nuffnang

Wednesday, September 29, 2010

Outdoor Wedding Pics: Part 1

Banyaknya cerita rasa nak update kat blog ni tapi tak ter'update'. Nak cerita pasal raya tapi cerita kawen pun tak habis lagi. Nak cerita pasal jalan2 makan angin tapi cerita honeymoon pun tak keluar lagi. Ni baru la dapat nak update pasal outdoor pics wedding hari tu.....

Huhhh....ada beza ke gambar atas ngan bawah ni? Main upload je apa yang sempat....Dah photographer tu snap 1 shot entah berapa kali


Actually memang tak ada plan pun nak amik gambar outdoor. Aku tak kesah janji ada gambar time kawen sudahhh. Boleh buat belek2 lepas ni. But tetiba photographer kitorang tu ajak amik gambar kat pokok pisang tepi rumah. Ala2 memori daun pisang gitu...:D Sekali mak suruh pergi taman kat area seri gombak coz bunyi macam kesian sangat nak amik gambar kat bawah pokok pisang je....hehehe


Aku no hal pun nak amik kat mana2. Tak ada pics outdoor pun ok. Tapi bila orang dah sebut2 macam teringin pulak. Tetiba tak ingat siapa yang bagi idea pegi taman layang-layang kat Kepong. So lepas pose sana sini dalam bilik kitorang pun keluar pegi Kepong.


But before tu nyempat je pose lagi kat luar bilik on the way nak turun tu :P Kalau photographer ku tak suruh of coz aku pun tak terpikir. Segala pose yang ada pun main ikut je apa akak photographer tu suruh buat. Keras kaku tu tak peduli dah :D





Kitorang pegi 2 buah kereta. Kami pengantin, akak photog n pengapit2 kami ;) Sampai2 ramai orang tak hengat. Standard la datang petang2 macam tu. Cuti sekolah lagi. Memang meriah la. Selama ni entah berapa ratus kali dah aku dok ulang alik kat taman layang-layang ni tapi sekali pun tak pernah singgah. Sekali datang pakai baju pengantin daaa....


Since tengah ramai orang....maka parking adalah di hujung dunia. Mula2 maintain lagi pakai kasut...tengah2 jalan aku berkaki ayam je. Kaki dah melecet teruk memang tak peduli dah. Mula2 sampai harus la orang pandang2 kan. Yela....orang kat taman bersantai2 pakai baju t-shirt kitorang pakai baju pengantin. Tebal jugak muka....Rasa macam tengah buat free show :P


Tapi bila jalan sampai kat tengah2 taman tu nampak lagi 3 couple pengantin yang tengah dok amik gambar outdoor jugak....hehehe ada geng. Lepas tu baru la macam tak malu2 kucing sangat dah. Kat belakang tu boleh nampak pengantin pakai baju kuning. Elok2 pulak semua pakai baju color lain2 ;)


Ohhh nak buat aksi begini kena tunggu line clear tak ada orang lalu. Kalau tak malu lah i....hikhikhik...


Ni lagi satu aksi yang memerlukan skill tahan gelak. Mula2 Kak Mas, photographer tu suruh pose camni aku macam dah haaa kena macam tu ke???Korang ingat senang nak dapat pose yang betul2 jadi macam kat bawah ni? Jenuh jugak la nak meledingkan badan ngan kaki ku itu...hehehe...


Entah berapa kali snap sekali je yang jadi. Dah la kat area rumput tu tanah lembik2. Aku pijak je rumput habis heels tu terbenam dalam tanah. Sudah la mak andam tu bagi aku rasmi kasut baru :P Tapi demi mendapatkan background pokok2 tu aku redah kan je la...Mula2 kena dukung tu susah jugak la nak adjust bagi lentik2 badan sambil angkat kaki...


Dengan aku yang tak dapat nak control gelak lagi. Kejap2 kang jatuh balik sebab orang lalu. Tak boleh blah....Sangat malu sebab kitorang buat aksi tu kat tepi jalan orang lalu lalang.


Yang teruk Myo la kot. Bila pose tak betul dia kena angkat aku lagi lama. Sampai pejam2 mata tu ha. Saja je nak kasi dia exercise sikit. Lalalalala...Kesian jugak Kak Mas nak melayan kerenah kitorang. Nasib baik la dia pun sporting :)



Actually area pokok buluh ni adalah area yang mula2 kitorang lalu. Tapi ada pasangan pengantin yang buat macam2 pose kat bawah ni. So agak lama jugak la nak tunggu turn tu. Tu yang sementara tunggu amik gambar lain dulu.


Udah ler aku pun tak tau dah nak letak caption apa...



Pics tak habis upload lagi ni. So kena la sambung Part 2. Tak kesah la dah basi ke tak. Nak jugak letak buat kenangan dalam blog ni :)

Sunday, September 26, 2010

Genap 20

Apa yang genap 20? Of coz la bukan umur aku yang genap 20 kan. Mudanya i kalau baru 20 :P 28 Ogos hari tu kakak aku selamat deliver baby boy yang bam bam. 2 minggu awal before due date. Maka bertambah la bilangan anak sedara ku and kali ni dah cukup 20. Insya-Allah yang dalam perut aku ni akan jadi yang ke 21 untuk parent aku. Yang ke-21 special sikit sebab anak aku sendiri :) So pasni dah tak ada geng sama2 preggy dalam family coz akak pun tengah dalam pantang sekarang.


Berat baby boy ni 3.5kg. Hebat tak hebat jugak la kakak aku....huhuhu. Padahal dia pun dua kali lima selim melim macam aku. Yang penting baby sihat dan sangattt comel. Nama nya Ammar Yasir. Jenuh aku nak pikir nama baby aku kang semua nama dah kena amik...


Dan aku adalah sangat geram tengok budak kecik ni. Tau la kan baby selalu tido je. Yang aku pulak sibuk kejut dia soh bangun nak main2. Tapi memang tak pernah berjaya pun kalau aku kejut. Memang lagi sedap tido ada la....


Eh eh....bapak saper la ni....kasi chance la testing2 kan. Ciri-ciri 'papa' mithali tu dah boleh nampak kat situ. Nak jugak berpapa-papa kan :P


Time ni 1st day raya. Tu kira tengah pakai baju raya la tu. Boleh tak time raya kitorang boleh buat lawak lupa amik gambar berdua?? Haihhh. Sangat2 lupa. Nampaknya kena la sarung balik baju raya pastu amik gambar sendiri pasni.


Comel betul Ammar. Aku memang pantang betul nampak baby. Geram2. Rasa nak cubit2. Dah la kadang2 senyum sorang2. Ni yang membuatkan aku makin excited nak dapat baby....huhuhu....Actual ada a few reasons jugak la nape aku nak sangat dapat baby. Tapi malas lah nak list kan kat sini. Kalau aku ingat aku cite.



Atas aku pun ada 6 orang abang kakak. Dorang pun dah lebih 6 tahun kawen. Makanya masing2 produce baby sorang demi sorang. Makanya jugak aku adalah jealous nak jugak anak sendiri....hahahaha....tu one of the reasons la kan.


Yang aku pulak....baby dah tido baru nak amik gambar. Sekarang ni si Ammar ni dah pandai. Nak orang dukung je. Asal letak je ha siap la. Berkumandang la suara nyaring dia....ehehehe....cute nya lahai....


Teringin jugak nak dapat baby boy. Tapi kalau dapat girl pun ok aje. Asalkan baby nanti sihat. Ohhh aku sudah mula berangan-angan :P Korang doakan la semuanya selamat ye :)

Wednesday, September 22, 2010

My Wedding Reception - Shah Alam: Part 2

Sun - 06/06/2010

Mostly sekarang mesti tengah mood raya. Aku suruh teka pun semua diam saje :( Aku nak update blog pun asik rasa malas nak upload gambar. Tapi nak jugak habiskan cite wedding belah SA ni. Nanti boleh sambung pasal outdoor pulak....sementara inai masih di jari ni. Boleh la lagi kot nak feeling2 pengantin separuh baru :P

Ohhh...bawah ni adalah gambar yang tercicir. Patut letak kat entry before ni. Gambar time baru sampai. Suka gambar ni walaupun aku tak pandang camera. Dah tak de bunga tangan maka tangan tu pakai buat pegang kain sendiri :D


Ni gambar tempat makan beradab kat balcony yang aku cakap nak letak tu. Ni je gambar paling clear yang ada. Simple but nice. Banner tu lagi besar dari belah Gombak ok. Semua preparation aku lansung tak tau sampai la hari tu. Cam ala2 surprise gitu ;)



Time makan beradab harus la suap sejemput2. Anytime je orang datang snap pic. So boleh la nak cover kalau ada nasik sikit2 dalam mulut tu :P Saje kasi tips untuk member2 yang bakal berkahwin nanti. Especially yang tengah menghitung hari tu :D Tak sabarnya nak tunggu kamu kawen (^_^)



Lepas dah makan...bermula la sesi beramah mesra dengan saudara-mara and tetamu yang datang. Berkenal-kenalan and paling penting senyuman harus maintain. Tapi kekadang tu cramp jugak laaa


Dah habis beramah mesra harus la amik gambar pulak buat kenangan....


Ngan makcik2 Myo....


Ngan cousin2....



Member2 UiTM Perak...plus awek Iqbal :) Cam tak syok pulak kawen ngan budak sebatch kan? Agak2 invite 2 side pastu nanti korang boleh main pilih2 mana yang dekat yang tu korang pegi. Huhhh mana aci gitu. Tapi Fad datang dua2 kenduri. Tahniah Fad! You're the winner. Hahaha....tetiba :D


Member2 sekelas Myo time kat UiTM Shah Alam....



King of the day yang dah kepenatan...Kitorang tak de pengapit ok time ni. So kat tangan masing2 stand by towel. Agak2 berpeluh lap je la sendiri. Huhuhu...Kalau dah berasap sangat pepandai la cari kipas sendiri. Kitorang sibuk dok kua masuk umah sebab nak cari kipas. Kalau ada pengapit boleh la kipas2 or lap2 kan peluh kan :P Time ni sampai 5 or 6 gelas air aku minum. Punya la haus. Time kat Gombak 2 gelas je kot.


Kebetulan pulak baju kitorang kali ni lagi tebal. Dengan aku yang pakai korset. Korang jangan la terkejut nape aku yang dah kurus ni nak pakai korset lagi kan. Korset tu memang dah jadi trend gitu. Dah ganti inner. Kalau tak pakai korset sama la macam nak bagi baju tu jadi transparent. Aku dah mintak mak andam buat kan inner siap2 tapi dia cakap nanti orang tak nak sewa baju tu. Sebab ramai orang sekarang nak pakai korset. So nanti ala2 seksi la kan lengan baju tu transparent plus nampak lebih slim. Nasib baik belah aku dia buat special tak payah pakai korset.


Hasilnya pukul 3 lebih tu kitorang dah collapse. Dengan cuaca yang lagi panas dari hari before tu. Pastu baju rasa lagi tebal dari biasa. Tambah kepenatan preparation for kenduri ngan kenduri 2 hari berturut2 before tu. Memang la tak terkata penatnya. Kebetulan pulak kenduri kat SA start pukul 11 lebih. Maka pukul 3 lebih tu dah bertukar pakai baju biasa. Pengantin turun taraf sikit. Aku pun pakai baju kurung biasa je. Ngan muka yang lunyai nya sambung jumpa guest yang ada.

Ohhh paling drama bila malam tu pitam terus jatuh terjelepuk. Ehh tak sempat sebab Myo sempat sambut. Kekeke. Tapi aku tak sedar la kan. Punya la penat.



Okay....dah habis cerita wedding kat belah Shah Alam. Memang tak banyak gambar. Nanti2 kalau rajin sambung gambar outdoor belah Gombak pulak....

Tuesday, September 21, 2010

After 2 Months WFH

Setelah sekian lama Work From Home (WFH) akhirnya aku jejak jugak kaki ke ofis hari ni.
2 bulan tu. Tak pernah2 buat WFH begitu lama.
Paling teruk pun seminggu 3 hari je WFH. Biasa 2 ari je seminggu.
Kalau sekali sekala WFH memang la terasa nikmatnya.
Boleh bangun lambat, tak yah sesak2 dalam traffic jam....
Plus time lunch boleh tido kejap :D

Tapi kalau dah lama sangat dok rumah tak rasa macam 'wanita bekerjaya' pulak :P
Tu pun nasib baik la boleh WFH.
Kalau tak...ada yang kena beraya tanpa gaji kang.
Dahla annual leave dah burn seminggu...
Jenuh nak kumpul balik cuti.
Hari ni gigih jugak bangun pergi kerja even tengah sakit2 lagi.
Dah lama tak drive. Agak2 baru nak start drive dah kena hon....huhuhu.

2 bulan tak drive lansung...2 bulan jugak bertapa kat umah family
Rumah kitorang terabai....macam tongkang pecah kot
Nak ajak orang datang beraya pun macam was-was
Apa ntah motif aku buat entry ni pun aku tak tau.

Tapi rasa kagum dengan diri sendiri sebab berjaya menghabiskan satu hari ni kat ofis setelah sekian lama (^_^)
Lagi satu aku sangat happy sebab impian aku tercapai juga akhirnya
Impian apakah itu??? Korang nak teka tak? :P
Dah banyak kali jugak aku dok menceceh pasal impian aku tu kat blog ni
Teka la teka la...

Monday, September 20, 2010

Juadah di Pagi Raya

Aku tak ada gambar menarik nak upload kat sini. Seminggu ni tak de kat KL. Disebabkan gambar makanan ni je yang dah upload so nak story2 apa aku makan time 1st raya hari tu. Nasi tomato....fevretku dulu...kini dan selamanya. Kira kalau tak ada nasi tomato time raya rasa agak kepelikan jugak di situ. Memang wajib masak time raya.


Makan pulak dengan daging rebus. Simple je. Tak payah nak goreng2 or masak sambal...

Cicah pulak dengan kuah asam tomato. Perghhh....kalau makan sekali tak tambah lagi memang lepas tu confirmmm menyesal :D Time raya aku tak peduli dah sakit perut ke tak. Selagi boleh makan aku makan. Sakit lepas tu baru pikir...kekeke


Lagi satu juadah wajib of coz la bihun soto ayam. Ni pagi2 before pegi sembahyang raya aku dah sebat.


Bubuh kicap cili padi lagi la tak boleh tahan nak tambah walaupun perut dah rasa terbakar pagi2 buta tu. Memang tak peduli dah segala pantang2. Nanti baby kempunan :P


1st raya lansung aku tak pegi mana2. Still lagi sakit2. Dok rumah diam2 lepas tu beraya je dengan sesape yang datang rumah tu. Kebetulan mak cik datang bawak mi kari....


Kuah kari dia memang terangkat....Setakat ni memang tak pernah jumpa lagi mi kari sesedap tu kat mana2 kedai yang jual mi kari...huhuhu...


Lain2 tu juadah cam biasa yang ada time hari raya. Nasi himpit mesti ada


Selain jadi soto...nasi himpit makan jugak dengan kuah kacang....Rasa nya kalau pegi open house mana2 lepas ni banyak kali lagi la jumpa nasi himpit ngan kuah kacang ni. Macam ada je kan orang nak invite aku datang open house :P


Ketupat pulut pun ada tapi mak cik yang buat. Memang kitorang tiap2 tahun tunggu makan je :D


Kalau makan ketupat tak ada rendang memang tak best la kan. Terbayang2 lagi ni makan rendang ngan ketupat. Lemang pun sama. But beli saja kat depan umah. Dah habis cite makanan time 1st raya hari tu. Makanan ni je la aku dok ulang alik makan entah bape kali dalam hari yang sama jugak. Tu pun perut dah kenyang baru ingat nak snap gambar.
Kesimpulannya aku tak masak pape pun raya kali ni. Tau makan je. Rasa useless je :( Hopefully tahun depan tak kan mengalami situasi yang sama. So raya korang amcam? Best? Meriah? Ke biasa2 or tak rasa macam raya pun? Lain kali la pulak sambung cerita raya ye....