08/08/2013 - Thurs
Selamat Hari Raya! Dah hari raya ke 7 dah pun. Camne raya korang? Raya kitorang sampai hari Ahad saje. Isnin aku dah start kerja. Memang tak ambik cuti lansung. Harapkan cuti 2 hari tu je la plus weekends. Seronok jugak la raya kali ni. Just penat layan Irfan yang super duper hyper especially bila singgah beraya tu T_T
Ni malam before raya. Disebabkan raya kali ni semua adik beradik semua beraya side mertua dulu maka sunyi la rumah mak ayah kali ni. Kalau tak malam raya tu dah riuh rendah dah dengan suara budak2. So Irfan pun main la bunga api sorang2.
Tapi dia peduli apa kan. Dah biasa main sorang2.
Main bunga api pun sikit je tapi berpeluh sakan. Sebab sambil main tu lompatnya kemain lagi :D
Di pagi hari raya pertama. Baju kami bertema orange peach. Ni je gambar kami bertiga yang ada. Tu pun terkejar2 sebab nak ke Shah Alam beraya di sana. Tahun ni turn Shah Alam. Tapi sempat la bersalam raya dengan mak n ayah dulu pagi tu. Nama pun dah duduk dengan parent kan :P Rasa macam nak kena retake je gambar pakai baju raya. Selalu jadi macam ni tau T_T
Sampai Shah Alam semua tengah tunggu kitorang je nak bersalam raya. Since Papa Irfan yang sulung so kitorang yang mula dulu la bersalam raya. Followed by adik2 ipar.
Time dekat Shah Alam try pakaikan sampin Irfan. Tak sampai berapa saat dia dah tanggalkan. Silap pulak belikan sampin. Memang sah2 dia tak suka pakai T_T
Abaikan aku yang buat muka pelik tu...hehehe...Tak tau pulak ada orang snap pic. Kalau tak boleh buat muka ayu sikit :D
Bergambar ramai2. Ni belum semua dah kawen n beranak pinak lagi. Kalau tak memang macam family aku jugak la. Sampai pening nak susun tak cukup tempat :P
Letak je la version flash n without flash. Bila gambar elok Irfan pegi tutup muka pulak ken.
Ladies only...
Free style again =)
Guys only...Gambar dengan Irfan sekali pun ada tapi blur pulak. Lepas habis salam makan laju2 lepas tu teruk gerak ke rumah Tok di Damansara. Each year memang semua family belah MIL akan berkumpul dekat situ. Satu gambar pun tak sempat snap sebab sibuk main kejar2 dengan Irfan. Makan pun ala kadar je. Settle beraya di Damansara terus shoot balik Gombak sambung beraya di sana.
Dari 8 beradik, 3 beradik je yang beraya di Gombak. Dah petang baru la meriah sikit sebab memasing pagi2 beraya side mertua dulu termasuk kitorang la kan. Itu pun since mertua pun dok dekat2 jugak. Yang jauh2 tu memang awal2 dah balik kampung.
Family pic. Again terserlah kekerdilan ku berdiri di sebelah orang2 yang tinggi :P Irfan time ni dah pengsan. Tak best sebab tak cukup korum. Tapi nak buat macam mana kan. Kena la jugak gilir2 balik beraya. Last year dah full house. Tak sabar nak tunggu next raya pulak. Hopefully semua dapat berkumpul ramai2 =)
2nd Syawal kami bertolak ke Kluang, Johor. Memang agak dasat jugak jemnya. 3 or 4 tempat jugak la jem sepanjang jalan tu. Dah habis jem baru la Irfan dapat tido.
Lepas tu baru la mama dia dapat feeling ambik gambar sendiri :D Balik kampung jauh2 ni memang tak berani aku nak ber'shawl' bagai. Memang dah standby beli tudung ekspres awal2 bila tau nak balik JB. Dekat 6 jam jugak baru kitorang sampai Kluang. Campur singgah2 n jem2 lagi.
Dekat Kluang tu rumah Mak Andak sebab atok ada dekat situ. Tak ambik gambar lansung jugak sebab main kejar2 dengan Irfan pulak. Kali ni lagi penat sebab main kejar2 keliling rumah. Orang beraya duduk santai2 sembang2. Aku berlari2 satu rumah dengan berbaju kurung lagi. Memang makan pun tak sempat. Orang lepas beraya perut full aku kelaparan. Siap singgah RNR tapau mi goreng. Malam beraya ke rumah Mak Ngah pulak before ke JB tido kat rumah atok. Non ado gambar jugak since Irfan tak nak dok diam n asik meragam je T_T
Esoknya lepas lunch beraya ke rumah kawan MIL time study dulu. 3rd raya memang dah tak koser nak berbaju kurung. Rimas nak berlari berkejaran dengan Irfan nanti. Memang mencabar jugak la nak handle Irfan dekat situ sebab rumah kawan MIL ni banyak mainan. Susun cantik pulak tu. Mana la Irfan tak geram. Dorang tak ada anak so ok la boleh display2 mainan. Aku yang kecut perut tengok. Takut Irfan pegi rosakkan or pecahkan apa2 T_T
Next beraya di rumah Mak Long @ JB jugak. 1st time sampai. Tak ada gambar jugak. Irfan sempat tido dekat sini sebab dah habis bateri. Pun aku lupa nak ambik gambar. Ape daaa...Last sekali beraya di rumah tok sedara Papa Irfan before balik kemas2 n terus gerak balik. Sini pun sama je. Sampai2 Irfan terus ke dapur. Pitammm...Dia buat macam rumah sendiri pulak ken T_T So in total berjaya beraya 5 rumah kat Johor.
Before balik semua singgah JPO. Macam dah jadi aktiviti wajib dah kot. Kitorang pun pegi je la cuci mata. Tak ada hasil pun kali ni. Lagipun duit dah banyak lebur raya2 gini. Bertolak pukul 8.30 malam, dekat pukul 2 pagi baru sampai. Balik lunyai anak beranak. Esoknya sempat beraya ke rumah mak cik aku je. Sampai situ je la raya kitorang. Lepas2 ni tunggu je la jemputan ke open house raya pulak. Kot laa ada orang nak jemput kan ;)