nuffnang

Monday, September 20, 2010

Juadah di Pagi Raya

Aku tak ada gambar menarik nak upload kat sini. Seminggu ni tak de kat KL. Disebabkan gambar makanan ni je yang dah upload so nak story2 apa aku makan time 1st raya hari tu. Nasi tomato....fevretku dulu...kini dan selamanya. Kira kalau tak ada nasi tomato time raya rasa agak kepelikan jugak di situ. Memang wajib masak time raya.


Makan pulak dengan daging rebus. Simple je. Tak payah nak goreng2 or masak sambal...

Cicah pulak dengan kuah asam tomato. Perghhh....kalau makan sekali tak tambah lagi memang lepas tu confirmmm menyesal :D Time raya aku tak peduli dah sakit perut ke tak. Selagi boleh makan aku makan. Sakit lepas tu baru pikir...kekeke


Lagi satu juadah wajib of coz la bihun soto ayam. Ni pagi2 before pegi sembahyang raya aku dah sebat.


Bubuh kicap cili padi lagi la tak boleh tahan nak tambah walaupun perut dah rasa terbakar pagi2 buta tu. Memang tak peduli dah segala pantang2. Nanti baby kempunan :P


1st raya lansung aku tak pegi mana2. Still lagi sakit2. Dok rumah diam2 lepas tu beraya je dengan sesape yang datang rumah tu. Kebetulan mak cik datang bawak mi kari....


Kuah kari dia memang terangkat....Setakat ni memang tak pernah jumpa lagi mi kari sesedap tu kat mana2 kedai yang jual mi kari...huhuhu...


Lain2 tu juadah cam biasa yang ada time hari raya. Nasi himpit mesti ada


Selain jadi soto...nasi himpit makan jugak dengan kuah kacang....Rasa nya kalau pegi open house mana2 lepas ni banyak kali lagi la jumpa nasi himpit ngan kuah kacang ni. Macam ada je kan orang nak invite aku datang open house :P


Ketupat pulut pun ada tapi mak cik yang buat. Memang kitorang tiap2 tahun tunggu makan je :D


Kalau makan ketupat tak ada rendang memang tak best la kan. Terbayang2 lagi ni makan rendang ngan ketupat. Lemang pun sama. But beli saja kat depan umah. Dah habis cite makanan time 1st raya hari tu. Makanan ni je la aku dok ulang alik makan entah bape kali dalam hari yang sama jugak. Tu pun perut dah kenyang baru ingat nak snap gambar.
Kesimpulannya aku tak masak pape pun raya kali ni. Tau makan je. Rasa useless je :( Hopefully tahun depan tak kan mengalami situasi yang sama. So raya korang amcam? Best? Meriah? Ke biasa2 or tak rasa macam raya pun? Lain kali la pulak sambung cerita raya ye....

No comments: