara mara ;) Enjoy your weekend peeps :)

Thursday, January 23, 2014

Happy New Year 2014

25/12/2013 - Wed

Selamat tahun baru 2014! Baru nak wish boleh??? Melampau lambat giler baru nak buat entry tahun baru ken. Sejak up kan entry pasal jadi dealer Humaira terussss tak update blog. Mesti orang bajet tgh bz berbisnes la tuh. Idok la yer. Itu semua memang poyo belaka. Bisnes ai tak maju sgt lagi. Suam2 kuku aje. Cuma mood nak update belog tu je yg dah ke laut :P


Ni kesah last year of coz. Banyak giler last year punya cerita tak update. 1st time bawak Irfan naik LRT...hehehe...Kesian Irfan dah nak 3 tahun baru la nak merasa naik LRT. Kalau tak tengok dari kejauhan aje. Pegi time cuti Krismas. Bukan la tak nak bawak selama ni tapi takut Irfan beraksi dalam LRT tu nanti T_T Hari tu pun redah la jugak since confirm susah nak cari parking time orang ramai macam ulat tu.


Percubaan pertama adalah berjaya! Memang Irfan dok diam je sepanjang nak sampai ke KLCC tu. Duduk tegak je tengok orang. Just bila lrt stop setiap station tu dia dah nak turun sebab ingat dah sampai hahaha...So setiap station tu kena bagitau dia belum turun lagi :P 


Sampai KLCC jalan2 sket Irfan dah sedap tido. Memang tak sesia susah payah angkut stroller naik LRT. Dah tau time tido dia petang2 camtu. If tak bawak stroller memang tak tido la dia. Mau mengamuk sepanjang jalan T_T


Since Irfan dah tido boleh la stop bergambar kejap. Selekeh je haku. Capai je baju yang tak payah gosok. Opsss tak berniat nak jadi model shawl pun ye :P


Ok dah selit tag belah dalam...hahaha...Tak ada la nampak sangat macam nak promote tudung :P Ni antara shawl fevret aku. Shawl AHC la kennn. Dok ulang pakai shawl ni je.


Satu hape pun tak beli dekat KLCC. Saje je nak melawat sebab dah lama tak datang....hehe...Balik tu naik LRT Irfan dah start rock n roll. Memang tak nak dok diam dah. Nak lompat2 lari2 jerit2. Awal2 je behave sebab terpegun sangat kot. So no more LRT dah lepas ni ok. Oh tak tau la bila lagi rajin nak update blog. Slow2 je la kan walaupun cerita semua dah basi. K babai...