nuffnang

Wednesday, September 25, 2013

Happy Time!

14/09/2013 - Sat

Terasa begitu lama tak update belog. Sesungguhnyaaa masa amat mencemburui diriku ini...hehe...Gini la kalau project tengah on. Memang hidup pun jadi tunggang terbalik. Time tido pun dok teringat2 kerja yang tak siap lagi tu T_T Memang kena bersemangat waja sikit sekarang sebab dah tukar team. Banyak benda baru kena belajar. Belajar sendiri pulak tu. Bila time macam ni mula la berperasaan nak cari kerja lain. Kena la bertabah selagi servis masih diperlukan. Malas nak pegi interview sebenarnya....hiks!

Ni gambar weekend 2 minggu yang lepas kot. Budak kecik yang dah pandai posing. Entah macam mana elok pulak dia nak pakai spec. Kalau tak memang campak tepi je. Lepas tu siap tido pun nak pegang spec. Nak ambik pun tak bagi.


Entah kenapa terlebih rajin nak bergambar. Dalam kereta pulak tu. Tambah2 bila dah bawak digi cam. Makin menjadi2 pulak ken :P


Abaikan Mama Irfan yang tersengih lebar tu. Suka hokey bila dapat keluar jalan2. Bukan selalu dapat happy2 gini. Kalau tak stress je memanjang hari2 dok mengadap laptop siang ke malam.


Ber'color blocking' sekali sekala ;)


Papa Irfan layankan je laaa...


Tido pun nak hensem2. Yang kelakarnya mula2 tengah tido tu pegang je spec tu. Tetiba terjaga amik spec pakai lepas tu boleh sambung tido balik...hahaha...Buat lawak di petang hari betul :D


Ok dah boleh sambung buat kerja. Banyak benda nak update tapi tak kesampaian. Rindu betul nak berpotpetpotpet dekat blog ni walaupun tak ada orang nak baca sangat...hahaha...

2 comments:

mIZz *.* aYNa said...

Wahhh, cantek lah u pakai shawl, I je yg maseh ikan bawal, hehehe =P

cuna said...

Ayna: u kan muda n single lg. org muda mmg sesuai pakai bawal. kalo i tak kawen lg rasanya i pn maintain berikan bawal jgk...hehehe