nuffnang

Saturday, October 17, 2009

Tips of the Day



Last week 3 hari amik MC. Start hari Rabu sampai Jumaat. 3 hari jugak tak pergi kerja. 3 hari jugak terbaring atas katil. Sampai sakit2 badan baring je. Penyakitnya? Memang misteri nusantara. 1st day doc cakap maybe gastrik. Malam before tu siap tak boleh tidur dok asik muntah je kan. Abis lembik lesu. Sy ni memang agak jarang sakit. Ye. Walaupun saya kurus tapi saya sihat dan kuat :) Tahun ni, ni la kot tetiba sakit.



2nd day datang balik klinik sebab cam tak ada perubahan pun. Cam makin teruk je perut. Doc pun boleh tak de idea dah sakit apa. Maybe denggi. So amik la darah. Petang tu dapat result darah ok je.



3rd day datang lagi sekali. Doc tu pun dah malas nak layan agaknye. Dia suruh pergi hospital terus buat further check up. Btw gambar2 ni amik time 3rd day. 1st and 2nd tu memang lemah longlai tak berdaya nak buat apa. 3rd day still sakit tapi cam gigih2 jugak snap. Tak best la nak cerita kalau tak nampak gambar nye.



Sy memang malas betul nak pergi klinik ni. Apetah lagi hospital. Tapi dah mak dah beria2 suruh pergi, memang tak boleh nak cakap apa la kan. Bila kerisauan mak dah melebihi kerisauan ku terhadap diri sendiri, maka kena la pergi.



Walaupun MC, hati dok resah gelisah pikir kerja kat ofis. Mak aku pun bising kenape la sayang sangat kat ofis tu. Tak payah la nak rajin2 sangat. Of course la aku tak rajin kan. Tapi tetiba teringat lagi 2 hari projek tu nak sign off. Memang la tak de apa yang pelik. Tapi bayangkan aku dah 2 bulan dengan team aku tu bersusah payah bertungkus lumus buat kerja. Tambah2 aku la satu2 nya junior dalam team tu. Kene tegur, kene marah, perli, kutuk habis sume la kene. Dari tak tau apa sampai la tau semua. Tetiba bila dah nak end of project aku tinggal kan kerja terbengkalai. So rasa cam tak best.


Tak tau la korang paham ke tak. Tak best tu sebab tak dapat menikmati detik2 terakhir nye. Merasa nikmat kemerdekaan yang sebenar lepas penat jerih gigih bekerja. Ape daa aku merepek ni. Harap2 ada la orang yang faham perasaan aku yang aku cuba describe kan tu. :P

Ben 10 pun ikut pergi klinik jugak.



So on the 3rd day tu pergi Hospital Tawakal. And sekali lagi doc tu pun tak berapa sure aku sakit apa. Maybe gastrik, maybe food poisoning. Tapi dia cakap tak serius sebab dia nampak aku sihat je. Hello doc. Abis tu tak kan nak i datang merangkak2 baru u cakap i sakit? Tu aku cakap dalam hati je la kan. Padahal dalam perut aku dah macam2 bunyi. Bukan setakat vibrate. Ada bunyi air mengalir, paip pecah, gendang, cengkerik and macam2 lagi la. Dah macam loji air je dalam tu. Sakit nya hanya Tuhan yang tahu.



So doc tu suruh makan ubat hospital, stop makan ubat klinik. Dia cakap klinik punya tak original. Erkk ada ke macam tu? Macam tokey jual handset pulak doc ni. So dapat la lagi sebeban ubat dari hospital. Yang paling tak boleh terima nak telan garam galian tu. Uwekkk. Tak sedappp.

Sampai sekarang pun tak habis2 lagi makan ubat-ubatan tu. Kiranya ni sakit 2nd teruk pernah aku alami lepas denggi. Denggi tu memang terus hospitalized.


Sakan betul aku pergi klinik hospital kan. Laju je pasal ada ING card. Menghabiskan duit company je. Tapi best pulak pakai. Macam pakai kad kredit pun ada. Just tak boleh pakai for shopping la kan. Tak dapat pakai credit card, ING card pun jadi laaa.

Hai obat...hai obat...mari makan obat. Tau tak lagu tu?Ubat sebeban hasil lawatan 2 hari ke klinik. Hehehe. Rasa nak terkeluar balik je makan. Banyak sangat. Sekarang dah sihat simpan je la.


2 keping MC. Mula2 dapat 1 hari je. Dah doc tu pun dah tak tau aku sakit apa esoknya dia terus tambah 2 hari lagi. Senang. Tak de la aku datang kacau dia dah :D Pecah rekod amik MC paling banyak setakat ni. Kalau tidak paling terer pun 2 hari je.


Ni pulak ubat hospital yang dikatakan ori tu. Doc tu la yang cakap kan. Aku telan je. Mana ku tau ori ke tidak. Tapi agak berkesan coz nampak perubahannya lepas makan. Tak de la perut rasa cam loji air dah.



Lama jugak nak sihat balik. Hari ke 5, Ahad tu siap boleh keluar ikut orang shopping lagi :D Balik tu rasa macam sihat sikit. So Isnin dah boleh datang ofis even kadang2 kepala rasa pusing.

So, tips of the day. Take original medicines and remember shopping can make us healthier :)

6 comments:

dee said...

patutnye ko g jmpa house.. haha.

cuna said...

Erkk g jumpa house. Ape tu dee?

yun said...

dr house la...bkn house(umah)

dee said...

ops sorry.. mksd aku jmpa doctor gregory house. :)

is-nanie said...

aku dah bace entry anna sui ko.. boleh terlepas pndg pulak entry nih..

klinik ko pegi tuh... klinik panel ke bukan?
1st time aku tau psl ubat tak ori.. takut ade byk chemical yg membahayakan kesihatan.. Doktor klinik amik murah kat supplier.. kite byr mahal pulak kat dia tuh.. huhu..

cuna said...

eh baru pasan komen ko kat sini. klinik aku pegi tu klnik panel. Tak tau la betul ke tak pasal tak ori tu. Ntah2 doc tu saje reka cite kan. wahaha. jahat tul aku ni. Maybe ubat hospital lagi berkesan kot.