nuffnang

Friday, October 4, 2013

Entry yang Terperam Sekian Lama

31/08/2013 - Sat

Ohhhoiiii cerita jalan2 Penang lama betul dah kena peram. Ni la entry yang dah berapa kali update tapi tak siap2 jugak. Gambar banyak sangat terus jadi malas nak update. Last2 basi begitu sahaja. Alang2 tengah tak ada benda menarik boleh dicerita maka hari ni jadi rajin pulak nak update. Lepas wedding cousin Papa Irfan dekat Perak tu (dah selamat di'update' hari tu), singgah rumah opah kejap then terus ke Sg. Petani. Bermalam dekat Hotel Seri Malaysia. Macam biasa sampai2 tu Irfan pun bz buat spot check :P



Cukup luas untuk Irfan berlari ke sana sini


Sangat seronok sebab dorang ada provide iron n iron board sekali. Paling best siap ada sejadah. Walaupun biasanya kitorang travel memang akan bawak sejadah tapi kira kagum jugak sebab biasanya hotel tak sediakan pun. Kekadang tu terlupa nak bawak jugak.


TV pun best sebab ada astro kan. Yang penting ada cerita kartun untuk Irfan. Terasa excited sebab last sekali pegi Seri Malaysia dekat JB lansung tak best. Terus tido 2 malam dekat hotel ni walaupun plan asal 2nd night nak tido dekat Alor Setar pulak. Malam tu sempat keluar makan mi udang je dengan makcik n family. Siap singgah rumah pulak sambung borak2. Parent ada event dekat tempat lain.


Esok pagi breakfast dekat bawah. Irfan kemain tak nak dok diam. So makan pun ala kadar je la.


Lepas breakfast terus ke Alor Setar. Mak nak cari barang dekat Pekan Rabu. Kitorang follow je la since tak pernah sampai sini lagi pun. Aku pulak dari malam dah start demam. Hidung pun sokseksoksek. Kepala pun berat. So sepanjang jalan aku memang tido je la macam orang pengsan. Tau2 dah sampai.


Balik dari Alor Setar terus sambung tido lagi. Memang tak menahan sakit kepala. Dah petang sikit ajak parent keluar pegi Penang tapi dorang dah penat. So kitorang bertiga je la pegi. Irfan sempat tido sementara nak tunggu feri.


Saje nak bawak Irfan jalan2 naik feri. Dulu last datang dia kecik lagi.


Sori gambar blur. As usual kamera biasa2 aje. Time ni baru lepas hujan. So angin yang bertiup tu memang mencucuk2 la rasa. Tambah2 tengah demam.



Pegi Penang naik feri malam2 dengan demam lagi adalah semata2 sebab nak pegi makan dekat Padang Kota. Teringin nak makan pasembor ngan sotong kangkung. Kalah orang mengidam kekadang tu kan...hehehe...


Memang nikmat la bila dapat makan tu. Dekat KL ni susah nak cari. Kalau ada pun tak berapa nak sedap. Lepas tu beli laksa. Sedap lagi laksa dekat pasar malam depan rumah kot T_T


Pasembor pun harus order. Ni pinggan 2nd ok. Dah makan habis sepinggan rasa tak cukup lagi pulak. Before balik tapau kerang bakar. Takut kang balik teringat2 :P Before balik hotel singgah rumah mak cik lagi sekali. Siap dapat kuih raya 2 bekas...hehe...Padahal raya dah nak habis kot time tu. Dan terjebak jugak beli tudung 3 layer dengan makcik ku T_T


Esoknya breakfast dulu. Dah buffet tu memang makan sampai kenyang la. Irfan pulak sedap tido kat atas. Nasib baik ada Mak Tok dia boleh tolong temankan. So boleh la makan lama2 sikit...hehe...


Last day kitorang singgah rumah makcik2 n sedara2 yang lain. Kira berhari raya sekali la walaupun dah hujung2 kan. Malam baru sampai KL.


Habis dah entry panjang berjela ni. Nak jugak update. Boleh buat kenangan nanti2 =) Esok dah cotiii...Tak ada perancangan yang menarik dalam kepala. Tapi macam biasa ada la pasang angan2 nak ukur shopping mall :D Enjoy your weekend peeps =)


2 comments:

Laiciberry said...

Salam..hai kak..lama ketemu..hihi..akk pregnant ke??

cuna said...

laiciberry: wsalam. hai eyta. eyta kan nama awak? akak tak pregnant. tp awak dh org ke 2 ckp akak pregnant...huhu...dh buncit kot sbb slalu mkn mlm T_T