nuffnang

Friday, November 22, 2013

Makan Free @ Grand Season Hotel

09/09/2013 - Mon

Assalamualaikum...Fuhhh fuhhhh...Tiup2 dulu blog yang dah berhabuk ni. Lama betul rasa tak update dekat sini. Macam biasa alasan yang sama. 2 minggu kebelakangan ni bz dengan kerja office. Demam2 pun buat jugak kerja sampai lembik. Sekarang dah slow down sikit. So mari la kita korek2 cerita lama yang ada ;)

Ni memang cerita yang tersaaaaangat la lamanya. Cerita bulan 9 hokey...hehehe...Dapat makan free dekat Grand Season Hotel KL. Maklum la nak pegi makan sendiri tak berapa nak mampu. So bila dapat peluang tu agak jakun la sikit ;)


Ni antara yang sempat makan la. Datang lunch time untuk makan semata2. So kena cepat2 balik rumah sebab nak sambung buat kerja.


Pinggan yang penuh dengan lauk sampai tak nampak nasik ni Papa Irfan punya :P


Nak ambik gambar beria2 macam segan. Dah la function orang. Kami tumpang aje...


Irfan tinggal rumah. Hari kerja tak rasa bersalah sangat nak tinggalkan dia since ada orang jaga.


Antara makanan yang ada. Memang tak sempat la nak try test semua. Perut pun dah penuh. Kena balik cepat pulak tu. Kalau boleh lama2 sempat la kasi hadam sikit lepas tu sambung makan lagi =)




Akak n abang ipar pun datang sekali. Actually adik yang organize event ni. Dah buat full payment untuk makan but participant yang join tak berapa ramai. So alang2 dah bayar rugi la tak makan kan. Tu pun ada lebih lagi. Ohhh...Ada date. Baru la nak tau tahun bila punya cerita haha...


Participant baru habis talk dari Imam Muda Asyraf. So dapat la tumpang bergambar. Nak ambik gambar berdua je of koz la segan. So cover ajak Papa Irfan, mak n ayah ambik gambar sekali. Pagi tu Lisa Surihani datang bagi talk tapi tak sempat la nak jumpa. Adik aku kemain lagi dapat bergambar dengan Lisa. Syokkk laaa..Tak pe la dia bos. Dah biasa jumpa dengan selebriti.


Ni 2nd time datang free lunch dekat hotel yang sama. Sebulan lepas 1st lunch tu. Kali ni lansung tak bergambar dalam hotel since makan2nya buat dekat ball room tempat orang kursus tu. Lagi la makan laju2 lepas tu terus balik. Cukup syarat je since ada peserta yang tak dapat join. So sangat la rugi kalau tak makan untuk orang2 itu since company adik aku dah keluarkan duit.


Dah habis pun. Dah lama nak update tapi tak kesampaian. Mengesot2 je la update walaupun dah basi. Esok dah weekend! Kaki ni pun dah mula rasa gatal nak berjalan...hehe...Enjoy your weeekend uols! =)

Friday, November 1, 2013

November Sudah

08/09/2013 - Sun

Lama rasa tak update. Sedar2 dah masuk November. Jap2 lagi dah masuk tahun lain. Tau2 aku dah masuk 3 series...huhu...Tak ada cerita sensasi except gambar kami bertiga. Biasa la aktiviti jalan2 di hujung minggu. Gambar lama T_T Time tu Irfan tengah sibuk belek menu. Konon2 nak order la tu. Sambil tu mulut riuh cakap sorang2...hahaha...


Irfan sekarang memang macam2 perangai. Penat jugak nak melayan tapi kadang2 tu memang tak tahan dengan gelagat dia. Macam pak lawak dah :P


Ber'color' blocking. Owner Qaira Hijab yang ajar :P


Kena paksa bergambar jugak :D


Port biasa bila nak ber'camwhoring' :P



New family member in da house. Jumaat lepas 25/10 dapat anak buah yang ke 23 kalau tak silap. Bila dah ramai sangat kadang tu lost track :P


Cute sangat lahai baby girl ni. Teringin betul nak ada baby girl jugak. Insya Allah another one fine day =)



Esok dah start cuti panjang. 4 hari uols. Seronok betul rasa. Isnin tu dapat replacement leave sebab Deepavali jatuh hari Sabtu. Tapi tak ada la nak pegi holiday mana2 pun. Tengah save bajet. Hujung tahun banyak nak kena bayar itu ini. Until then enjoy your weekend peeps =)