nuffnang

Thursday, June 14, 2012

Jalan2 Cari Pasal

04/06/2012 - Mon

Sungguh tak sempat nak update blog minggu ni. Tapi macam tak best tengok blog ni sunyi sepi je. Minggu ni memang kena fokus kat kerja je. Tido pun tak cukup kot. Nak siapkan kerja punya pasal. Even work from home (WFH) pun harus siapkan kerja jugak. Boss tetap ada walaupun bukan depan mata. Due date untuk siapkan kerja harus kena follow. So memang mengah la nak siapkan T_T Ni bukan nak mengeluh ke apa. Saje je nak mengadu2 manja...haha...Whatever it is...I still luv my job...haha tetiba...

Tu cerita pasal kerja. Ni nak cerita aktiviti kitorang time amik cuti Isnin lepas. Kekononnya sempena anniversary la kan. Tapi bukan pegi mana sangat pun. Tengah hari tu baru keluar pegi area Bukit Aman. Makan ikan bakar Tanglin. Dah lama sangat tak makan sini. So alang2 cuti ajak la Meor pegi. Irfan tinggal jap kat rumah. Bukan tak nak bawak. Tapi cam kesian nanti sebab tempat ni cam sesak n panas. Takut dia tak selesa. Sejak ada anak ni nak singgah kedai makan pun kena memilih sikit. Kalau tak kitorang makan kat gerai2 pun no hal ;)


Makan ikan pari bakar sedapppp! Beli sekor je share 2 orang. Kuah asam dia memang terbaekkk! Segan la nak amik gambar close up.


Makan dengan ulam-ulaman lagi la terangkat. Haihhh...buat meleleh air liur je bila teringat balik. Tunggu lain tahun la pulak datang lagi kot T_T


Balik dengan perut kenyang. Hati pun senang. Boleh la ber'camwhoring'. Tengah dok praktis amik gambar sendiri pakai BB. Dah biasa pakai handphone kecik gitu la. Terasa cam BB ni gemuks amat :P


Layankan je la gambar syok sendiri ni ye. Bukannya selalu kan...hehehe...Biasa kalau keluar mana2 mesti dok belakang sebab ada Irfan. Kalau Irfan dok depan memang tak tenteram la papa dia nak bawak kereta. Selagi tak dapat pegang stereng selagi tu la dia dok tak diam...huhu...



Hehehe...Sabar je la kan korang. Sekali sekala nak jugak rasa cam muda remaja amik gambar syok sendiri ;)


Balik tu siap2 amik Irfan then keluar balik. Cari ofis Celcom. Merata pusing. Sampai 3 ofis Celcom kitorang redah. Last2 still tak dapat settle kan problem aku. Tak payah datang pun tak apa. Baik kol aje. Masa tu baru la nak terpikir kan. Seumur hidup aku memang tak pernah pakai postpaid. Apatah lagi Celcom punya kan. I setia kat Maxis je dari dulu ;)

Tapi atas kesilapan sendiri jugak la tetiba bil Celcom sampai tengok2 dekat RM 300. Padahal 1 sen pun aku tak pernah pakai. Tu cerita dekat 10 tahun lepas. Tapi sebab bil tu la nama aku terus kena blacklisted. Hampeh tau! Tak koser rasanya nak bayar bil yang aku tak pernah pakai T_T Tapi selagi tak settle sampai bila2 la tak dapat pakai postpaid nampaknya...huwaaaa....


Balik dari Celcom singgah PJ collect hadiah Meor. Entah menang game apa ntah. Then before balik singgah ke Wangsa Walk kejap beli memory card BB aku ni ha. Lepas tu isi perut kat A&W. Tetiba tekak rasa nak root bir float. Irfan tu berlakon je kat baby chair. Lepas tu dia main lompat2 atas kerusi. Dah bosan naik atas meja pulak joget2 sambil jerit2...huhu...


Balik rumah sambung buat kerja. Risau kerja bertimbun. Dah la projek tengah jalan. Boleh pulak amik cuti. Bos pun satu. Sape soh approve...hahaha...Gitu je kisah 2nd anniversary kitorang hari tu. Tak ada pun nak masak2 sedap, romantic dinner or hadiah best2 ke hape. Dapat keluar rumah pun jadi laaa...Hopefully next anniversary ada improvement sket la celebration nya kan =)

No comments: