nuffnang

Sunday, January 24, 2010

Dalam Lif Ada Kereta

Jom naik lif! Gile hape ajak orang naik lif. Huahuahua. Kalau setakat naik lif biasa tu aku hari2 turun naik ofis pun pakai lif. Ground floor sampai 16th floor...16th floor sampai ground floor. Immune sangat dah. Kalau lif penuh lagi la. Sume floor nak benti. Sampai nguap2 nak sampai ofisku yang kat puncak langit tu.



Kisahnye aku 1st time jumpa lif yang boleh angkut kete. Jakun tu jakun la jugak. Tapi tak de la over sampai terlopong ke hape kan. Kekeke. Tak tau la bila wujud tempat ni. Kat Plaza GM kat tengah2 KL. Dah name nye KL memang la setahun sekali aku sampai. Nak masuk pun kena queue panjang kat luar. Lif pulak ada 3 je. Lagi best 1 lif bole masuk satu kete je. Belum kira jem sesak nak sampai KL lagi. So the morale of the story is....jangan datang KL time wiken. Hahahaha...tetiba nak kasi moral of the story.




Akhirnya sampai depan lif. Ada la dalam 20min kot tunggu. Siap ada traffic light lagi. Nampak tak ade kete dalam lif tu? Ha kete tu baru turun dari tingkat 8. Baru abis nyoping. So turn kitorang 1 family ni nak masuk pulak.



So kete tu kua belah belakang n kitorang replace.



Boleh pulak time kitorang dah masuk pintu yang belah depan tak mo tutup. Saje je nak bikin havoc. Kesian orang atas ngan bawah yang tunggu turn nak naik lif. Time ni tak tau pape lagi. Yang aku tau aku nk nengok kete naik sampai lvl 8.



Sampai pon. Lansung tak rasa macam naik lif. Sebab dah dok dalam kete kan. Kalau kua kang rasa kepoyoan terserlah pulak :D Tapi tak semudah ittew. Kua2 lif je dah jem coz sesak ngan kete yang nak balik tunggu turn naik lif plus orang yang datang nak cari parking. Naik level 11 baru jumpa parking. Huhhh... rasa cam tak effective lansung system dorang ni. Nak jimatkan space semata2.




Dalam tu memang banyak giler kedai. Ade dalam 7 tingkat kot. Tapi barang2 kat tiap2 kedai tu lebih kurang sama je. Banyak aksesori. Paling tak boleh blah sume kene beli bundle. Paling sikit pun 6. So bayangkan la...nak beli handbag kene beli 6, gelang crystal pun 6, brooch pun 6. Pastu kene sejenis je but lain2 color. Kalau datang ramai2 ok la sebab barang rm10 boleh dapat rm3 je. Kot2 nak buat business sampingan untung la kot beli.


Aku ada la beli something tapi bukan untuk diri sendiri. Nak bagi orang. Nak tunggu turn nak balik sekali lagi hazab. Just imagine nak dapat naik lif tu dari lvl 11 to 8 kena tunggu dekat sejam. Time ni baru la aku tau camne orang kat atas ni rasa tambah2 if ada kes cam kami yang tetiba lif stuck tak nak jalan. Dengan ada sorang pakcik kat belakang yang sengal sibuk nak hon2. Kalau aku the Rock memang aku kua kete time2 tu jugak pegi cabut stereng kete dia. Hohoho. Memang saje je nak kena lempanggg tau pakcik tu.


Pemandangan nak kua lif kat bawah. Memang betul2 jalan belakang. Siap ngan tong sampah besar lagi kat belakang. Tapi stillll ramai orang nak datang sini. Aku??Mungkin tidak lagi.



Sekarang memang sangat tak de cite nak letak kat blog. Tak de pape yang menarik selain keje...keje...keje...Siang malam keje sampai 10 11 malam. Even wiken pun buat keje. Gile workaholic la konon. Last week tengok Tooth Fairy movie preview penat2 pun gigih jugak pergi. Balik ofis pun dah 7lebih. Tapi best la cite tu. Puas gelak sampai sakit perut sampai terlupa jap stress n bebanan keje kat ofis tu.


Keadaaan aku yang tak terurus ni akan berterusan sampai bulan 3 nanti :( Cepat2 la bulan 3. Bulan 2 pon tak masuk lagi ni. Whatever it is....life is a roller coaster....n i am in that roller coaster...

4 comments:

myooh said...

gigih bunge jkat dashbod tu tunggu,,hahaha

cuna said...

bukan setakat bunge, rama2 pon tunggu sekali. tak saba2 nak masuk :P

is-nanie said...

Kalo aku pon dah tak pegi dah tempat situ... Sejam tunggu, patut dah leh gi shopping macam2 barang dah.. hehe

cuna said...

Bole pegi tapi bukan wiken. If weekdays confirm line clear. Actually time sampai aku tak tunggu pun. Adik aku drop je kat pintu... die beratur cari tempat parking ;) Aku saje nak nak tengok ada apa kat situ coz cam ramai orang pegi. Tak tau plak die pakai lif nak g tempat parking.huhuhu