Nak update jugak aktiviti weekend lepas walaupun tak menarik mana pun. Balik2 benda yang sama je nak update. Pegi OU lagi. Kekonon nak beli baju untuk Irfan tapi last2 tak jadi pun. So pegi makan je la. Irfan tak tido pun dalam stroller tu. Saje berlakon je. Kain tu patut ke belakang tapi dia tolak ke depan. Cam main cak2 gitu. Lepas tu buat muka cute :P
Papa Irfan bz ngan phone je. Kejap2 kang orang ofis call. Kejap2 kang sms pulak. Tu badan je dekat situ. Kepala dah sampai ofis. Padahal sebelum sampai OU kitorang dah singgah ofis dia dah. Sempat la kitorang 2 beranak bertapa kejap dalam kereta tunggu dia siapkan kerja.
Ni bila dah dapat keluar stroller. Gini la jadinya. Setiap penjuru tu dia nak try menyelinap...hehehe...
Muka kecewa sebab tak berjaya ambik gambar dengan Irfan. Baru je pegang dia dah menggelupur nak turun kerusi :D
Yesss...Dah dapat tangkap! Tu pun sekejap je.
Makanan dah sampai. As usual servis Kenny Rogers dekat OU ni memang lembap. Tapi sebab dah lama tak makan KR redah je la.
Sidelines wajib order kalau ke KR. Coleslaw n macaroni n cheese. Mashed potato tu tak makan sangat. Tu special untuk Irfan.
Pinggan dah licin. Kenyang....Alhamdulillah. Tapi memang tipu la pinggan boleh licin terus kan.
Sebab tulang2 semua dah transfer ke pinggan Papa Irfan...hahaha...
Macam biasa layan Upin Ipin.
Jalan2 sikit then balik. Cantik tak rambut baru Irfan? Tu hasil tangan mama ngan papa dia tau...hehehe....Berjaya jugak gunting sendiri je walaupun Irfan duduk tak diam sikit. Jimaattt 15 hengget =) Tak sama sikit sini sana kira halal je la. Janji rambut tak panjang dan yang penting tak botak...huhu...
Balik dari OU singgah ofis Papa Irfan lagi. Kali ni kitorang 2 beranak ikut sekali. Tak koser heh dok dalam kereta tepi jalan tu malam2. Sempat la Irfan berlari sana sini sebab jumpa tempat luas kan. 1st time masuk ofis Papa Irfan sejak dah 4 tahun dia kerja sini. Bila la Papa Irfan nak resign ye. Harap2 nanti dapat tukar kerja tempat lain pulak. Dan harap2 jugak kerja baru nanti tak membuatkan kami berdua terasa berjauhan dengan dia :(
No comments:
Post a Comment