nuffnang

Thursday, December 19, 2013

I Am Now an Authorized Dealer for Al-Humaira Contemporary

Assalamualaikum....Perghhhh...Tajuk kemain lagi...hehe...Memang terasa sedikit kelakar di situ tetiba pulak jadi dealer Al Humaira. Macam tak plan sangat pun. Tu pun lama berfikir. Tak tau la berapa lama boleh bertahan....huhu...Tapi buat masa sekarang apa2 pun kena berfikiran positive je la =)


Baru nak masuk 2 minngu jadi dealer ni. Duit pun keluar macam air. Risau jugak kalau tetiba tak ada air terus lepas ni T_T


Alang2 dah buat bisnes baju tu tumpang sekali je la shawl Al Humaira. Lagi pun almari sendiri dah penuh dengan shawl AHC je. Rasanya shawl dah banyak dari baju ni. Boleh ke?


Dah tak berapa rajin nak update pics dekat blog Sapphire Glam Closet tu. Update dekat FB je la nampak gayanya. Ni antara shawl Lanaa yg still available...Aku sendiri dah beli berhelai2 lanaa ni tapi dari dealer lain n dari butik AHC sbb time tu tak jadi dealer lg.


Lujaa...


Macy...Ni pun sama dah beli dari dealer lain....


Untuk sesiapa yang berminat nak beli shawl AHC dari ai boleh la order ye. Nak tolong promote or share dengan kawan2 sedara mara pun bulih jugak...hehe...PM je dekat FB ;) Beli 2 helai ke atas boleh dpt free postage. Kalau tak nak beli pun blh tlg support pun jadik la. Boleh like my page...
https://www.facebook.com/sapphireglam  . TQVM :)

Friday, December 13, 2013

Fireworks @ Putrajaya

14/09/2012 - Sat

Assalamualaikum...Ketandusan idea sebenarnya nak update blog. Mood pun memang dah ke laut sangat dah nak berblogging. So nak bagi aura tu datang kita update pasal makan2 je la ye.Ni cerita bulan 9 oi. Sekarang dah bulan 12 kot...huhu...Basi giler dah. Kitorang kalau ke Mid Valley biasanya akan singgah makan kat Sweet Chat. Aku la yang request nak makan durian crepe. Biasa makan dessert je pun kat sini. Tetiba hari tu nak up sket order la spagetti ni. So-so je la rasa dia. Tapi sebab lapar licin la jugak kitorang share bertiga :P


My fevret. Nak je order 2 or 3 pinggan. Tapi nampak macam tamak sangat kan T_T


Macam biasa before makan kita amik gambar la dulu ;)


Irfan awal2 dah request nak susu. Tengok la gaya dia tu. Kaki pun letak atas...huhu...


Keluar je Mid Valley kitorang terus ke Putrajaya. Time tu ada fire works competition. 1st time nak tengok live. Awal2 dah cari spot baik nak tengok bunga api.


Abaikan la muka aku tu ye. Ambik gambar dengan gelap gelita tu. Sekali terkena flash terus rasa macam tak nampak apa. Silau giler.


Irfan excited sebab dapat mainan baru. Yang lain dia tak kesah dah.



Berselfie berdua. Sekali sementara nak tunggu start tu hujan dah renyai2. Takut Irfan demam kitorang pun bertapa la dalam kereta je.


Bila fire works nya dah start kitorang still dalam kereta sebab hujan lagi. Kalau kitorang berdua memang dah redah. Mula2 memang ingat nak berpayung je tengok. Sekali bila bawak Irfan keluar terus dia menjerit sekuat hati dengar bunyi bunga api yang kuat tu. Memang berdentam dentum la sebab dekat je kan. Ingat dia ok.


Last2 Papa Irfan je dok luar tengok bunga api sambil ambik gambar sket. Tak berapa nak clear sebab kebetulan tempat kitorang parking tu ada pokok. So nampak pun separuh2 je la T_T



Muka kecewa dapat tengok bunga api dari dalam kereta je. Senyum pun kelat2 je...huhu...Irfan dalam kereta je excited tengok bunga api. Bawak keluar je dia takut. Mama dia la kena jadi peneman dok dalam kereta T_T So non ado la gambar ku ber'background' kan bunga api T_T


Akhirnya berjaya jugak update...hehe...Gambar dah upload lama. Agaknya memang kena peram lama2 baru idea tu nak datang. And as usual esok dah weekend. Enjoy ur weekend uols! ;)

Friday, November 22, 2013

Makan Free @ Grand Season Hotel

09/09/2013 - Mon

Assalamualaikum...Fuhhh fuhhhh...Tiup2 dulu blog yang dah berhabuk ni. Lama betul rasa tak update dekat sini. Macam biasa alasan yang sama. 2 minggu kebelakangan ni bz dengan kerja office. Demam2 pun buat jugak kerja sampai lembik. Sekarang dah slow down sikit. So mari la kita korek2 cerita lama yang ada ;)

Ni memang cerita yang tersaaaaangat la lamanya. Cerita bulan 9 hokey...hehehe...Dapat makan free dekat Grand Season Hotel KL. Maklum la nak pegi makan sendiri tak berapa nak mampu. So bila dapat peluang tu agak jakun la sikit ;)


Ni antara yang sempat makan la. Datang lunch time untuk makan semata2. So kena cepat2 balik rumah sebab nak sambung buat kerja.


Pinggan yang penuh dengan lauk sampai tak nampak nasik ni Papa Irfan punya :P


Nak ambik gambar beria2 macam segan. Dah la function orang. Kami tumpang aje...


Irfan tinggal rumah. Hari kerja tak rasa bersalah sangat nak tinggalkan dia since ada orang jaga.


Antara makanan yang ada. Memang tak sempat la nak try test semua. Perut pun dah penuh. Kena balik cepat pulak tu. Kalau boleh lama2 sempat la kasi hadam sikit lepas tu sambung makan lagi =)




Akak n abang ipar pun datang sekali. Actually adik yang organize event ni. Dah buat full payment untuk makan but participant yang join tak berapa ramai. So alang2 dah bayar rugi la tak makan kan. Tu pun ada lebih lagi. Ohhh...Ada date. Baru la nak tau tahun bila punya cerita haha...


Participant baru habis talk dari Imam Muda Asyraf. So dapat la tumpang bergambar. Nak ambik gambar berdua je of koz la segan. So cover ajak Papa Irfan, mak n ayah ambik gambar sekali. Pagi tu Lisa Surihani datang bagi talk tapi tak sempat la nak jumpa. Adik aku kemain lagi dapat bergambar dengan Lisa. Syokkk laaa..Tak pe la dia bos. Dah biasa jumpa dengan selebriti.


Ni 2nd time datang free lunch dekat hotel yang sama. Sebulan lepas 1st lunch tu. Kali ni lansung tak bergambar dalam hotel since makan2nya buat dekat ball room tempat orang kursus tu. Lagi la makan laju2 lepas tu terus balik. Cukup syarat je since ada peserta yang tak dapat join. So sangat la rugi kalau tak makan untuk orang2 itu since company adik aku dah keluarkan duit.


Dah habis pun. Dah lama nak update tapi tak kesampaian. Mengesot2 je la update walaupun dah basi. Esok dah weekend! Kaki ni pun dah mula rasa gatal nak berjalan...hehe...Enjoy your weeekend uols! =)

Friday, November 1, 2013

November Sudah

08/09/2013 - Sun

Lama rasa tak update. Sedar2 dah masuk November. Jap2 lagi dah masuk tahun lain. Tau2 aku dah masuk 3 series...huhu...Tak ada cerita sensasi except gambar kami bertiga. Biasa la aktiviti jalan2 di hujung minggu. Gambar lama T_T Time tu Irfan tengah sibuk belek menu. Konon2 nak order la tu. Sambil tu mulut riuh cakap sorang2...hahaha...


Irfan sekarang memang macam2 perangai. Penat jugak nak melayan tapi kadang2 tu memang tak tahan dengan gelagat dia. Macam pak lawak dah :P


Ber'color' blocking. Owner Qaira Hijab yang ajar :P


Kena paksa bergambar jugak :D


Port biasa bila nak ber'camwhoring' :P



New family member in da house. Jumaat lepas 25/10 dapat anak buah yang ke 23 kalau tak silap. Bila dah ramai sangat kadang tu lost track :P


Cute sangat lahai baby girl ni. Teringin betul nak ada baby girl jugak. Insya Allah another one fine day =)



Esok dah start cuti panjang. 4 hari uols. Seronok betul rasa. Isnin tu dapat replacement leave sebab Deepavali jatuh hari Sabtu. Tapi tak ada la nak pegi holiday mana2 pun. Tengah save bajet. Hujung tahun banyak nak kena bayar itu ini. Until then enjoy your weekend peeps =)

Friday, October 18, 2013

Raya Haji 2013

15/10/2013 - Tues

Mari update cerita raya sebelum menjadi basi. Nasib baik la ada jugak gambar sikit. Tu pun ambik gambar laju2 before nak keluar beraya ke Shah Alam. Irfan kalau dah dapat susu memang apa pun tak layan la kan.


Dengan cousin dia Ammar Yassir. Tua 6 bulan Ammar ni. Irfan nampak tinggi sikit walaupun susah benor nak makan. Harapkan susu je la T_T


Nama je raya haji beraya side parent aku dulu tapi dari pagi memang pakai baju burok je duduk dapur. Dah nak keluar baru la reti nak tukar baju elok sikit.


Tak ada nak dondon2 dah. Nasib la warna apa yang ada. Baju Irfan pun pakai yang hari raya puasa hari tu punya je. Sementara padan lagi ni. Harapkan raya je la kan nak berbaju melayu.


Irfan dah lari meh ler ambik gambar berdua pulak =)


Anak2 sedara yang ada. Petang baru complete semua. Irfan time ni ngelat tak nak ambik gambar. Dok sepah2kan kotak2 dekat tepi tu. Termasuk pulak gambar ai yang tengah cekak pinggang tu :D


Dah nak sampai Shah Alam Irfan dah sedap tido dalam kereta. Bawak masuk dalam rumah mak cik pun still tido lagi. Orang semua dah nak balik baru la dia bangun. Tunggu dia makan satay 4 or 5 cucuk then baru balik.


Macam2 gaya makan satay. Nasib baik la ada satay. Memang fevret Irfan. Nak suruh makan makanan lain memang susah sikit.


Balik rumah mak cik singgah rumah in law dekat Shah Alam pulak. Before tu dah jumpa sekali dekat rumah mak cik. Tapi Papa Irfan nak singgah makan masak lodeh pulak. Nanti la one fine day nak try buat. Suka sangat makan masak lodeh kan.


Balik Gombak sambung makan bihun sup pulak. Ni sorang sikit masak lepas kitorang keluar beraya ke Shah Alam.


Ni aku masak pagi tu. Hari raya masak pasta goreng...hahaha...Kekononnya buat alas perut untuk yang datang pagi tu sebab mak memang tak larat nak masak apa2. Yang ada lemang n rendang. Nak tunggu anak menantu lain yang datang petang baru sampai. Kalau semua datang pagi2 boleh la gotong royong masak apa yang patut...huhu...Kesian mak.


Kek batik pun aku buat. Kira Papa Irfan la conquer. Suka sangat pulak dia nak buat kek2 ni. Ni kek simple je so rajin la nak buat sekali sekala.


Ha ni bukan menu raya. Sambal tempe n ikan bilis. Ni malam tu baru aku buat. Entah kenapa tetiba rasa nak makan so buat je lah. Untuk makan dengan nasi esok2. Papa Irfan cakap dah boleh buat jual. Tapi tak nak la kacau bisnes tempe orang lain pulak kan...hahaha...


Memang sangat simple raya haji kami. Tak ada masak menu beria2. Makan nasi putih macam hari2 biasa. Raya pun tak ambik cuti extra. Harapkan cuti hari Selasa tu je la. Esok sudah weekend. Asal update je mesti dah nak weekend. Dah susah nak update lebih dari sekali dalam 1 minggu. Enjoy ur weekend peeps!