02/06/2012 - Sat
Last Saturday, kitorang ke The Scott Garden dekat Jalan Kelang Lama. Lama sungguh tak sampai area sini. So memang tak tau pun kewujudan Scott Garden yang agak baru bukak ni. Alang2 Miu buat Blog Birthday Special dia kat sini terjah je la. Boleh jenguk2 bazaar katanya. Lebih kurang gini la bazaarnya.
Standard la bazaar. Ada baju2, aksesori, collectibles n macam2 mende pelik yang kadang2 tak pernah terpikir pun nak beli...huhu...Dah lama giler tak ke bazaar camni. Nak pegi Uptown Danau Kota pun tak lepas2 lagi kot.
Finger foods...Dah penat round2 stop kunyah2 kejap. Yang peliknya aku sempat makan seketul nugget je. Lepas tu terus lupa dah pasal makanan2 atas meja tu. Balik tu baru la teringat2 nape la tak rasa semua foods yang ada...hahaha...
Yang paling untung sekali Irfan la. Dia duduk dalam stroller macam2 papa dia kasi dia makan. Memang betul2 menjamu selera la. Sebab mostly yang kat atas meja tu dia boleh makan. Kek, sandwich, nuget, sosej. Kenyang 2 beranak. Mama dia sibuk tawaf booth2 kat situ :P
Muka kenyang. Nasib ada Papa Irfan nak tolong layankan. Kalau tak memang tak senang hati dah kot dok dalam stroller lelama.
And of course kalau nak cuci mata harus la ada partner in crime, Ayna ;) Baru berapa kali jumpa Ayna tapi cam dah kenal lama. Kenal pun thru Miu jugak. Boleh jadi geng laa...Maybe coz we share da same interest? Baru seronok ada geng. Padahal bukan beli barang apa sangat pun. Belek je lebih...hehe...Baju banyak je yang cantik. Tapi kalau cantik sangat pun aku nak pakai pegi mana pun. Setakat keluar shopping complex baju biasa2 sudaaaa....
Ni muka terlebih excited. Ohhh...aku ber'bawal' kembali setelah sekian lama. Feeling2 muda gitu :P
Suka gambar candid ni. Dok sibuk korek2 handbag cari BB nak amik gambar. Biasa handphone masuk poket je. Ni dah pakai BB memang tak bernafas la kalau nak masuk dalam poket. Main campak je dalam handbag. Lepas tu bila nak pakai jenuh korek handbag yang dah macam poket doraemon tu. Macam2 ado!
Amik gambar before balik dengan Miu n Ayna. Memang lama sesangat tak jumpa Miu. Last jumpa time wedding kitorang dulu la. Dah 2 tahun dah. Soooo feeling2 muda remaja time ni. Maybe sebab hanging out with single ladies ;) Masa ni Irfan dah keluar stroller. Sibuk dok explore sana sini.
Terus tangkap Irfan bergambar sekali. Kang masuk bawah meja mana2 jenuh pulak nak cari kan. Anyway thanks to Miu for organizing this weekend bazaar. Happy 4th blog birthday Miu2 =) To Ayna thanks coz jadi my partner in crime for that day. Maybe we should hang out together some other time n do some shopping n gossiping (^_~)
Habis round2 kat bazaar tu kitorang tak sempat pun nak explore Scott Garden tu. Berkejar ke OU pulak. Tapi sampai sana tukar plan terus. Cari kedai makan nak isi perut. Singgah Secret Recipe. Ini budak cam tak puas hati ngan mama dia yang sibuk je nak bergambar T_T
Sepanjang kat dalam kedai ni memang Irfan pasang siren je kerjanya. Selang tak sampai 2 minit kot dia jerit. Lambat suap je dia jerit. Makanan dalam mulut pun dia jerit...huhu...Segan jugak sebab kedai tu memang tengah aman damai je. Budak lain memang tak ada. Irfan je yang riuh sensorang. Tebalkan je la muka makan laju2 lepas tu bawak dia keluar. Tinggal Papa Irfan makan sorang2. Tengok2 kat luar pun dia jerit...hadoiii...Sabo je la...Hari Menjerit Sedunia agaknya :P
Next pegi ke Bargain Corner tengok2 sale Mom's Care. Ternampak pulak akuarium kat bawah tu. Papa Irfan pegi beli makanan ikan kat mesin kat situ. Suka la Irfan tengok ikan2 tu berebut2 makan dalam tu. Tangan tu tak berenti2 tunjuk. Tu...tu...tu....Memang fesyen dia la tu. Kekadang habis semua dia tunjuk.
Last2 memang balik tangan kosong je. Perut je penuh...hehe...Kat Mom's Care pun tak ada yang menarik. After sale pun tak ada la murah mana. Selamat duitku ;)
Ni some stuffs inside the goodie bag. Since before datang dah roger2 kat Miu nak bawak Meor sekali so dapat la 2 goodie bag. Dapat sticker for iphone 4s. I tak ada iphone...sob sob....Ada orang nak? Angkat tangan nanti I poskan. O.P.I. nail polish n earrings. Pun tak pakai. Angkat tangan lagi sape nak...hehe...Yang cam daun bawang n lipstik tu adalah pen. Sangat cute. Emm lagi dapat apa ye. Ada macam hand made note book n vouchers.
Beli 2 barang je kat bazaar tu. Tu pun sebab nak habiskan RM 10 voucher. Last2 boleh pulak terlupa nak pakai vouchernya time beli belt tu. Hampehdotcom betul. Gelang tu dapat free sebab beli belt tu. Siap ada dolphin lagi...huhu...Lagi satu beli lamp lighter yang macam lampu aladdin tu. As a gift to someone.
Ohhh...time kat bazaar tu Miu ada buat cam treasure hunt. Tapi treasure huntnya lain macam sikit. Kitorang kena pegi each booth n tanya "Am I the one?" Then kalau orang tu hulur kad boleh la pegi amik hadiah. Yang tak bestnya ada booth yang memang tak tahu menahu pun pasal aktiviti tu. So cam pelik la kan tetiba datang sergah nak tanya "Am I the one?"...huhu...
Luckily Ayna giler cool pegi tanya each booth. Aku teman aje...hahaha....Tak cukup kental kot nak tanya. At last dapat la 2 kad. Ayna yang baik hati telah bagi the other card...hehe...Thanks babe ;) Ada a few stuffs yang kitorang boleh pilih time tu. I choose this one. L'oreal Revitalift SPF18 White. Untuk anti aging ekceli. Aku bukan muda sangat dah pun. Belasah je la pakai :D
Dah lama tak join event2 camni. Dulu zaman muda remaja ada la jugak join. Sekarang ni banyak kali jugak la pikir. Tu pun nak pegi memana harus bawak Irfan sekali. Meor memang wajib la. Bukan aku yang kena bawak dia. Dia yang kena bawak aku. Kalau tak memang tak sampai la kan....huhuh...Baru teringat...Dah lama gilerrr tak drive sendiri which is sama maksud dah lama giler tak masuk ke ofis T_T