Ada satu company tu tempat duduk kat ofis pun boleh main 1st come 1st serve. Kalau sampai lambat menggagau la ke sana ke sini cari tempat duduk. Giler tak best. Lain2 company tu saje nak tukar sebab tak jumpa kerja yang betul2 aku nak. Memang semua still dalam bidang IT n software. Tapi macam aku cari yang lebih lagi. Kalau boleh nak kerja yang aku boleh belajar banyak benda baru. Bajet nak something yang challenging gitu la kan...haha...Cam poyo pulak. Tapi seriously aku tak boleh nak ngadap mende yang sama je tetiap hari.
So kira ngan company sekarang ni paling loyal la nih. Tu pun sebab boleh work from home sesuka hati...haha...Kalau idak berkira2 nak cabut jugak ni. Kerja mana tak stress kan. Time projek tengah jalan memang huru hara hidup. Time tu la berkobar2 rasa nak resign. Tapi bila projek dah habis terus lupakan je niat tu. Cam tu la ulang2 sampai la dah masuk 3 tahun ni...huhu...
Kesimpulannya kat company sekarang memang aku banyak sangat belajar benda2 baru. Involve dalam projek yang lain2. Start dekat bulan puasa last year aku dah move a step forward. Bukan jadi team lead. Jauh sekali la nak jadi manager. Gaji pun still tak naik2...huhu...Tapi aku join new team yang majoring dalam bidang aku ni. Macam expertise gitu. Tapi bukan aku la. Saya budak baru belajar...huhu...
Banyak sangat benda kena catch up. Susah2 pun bertabah je la sebab memang dari dulu aku yang beria2 nak sangat belajar. Mana taknya. Asal pegi inteviu je nak mintak kerja position yang camtu confirm kena reject. Orang tak nak sebab tak ada experience. Helooo...kalau semua nak yang ada experience aje sampai bila orang2 yang muda ni nak belajar mende baru. Memang banyak company macam tu.
Luckily company aku ada orang nak tolong ajarkan. So bertahan la sampai dah master sket then baru boleh cabut lari....hahaha...Yang bestnya sekarang dah kerja directly under bos U.S. So datang ofis ke tak datang ke sama je. Bukan dia tau pun. Janji kerja jalan ;)
Yang tak bestnya ni aku ni ada problem sket nak paham slang mat salleh. Tambah2 yang cakap jenis suara dalam tu. Terkial2 jugak la nak memahamkan. Tapi dah makin ok sekarang sebab dah praktis selalu time meeting...hehe...Bukan setakat slang U.S. Slang Mexico pun nak kena pahamkan sebab team member ada orang sana. Masa mula2 dengar rasa macam dorang cakap bahasa dorang je. Masa tu rasa give up je nak teruskan training. Dah la benda baru nak belajar lepas tu nak pahamkan slang lagi. Naik pitam jugak. Tapi practice makes perfect...huhu...Sekarang dah terer sikit nak pickup. Apa2 pun nak kena bersabar la kan ;)
Panjang bebenor dah essay kali ni...hikhik...Sekali sekala update pasal kerja kan. Tu yang ter'over' dos tu. So lepas ni tengok la berapa lama lagi boleh bertahan kat company sekarang. Actually nak letak gambar team tapi malas nak korek email. Kerja pun tak siap lagi ni...haihhh....Nasib baik dah nak weekend. Berbunga2 sikit rasa hati =)
4 comments:
ada yg cute n single tak? lelaki, i mean. ;p
Dee: non ado.dlm team aku aku la yg plg muda.tp dh xsingle.haha.yg lain dh tua2 belaka
besnya dgr citer cuna..oklah tu boleh juga kerja frome home sometimes..mesti lama2 ckp english laju mcm air hihi..jelos pon da dgn org bekerjaya ni..
fawwaznuha: alhamdulillah...blh la kot. kdg2 ada jgk yg xbestnye azy. tp tolak tepi je la...huhu...setakat ni speaking biasa2 aje. xtau la bila nk jd laju mcm air tu...hoho...azy pn beruntung jgk sbb blh jaga ank sndiri...blh buat bisnes lg ;)
Post a Comment