nuffnang

Wednesday, March 13, 2013

March Random Updates

02/03/2013 - Sat

Aktiviti time weekend kalau keluar pun ke mana lagi kalau tak melawat shopping complex yang ada. So balik2 memang update lebih kurang sama je kecuali kalau ada kenduri or jalan2 makan angin. Other than that tak pasal makan pasal shopping. Tak pun ber'camwhoring' semata2 ;) 

Serius betul tengok Upin Ipin. Kalau buffering ha memang siap lah. 1st time makan dekat Pepper Lunch. Ni dekat Sunway Pyramid. Ada kedai dia. Kalau dekat Mid Valley or 1 Utama ada Pepper Lunch Express je. Yang express punya pilihan pun tak banyak tapi harga agak murah kalau nak dibandingkan dengan yang kedai punya. 


Menu dekat sini semua hot plate and mostly of course la yang berunsurkan black pepper. Kalau tak nak pun boleh request. Ala2 teppayanki tapi kita masak sendiri. Sampai2 memang tengah berasap kita kena gaul2kan tambah la kicap or sos sesedap rasa. Sebab aku tak pernah datang maka blur kejap tak tau nak buat apa time makanan sampai. Papa Irfan pulak on the phone. Sebab lambat gaul so nasi jadi macam hangit sikit T_T

Tapi best la. Lepas balik tu dok terbayang2 nak makan lagi. Lepas2 tu makan dekat 1 Utama pulak. Dekat food court new wing. Try nasi with salmon pulak. 1st time makan dekat food court 1U new wing. Selama ni tak pernah singgah pun. Biasa kalau nak pegi pun dekat old wing. Finally jumpa lagi satu tempat yang ada sizzling mi yang sedap selain dekat food court Giant Batu Caves n Tesco Shah Alam =)


Ni cerita hari esoknya. Kitorang ke Bangi join charity sale dekat area perumahan abang aku. Kekononnya nak jual tudung. Tudung ekspres aku banyak giler. Yang tak pernah pakai lansung pun ada. So tumpang la dekat booth SIL yang jual barang2 budak n household. Sudahnya aku yang jaga sampai ke petang sebab SIL ada job dekat TTDI. Tinggalkan anak2 dia tolong jaga.


Mintak tolong si kembar tolong amikkan gambar. Burok giler muka tahan ni sebab tengah tahan gelak. Ada ke patut anak sedara aku saje lambat snap. So kitorang dah macam tugu keras dekat situ lama2 T_T Tudung yang aku pakai tu baru 1st time pakai. Lepas tu ingat nak pakai pegi ofis. Sekali gosok terover heat maka terhasil la lubang kecik plus kedut2 sket. Sayang ok dah tak boleh pakai :((

At the end of the day tak ada orang pun beli tudung2ku...sob sob sob...Barang2 SIL pun 1 je terjual. Botol susu Avent. Last2 bukan orang datang beli. Kitorang pulak yang pegi menyopping dekat booth orang lain...hahaha...Papa Irfan rembat jersey. Aku belikan mainan n baju Irfan. Plus beli makan minum lagi. Susah betul kalau dah kaki soping nih. Tukang melaku kan barang orang lagi ada laa :P


One of the twins. Sorang Hadif sorang Haris. Ni tak tau la yang mana satu. Sampai sekarang pun tak tau nak beza kan. Panggil je si kembar habis cerita...hahaha...Dia ni kaki buli ok. Sepanjang hari aku asik kena buli je dengan dia. Ada je point dia nak kenakan aku T_T


Ni cerita hari lain minggu pun lain. Pegi JCard Day dekat 1 Utama. Malam2 lepas Maghrib terus keluar rumah. Kekononnya nak tengok2 baju Irfan n kasut sendiri. Sudahnya berjangkit beli mainan untuk Irfan skali :P


Papa Irfan yang beria suruh beli jugak Bop Bag ni.


Baju2 Irfan. Beli saiz 2-3 years. Boleh simpan sampai raya agaknya. Main ambik je sampai tak sedar ada selai pyjamas yang ada tulisan cina. Entah apa maksud dia pun tak tau...huhu...


Orang yang tak tau nak shopping apa pun dapat hasil ok. Aku je yang pulang dengan tangan kosong. Tapi tak kesah pun. Dapat keluar shopping pun dah kira cukup bagus ;) Lagipun sejak dua menjak ni aku dah menggila shopping online..hohoho...


Ni weekend baru ni. Before balik kampung Shah Alam singgah SACC Mall. Ada sale Anakku. Dapat la 3 helai. Tu pun sebab Papa Irfan dah tahan2 suruh jangan beli dah...hehehe...


Dah habis random updates untuk aktiviti 2 minggu di bulan Mac =)

3 comments:

Nurul said...

nurul suke shawl yg flower tuh <3 cantekkk.

cuna said...

nurul: hehe.thx nurul.meor tak suka ok tdg tu. mcm kain baju kurung katanya T_T

Nurul said...

meor taste pelikk! ekekekeke. br nurul sesuwaii je ngan husna :D