nuffnang

Friday, April 26, 2013

Movie: G.I. Joe Retaliation

20/04/2013 - Sat

Berjaya tengok G.I. Joe dengan harga tiket early bird...hahaha...Memang tak rugi tengok walaupun kitorang masuk agak dah lambat beberapa minit. Baru je tengok G.I. Joe yang 1st semata2 nak tengok G.I. Joe yang baru ni. Kang tak paham pulak. Tengok yang download aje. Nak harap tengok TV memang tak jadi sebab kena layan anak bujang. 

Overall memang best la. The Rock best je walaupun aku bukan peminat dia. Bruce Willis pun best dan macho walaupun dah tua...hehe...Tengok ending macam tak berapa nak habis je. Mesti ada sambungan lagi ni. Tak sabar nak tengok Iron Man 3 pulak ni. Robert Downey Jr. kot. Mesti lagi gempak. Tapi kena bersabar dulu. Bagi harga tiket jadi murah sikit...hahaha....


Pemandangan biasa bila dah berdating berdua tu...hehe...


Petang tu keluar balik. Kononnya nak bawak Irfan tengok Croods. Macam kerja giler jugak la tengok 2 movie dalam sehari. Tapi last2 tak jadi pun sebab kitorang main redah je and seat pulak dah full. So kita round2 aje.


Pandai betul berlakon tau budak ni. Bila suruh pandang kamera lagi dia mau pandang tempat lain. Cubit kang baru tau!


Agak mencabar jugak bila sekali sekala round2 mall without stroller. Nasib baik la ada Papa Irfan yang gagah tu nak tolong dukung Irfan kalau dia dah start berlari sesuka hati dia....huhu...Tak tau la sampai bila nak harapkan stroller je. Hopefully before dia 3 tahun la kan.


Yaayyyy...Esok dah cuti. Happy weekend uols!

Thursday, April 25, 2013

Bos Kecik

Semakin tak lalu nak update belog. Dah disabled google search dah. So tak ada la orang2 yang tak sepatutnya terserempak dengan blog picisan ni. Susah jugak bila tak dapat buat apa yang kita suka ni. Tapi banyak hati nak kena jaga walaupun hati sendiri tak ada siapa pun nak peduli..sob sobsss....

Ni gambar bos kecik sedang bersantai. Bagi je susu elok je dia baring macam tu. Silang kaki paling tak tahan tu. Lepas tu cool pulak siap buat peace...hehehe...


Bos sudah beradu. Time ni baru balik dari Shah Alam. Kalau pegi sana memang jangan harap la dia nak tido. Main je non stop. Masuk je kereta terus tido sampai la ke rumah. Situasi biasa...


Budak kecik yang dah besar panjang. Selalu buli mama dia...huhuhu...


Esok dah hari Jumaat. Ada sesiapa tak berminat nak beli bedak arab kokuryu summercake/SNE/BE? Tak sempat pulak nak promote dekat blog ni. Alaaa buat bisnes suam2 kuku aje pun :P

Friday, April 19, 2013

Our Normal Weekend

14/04/2013 - Sun

Nak update jugak aktiviti weekend lepas walaupun tak menarik mana pun. Balik2 benda yang sama je nak update. Pegi OU lagi. Kekonon nak beli baju untuk Irfan tapi last2 tak jadi pun. So pegi makan je la. Irfan tak tido pun dalam stroller tu. Saje berlakon je. Kain tu patut ke belakang tapi dia tolak ke depan. Cam main cak2 gitu. Lepas tu buat muka cute :P


Papa Irfan bz ngan phone je. Kejap2 kang orang ofis call. Kejap2 kang sms pulak. Tu badan je dekat situ. Kepala dah sampai ofis. Padahal sebelum sampai OU kitorang dah singgah ofis dia dah. Sempat la kitorang 2 beranak bertapa kejap dalam kereta tunggu dia siapkan kerja.



Ni bila dah dapat keluar stroller. Gini la jadinya. Setiap penjuru tu dia nak try menyelinap...hehehe...


Muka kecewa sebab tak berjaya ambik gambar dengan Irfan. Baru je pegang dia dah menggelupur nak turun kerusi :D


Yesss...Dah dapat tangkap! Tu pun sekejap je.



Makanan dah sampai. As usual servis Kenny Rogers dekat OU ni memang lembap. Tapi sebab dah lama tak makan KR redah je la.


Sidelines wajib order kalau ke KR. Coleslaw n macaroni n cheese. Mashed potato tu tak makan sangat. Tu special untuk Irfan.




Pinggan dah licin. Kenyang....Alhamdulillah. Tapi memang tipu la pinggan boleh licin terus kan.


Sebab tulang2 semua dah transfer ke pinggan Papa Irfan...hahaha...


Macam biasa layan Upin Ipin.


Jalan2 sikit then balik. Cantik tak rambut baru Irfan? Tu hasil tangan mama ngan papa dia tau...hehehe....Berjaya jugak gunting sendiri je walaupun Irfan duduk tak diam sikit. Jimaattt 15 hengget =) Tak sama sikit sini sana kira halal je la. Janji rambut tak panjang dan yang penting tak botak...huhu...


Balik dari OU singgah ofis Papa Irfan lagi. Kali ni kitorang 2 beranak ikut sekali. Tak koser heh dok dalam kereta tepi jalan tu malam2. Sempat la Irfan berlari sana sini sebab jumpa tempat luas kan. 1st time masuk ofis Papa Irfan sejak dah 4 tahun dia kerja sini. Bila la Papa Irfan nak resign ye. Harap2 nanti dapat tukar kerja tempat lain pulak. Dan harap2 jugak kerja baru nanti tak membuatkan kami berdua terasa berjauhan dengan dia :(

Thursday, April 18, 2013

Farewell Liza

12/04/2012 - Fri

Petang2 ni rasa macam lapar pulak. Tengok gambar makanan tetiba rasa nak update dekat belog ;) Jumaat lepas merajinkan diri datang ke ofis sebab ada makan2 sempena farewell liza. Makan dekat Garden Cafe dekat OU. 1st time makan sini. Dulu pernah ada event sekali dekat sini makan dessert je. Since majority nak makan sini so aku ikutkan aje la. Berapa banyak sini daaa...Belek2 menu terus cari nasi. 


Brownies with ice cream. I love brownies! :) Set lunch ada nasi+pumpkin soup+brownies ni. Tapi yang pumpkin soup tu memang tak boleh telan T_T


Us...Liza yang berbaju biru belah kanan tu. Lepas ni dah berhijrah ke Amsterdam ikut husband dia kerja. Best bukan? Rasa nak ikot je...hahaha tetiba. Aku sayup2 je dalam gambar. Dah la kecik. Duduk hujung pulak. Macam nampak tak nampak je :P

Ohhh hari Jumaat kitorang memang boleh berpakaian kasual je pegi ofis. Macam ala2 nak pegi window shopping gitu...hihi...Company IT mostly macam tu. Ada yang hari2 boleh pakai kasual pun ada. Ingat nak ber'shawl' ke ofis. Tapi memikirkan tangan ni tak cukup pantas lagi nak lilit2 shawl maka sarung je la tudung ekspres tu :P


Time salam2 dengan Liza termenangis la pulak. I've told u I'm a very sensitive person. Orang lain relax je salam2 macam biasa aku pulak yang poyo2 menangis dekat situ T_T Almost 4 years knowing Liza. She's a very happy go lucky person. Tak tau lepas ni bila lagi boleh jumpa. I'll be missing u my fren :)

Wednesday, April 17, 2013

Licin Sudah

06/04/2013 - Sat

Nak ambik gambar Irfan adalah sesuatu yang agak mencabar. Susah nak dapat shot yang cantik. Kalau nak ambik pun kena curi2. Memang kena jadi mamarazzi ;)


Tengok...Dia dah perasan. Tutup muka dengan bantal peluk tapi buat peace jugak....hahahaha...


Buat peace sambil marah2 sebab mama dia sibuk nak ambik gambar lagi :P


Ok yela2...Buat la jugak peace dalam keadaan terpaksa...hehehe...Peace dengan best memang sama je pose dia. Tetap keluar satu jari :)


Ohhh Papa Irfan sudah botak licin. Tak sampai seminggu potong rambut dah botak pulak. Memang balik kerja tau2 dah botak. Pasrah je la walaupun aku sebenarnya macam sensitif sikit bab botak2 ni. Kurang suka tengok orang kepala licin apatah lagi laki sendiri. Sensitif sampai boleh menangis ok. Tiap2 kali dia botak aku nangis...huhuhu...Tapi dah suka nak buat macam mana kan. Tak boleh dilarang. Again...Aku pasrah. Nak tunggu tumbuh tu pun sehari dah macam setahun lamanya T_T


Tetiba bertukar ke mode pasrah T_T

Friday, April 12, 2013

Wedding + Layan Movie


31/03/2013 - Sun

Macam nak tak nak je update belog sekarang ni. Rasa nak tutup terus blog ni. Bukan ada orang kesah pun kan...huhu...Nak tepek gambar wedding. Biasanya aku akan tulis wedding siapa. Kali ni tak ingat pulak namanya. Memang tak dapat recall. Tapi ni kenduri abang kepada adik ipar aku. 


Sama cantik sama padan. Baju pengantin perempuan pun sangat gojes. I loike!



Time pengantin makan beradab kitorang dah balik. Agak lama di situ sebab datang awal. Irfan pulak seminit pun tak nak duduk. Merata dia berlari...huhu...


Balik dari kenduri siap2 nak keluar pegi OU pulak. Tengok Bola Kampung The Movie. Macam tak percaya pulak aku tengok cerita kartun dekat wayang. Kartun Malaysia pulak tu. Saje nak test Irfan ok ke tak dok dalam tu. Hasilnya memang Irfan duduk diam dari start sampai habis movie. Tak ramai orang pun dalam tu. Orang siap boleh pindah2 tempat lagi. Kitorang pulak pegi ambik couple seat nk bagi Irfan duduk. Kalau tau orang tak ramai memang ambik seat biasa je.

Not bad la movie tu. Sangat mengagumkan jugak la sebab hasil kerja anak Malaysia. Kalau tengok dekat YouTube memang gambar tak cantik lansung membuatkan macam teragak2 jugak nk tgk movie dia. Tapi memang totally different. Irfan pun baru tengok sekali dua Bola Kampung dekat YouTube. Maklum la dekat rumah memang tak pasang Astro. 


Balik jalan2 kejap then kasi Irfan main seround dua.


Happy weekend uols!

Friday, April 5, 2013

Plan yang Tak Menjadi

30/03/2013 - Sat

I'm back! My 1st update untuk bulan April ni. Makin tak ada mood nak blogging. Lagipun dah tak bebas nak menulis bila dapat tahu ada orang yang tak sepatutnya dah jumpa blog aku ni T_T Nak private kan blog macam tak best pulak. So kurangkan je la aktiviti blogging. Macam la selama ni rajin sangat update blog kan :D

Last Sat bersemangat pegi ke Putrajaya. Kekononnya nak pegi tengok hot air balloon. Maklum la tak pernah pegi. So agak jakun. Before tu singgah isi perut dulu.


Sampai2 hujan renyai2. Tak nampak gaya pun belon nak naik. 


So round2 kat booth2 dekat situ tengok apa yang ada. Sekali tak lama lepas tu hujan tetiba lebat. Kelam kabut la lari masuk kereta T_T


Mula2 bertapa dalam kereta dengan harapan hujan benti lepas tu. Last2 bosan menunggu terus kitorang pegi Alamanda...hehe...Ni je yang dapat dekat tempat hot air balloon tu. Si Ipin idong kembang ni...hahaha...Dah lama nak belikan untuk Irfan mende ni. Last2 beli jugak. Tu pun tahan sehari je. Esoknya cousin Irfan datang terus pecah T_T


Sempat shopping sikit dekat Parkson. Elok pulak ada sale. Dan biasanya Parkson Alamanda memang tidak menghampakan. Mesti ada je hasil yang kitorang dapat. Beli sehelai dua aje pun. Irfan tak tido so shopping pun kena laju2.


Dan bertemu dengan ex-officemate, Nurul n Nina. Best dapat berchit chat walaupun sekejap.


Jumpa kat food court je pun. Ambik gambar kat sini pun jadik la. Ingat nak jumpa dekat tempat hot air balloon tu. Last2 memasing shopping kat Alamanda :D


Dah lama tak jumpa adik Nina nih...hehe...She's 2 or 3 years younger than me. Yet I still look smaller kan...huhu....Almost 4 years kot tak jumpa.


Nasib baik hubby ada tolong layankan Irfan. Okeh memang kena tukar jadi hubby. Dulu pakai nama sebab mostly memang kawan2 je yang baca blog ni. Then tuka jadi Papa sebab kalau orang yang tak kenal baca nampak macam kurang sopan je kan panggil nama. Then I think Papa Irfan pun tak boleh sebab orang still boleh google...haihhh tak best betul. So panggil hubby je la nampaknya walaupun rasa kekok :P


Bila rasa dah tak boleh handle budak kecik ni pasangkan je la Upin Ipin. Boleh la dok diam kejap.


Disebabkan dekat food court macam tak tau nak makan apa maka lepas tu terus menyinggah di Saba. Dah lama tak makan Mandi Chicken. Sekali habis. Kabsah Chicken pun tak kesah la. Tetap makan dengan penuh selera. Alhamdulillah :)


Walaupun plan asal tak menjadi tapi apa yang tak di plan tu pun kira best la jugak. Asalkan dapat keluar dari rumah. Seminggu oi dok rumah tak keluar2. Panas vontot :P Happy weekeend uols!