Salam Ramadhan. Dah ada yang dah start cuti raya ke? Alhamdulillah hari ni dah masuk hari yang ke 23 kita berpuasa. Dah masuk bulan 8 dah pun. Baru ni la nak update pasal bulan puasa. Last update dah masuk bulan puasa tapi pegi update cerita before puasa. Lepas tu terus menyepi. Macam tak lalu dah nak update belog. Tapi sebab kesian tak ada update di bulan puasa ni aku kasi update la sekali before raya.
Ni gambar masa 6 Ramadhan kot. 1st weekend berpuasa. So adik beradik yang lain ramai la datang berbuka dekat rumah mak. Memang meriah sorang sikit bawak makanan. Tiada pembaziran berlaku ye walaupun makanan banyak sebab kitorang memang ramai =) Minggu2 yang lain dah tak meriah sebab masing2 dah ada agenda masing2. Kitorang je yang setia berbuka dengan mak n ayah. Tak keluar pegi ukur mall pun even weekend. Tiap2 minggu tak miss berbuka dekat rumah mertua. Macam tak percaya :P
14 Ramadhan si kecik molek ni dilahirkan ke dunia. Qaisara Nadhirah. Anak sulung adik aku. Cucu yang ke 23 mak n ayah. Lahir pun 23 Julai. Seminggu before birthday atok. Molek sangat la tu ;)
18 Ramadhan cubaan berbuka di luar. Memang tiap2 hari kami berbuka di rumah je. Tak sampai hati nak biarkan mak berbuka sorang2 dekat rumah. Ayah pulak memang biasa berbuka di masjid. Kebetulan hari tu mak pun nak berbuka di masjid. Kitorang pulak keluar jalan2 before tu. Terus plan nak berbuka di Times Square. Sampai2 dah 5.30. Pegi Kenny Rogers fully booked. Secret Recipe pun sama.
End up dapat reserve dekat Wendy's. Bila datang lagi sekali nak beli foods tengok2 orang lain dah relax je dok meja yang kitorang book tu. Memang hampehdotcom betul. Last resort berbuka di Krispy Kreme. Makan donut n sandwich n terus pecut balik rumah. Last2 beli nasi arab dekat depan rumah je...haha...Punya la jauh berjalan. Baik awal2 beli nasi arab berbuka dekat rumah je ken :P So experience berbuka dekat luar adalah sangat horror sebab orang tersangat la ramai. Everything seems kelam kabut. Maklum la dah biasa berbuka di rumah. So tak tau macam mana keadaan dekat luar T_T
Ni agenda asalnya. Pegi Luxasia warehouse sale dekat Parkroyal. Actually dah cuba menahan diri supaya tak pegi sana. Lagipun tak ada partner in crime. 1st day boleh tahan lagi. 2nd day memang tak senang duduk tambah2 bila Ayna bagitau dia tengah shopping dekat situ. So pecah dah pecah rekod la untuk tahun ni. Luckily hubby nak bawak. Kalau tak memang tak lepas la nak drive kat tengah2 bandar tu. Dapat 6 stuffs for myself. Ni pun memang control habis dah ni. Tak banyak macam previous haul. Beli perfume 2 botol, shower gel 1, cleanser 1, make up kit 1 n lipstik 1. Done. Puas hati. So tak ada la asik teringat2 je kan ;)
Kelmarin 21 Ramadhan akhirnya berjaya berbuka di luar seperti yang dirancang....hehe...Berbuka di Nando's yang baru bukak dekat rumah kitorang ni. Saje nak try test Nando's baru :P Mencabar jugak la sebab nak kena tunggu dari pukul 6.30 dekat situ. Paham2 la budak kecik macam mana. Mana boleh nak duduk lama2. Dah hujung2 tu Irfan boleh pegi berdiri atas kerusi buat show pulak. Kami pasrah je la T_T
Irfan Naufal so far dah 2 kali join bangun sahur. Ada sekali tu orang dah habis sahur dia baru nak pegi dapur...haha...Makin banyak akal anak bujang aku sorang ni. Kadang2 rasa out of control dah...huhu...Ni baru anak sorang oi. Tapi penat2 layan dia pun selalu je nak tergelak tengok gelagat dia yang dah macam2 tu. Memang sekarang tengah berada di fasa comel ;)
Rasanya lepas ni tak update blog dah kot sampai la lepas raya. So nak ambik kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua. Maaf zahir & batin. Semoga bergembira bersama yang tersayang di hari raya nanti. Yang balik kampung jauh2 tu berhati2 di jalan raya ye =)
No comments:
Post a Comment