nuffnang

Friday, March 29, 2013

Bersantai di Hujung Minggu

24/03/2013 - Sun

Bersantai di Taman Layang2 Kepong...Dah lama tak ke sini. Sampai2 je elok Irfan terlelap. Paksa jugak dia bangun. Tak kan la nak patah balik kan...huhu...Nampak je ramai orang dia pun excited. Laju je jalan. Sakan dok tawaf segala playground dekat situ. Papa dia la yang rajin mengekor. 

Nak main buaian tak boleh sebab asyik ada budak je. So last2 Papa Irfan pegi belikan mainan buih2 ni. Dah berzaman tak jumpa ok. Last masa kecik2 dulu lah. Suka pulak tengok ;)


So berlari-larian la Irfan ke sana sini nak tangkap buih2 tu. Mula2 main tu dekat tempat ramai orang. Sekali buih tu pegi kat orang habis orang pun dilepuknya...hahaha...



Kalau boleh nak buat sendiri tu.


Siap lompat, tendang, pijak semua. Macam2 gaya :P



Habis main2 berpeluh2 la anak beranak. Sebelum balik singgah makan dekat Secret Recipe...hahaha...Secret Recipe lagi. Last day promo geram pulak kalau tak singgah. Ok lepas ni 6 bulan tak nak makan sini dah :P


 Macam2 gaya jari keluar kalau nak suruh buat peace ;)


Last2 dapat gaya ni je :D Tu kes tak koser dah nak layan mama dia soh bergambar T_T


Kek sehengget. Nak try kek lain tapi dah tak ada pulak. So ambik je la stawberry yogurt cheese cake ni. Yummeh2. Cam menarik je kalau buat sendiri ni ;)


Order chicken gordon bleu...ehhh betul ke eja dia...malas nak google. Yang pentingnya dekat Chop n Steak Kg. Baru lagi sedapppp...Banyak rupanya menu yang baru aku try dekat Secret Recipe ni. Sebab kalau tak memang balik2 akan order spagetti or lasagna aje.


Papa Irfan order chicken chop.


Untuk Irfan tak non ado. Tumpang mama ngan papa dia je. Sambil tu layan Upin Ipin kasi dok setempat.


Habis pun cerita weekend lepas. Esok dah nak masuk weekend pun. Memang makin lama makin slow nampknya nak update belog. Happy weekend uols!

Thursday, March 28, 2013

Bowling Lagi!

23/03/2013 - Sat

Muka budak busyuk yang dah mengantuk. Tido lambat tapi pukul 7 pagi dah bangun. Lepas tu tak tido2 sampai ke petang. Semua tak kena la jawabnya...huhu...


Tapi mama dia lagi suka dok menyakat. Siap kena marah lagi...hahaha...Lepas dapat susu terus diam kejap.


So macam biasa ambik gambar berdua. Jalan2 kejap je tapi duduk yang lama. Tunggu time nak main boling je.


Kami lagi...hehehe...Warning! Entry kali ni memang banyakkkk sangat gambar. So sila  la jangan pitam ye :P


Akhirnya berjaya jugak pegi main boling lagi. Kali ni main redah je bawak Irfan. Dengan harapan time nak main boling tu dia tido...hehe...


Memang berjaya ditidokan. Time Nurul sampai dah mamai2. Bawak round turun bawah tengok2 dah tido. Terus laju2 naik atas :P


Nurul yang sudi join kitorang main boling hari tu. Tu pun last minute punya plan. Nasib baik Nurul free. Sambil2 main boling pun sempat ambik gambar. Sampai turn main n borak lagi.


Muka hepi dapat main boling. Senyum lebar dah macam nak sampai ke telinga dah tu...hahaha...


Khusyuk kemain 2 orang tu ;)


Borak tak pandang kiri kanan. Hasben sendiri dah strike pun tak perasan :D


Irfan tetap tido dengan senang hatinya even bunyi bising pung pang dekat situ. Dengan kitorang borak2 gelak2 lagi. 



Nurul datang dengan 2 orang hero. So meriah la sikit main 5 orang. Kalau 2 or 3 orang memang agak bosan la kot.


Dan ini lah resultnya. Papa Irfan is da winner. Mama Irfan last sekali okeh. Orang yang ajak yang dapat last...hohoho...Fedulikkk. Selama ni main bukan ada skill pun. Memang main campak je bola boling tu. Tapi kali ni lansung tak dapat strike. Kalau tak ada la sesat sekali dua...huhu...Tapi tak kesah pun. Main suka2 je ;)


Lepas habis 1 game ambik gambar banyak2. Main 1 game je pun.


Luckily memang Irfan tido sampai kitorang habis main. Memang dia sedap tido sampai ke rumah. Penangan bangun pukul 7 pagi lepas tu tak tido2 dah.




Us...Feeling muda remaja bila ambik gambar gini...hehehe...



Bergambar dengan sang juara :D



See...Bergambar sakan. Tak cemerlang main pun tak pe lah. Tapi ber'camwhoring' harus lah cemerlang ye kawan2 :P Dapat last pun tak kesah la. Still tak serik nak ajak orang main bowling lagi lepas ni ;)




Last but not least gambar 3 orang beradik ni. So sweet. Nurul, tumpang letak gambar ni ye. Suka tengok korang. Nurul dah macam diapit oleh 2 orang bodyguard dah ;)


Thanks Nurul coz sudi melayan angin orang yang tetiba nak main bowling ni...hehe...Siap bawak adik2 lagi join. Mesti dorang pun tak paham apa kena la dengan dia ni nak ajak orang main bowling pulak...keke...Susah2 je korang semua. Tenkiu2.


To Dee n Adda...Cepat2 la roger aku ye kalau korang free. Korang kan YB. Susah ok nak ajak dating...hohoho...Sori aku dah pegi praktis dulu. Tapi dun worry. Still tak terer2 jugak :D

Tuesday, March 26, 2013

Laura Mercier Foundation Primer


Nak update belog tapi malas nak upload gambar yang berlambak dalam phone tu...huhu...So tepek je la 1 gambar ni dulu. 1st time beli produk Laura Mercier. Tu pun sebab ada offer time International Women's Day hari tu. Berapa haribulan pun dah tak ingat T_T 

Thanks to Shikin sebab susah payah tolong belikan jugak...hehe...Actually offer tu untuk hari tu je. Dapat beli foundation primer tu RM 38 je from RM 85 for the 1st 38 customers. Tau pun dah petang. Nak keluar memang susah la. Nasib baik Shikin kerja dekat Mid Valley. Terus roger2. Tu pun dah pukul 5 lebih baru nak roger...hehehe...Nasib baik sempat dah Ckin pun sangat baik hati nak tolong pegi belikan ;) Tak dapat bayangkan kalau aku yang kerja kat Mid Valley. Mesti nak shopping aje kerjanya :P


Sebenarnya tak ada la rajin sangat nak pakai primer2 ni. Biasa nak cepat sapu foundation terus aje. Kadang2 je pakai make up base. Tapi memang jarang terjadi lah. Tapi disebabkan dah lama nak try produk LM ni makanya kena la jadi rajin lepas nih. Once again...tenkiuuuu Ckin. Jasamu tetap kukenang ;) Suka betul kalau dapat try benda2 baru ni =)

Friday, March 22, 2013

RM 1 for Slice of Cake

17/03/2013 - Sun

RM 1 for slice of cake at Secret Recipe...Siapa nak bagi kan? Memang tak ada siapa pun nak bagi...hehe... Kena pegi sendiri then order 2 ala carte main meals baru la dapat menikmati sepotong kek berharga RM 1. Agak berkurun lama rasanya tak makan2 at Secret Recipe. Alang2 tengah ada promo kek murah ni singgah je la. 


Papa Irfan order Fried Rice with Satay...


Mama Irfan order Chicken Parmigiana. 1st time try ni dan memang sangat la tidak menghampakan. Sedapppp tapi tak boleh makan selalu...huhu...Part yang ada cheese tu la yang paling tak boleh dilupakan ;)



Kami dating berdua...


Sebabnya Irfan sedap tido sampai la kami habis makan :P


Kenyang...Alhamdulillah...


Habis makan2 tu makan kek pulak. Macam biasa makan kek choc indulgence lah kan. Promo ni sampai Ahad ni je 24 Mac. Rasa macam nak pegi lagi je. Nak try lagi 1 kek. Tapi macam hover la pulak dalam sebulan sampai 2 kali makan dekat Secret Recipe T_T


Irfan dah bangun bagi dia main benda ni. Dah lama aku dok aim binatang2 ni nak bagi Irfan main.Tapi Papa Irfan cakap dia kecik lagi. Tapi boleh je naik. Just kaki dia tak sampai la pedal kat bawah tu. Dah main lama sikit dia dah bosan sebab nampak ada binatang lain yang lagi menarik...huhu...Bawak lari laju2 :P


Lepas tu baru la ke Tesco cari barang2 harian. Tu tujuan utama keluar sebenarnya. Yang lain2 tu aktiviti sampingan je. Bulan ni asyik la menghitung hari tunggu hari gaji. Memang banyak spend duit especially dekat kereta. Mula2 kereta kena rempuh dengan motor. Habis kena ketuk plus cat satu side dari depan ke belakang. Side mirror pun kena tukar. Lepas tu cermin kereta pulak pecah. Bateri pun nak kena tukar. So memang tabur duit untuk kereta je banyak T_T

p/s: Hari ni 22/3 Irfan dah 2 tahun 1 bulan ;)

Wednesday, March 20, 2013

Wedding Anith

16/03/2013 - Sat

Rasa agak berat mau update belog. Tak ada semangat lansung. Tapi macam kesian pulak tengok belog sunyi sepi. Weekend baru ni balik Perak. Ada kenduri sepupu Papa Irfan. Kitorang bertiga sampai agak lambat. Time kitorang habis makan pengantin sibuk dekat luar. So amik gambar dekat pelamin tanpa pengantin.


Irfan tak mau pandang kamera. Sangat2 moody dia hari tu. Kadang2 dekat mama dia pun tak nak. Nak melekat dengan papa dia je. Jarang terjadi ok T_T Time kecik2 dulu selalu la.


Bila Irfan pandang kamera ada pulak si kecik yang interframe. Malas dah nak snap lagi sekali.


Bergambar dengan pengantin. Muka aku tu toya je kan. Macam2 dalam kepala.


Gambar memang tak banyak. Sepanjang bawak Irfan berjalan jauh kali ni la yang paling teruk dia meragam. Hepi pun kejap je time singgah rumah moyang dia. Tu pun sebab dapat kejar angsa and main2 dengan kucing...huhu...Other than that memang cranky aje. Berlaku jugak satu kejadian before balik tu yang kalau boleh tak nak dikenang2 dah T_T Balik sampai rumah dekat pukul 3 pagi. Even tak overnite still tak pegi Matta fair sebab kepenatan T_T