nuffnang

Friday, June 22, 2012

Irfan 1 Tahun 4 Bulan

Gigih jugak nak update blog even kerja tak siap lagi. Tu pun sebab hari ni Irfan dah genap 16 bulan. Tak nak miss update hari ni...huhu...Kalau nak tunggu kerja siap sampai malam kang pun tak tentu siap lagi. Semalam Irfan demam. Akak aku cakap demam nak beralih bulan baru kot. Time tu la baru nak terperasan esoknya dah 22 hb. Dah lama Irfan tak demam since dapat kaki ni. Memang semakin hyper active. So bila dah demam memang nampak sangat bezanya. Kesian nengok. Melepet aje. Dah 2 bulan ni tak update progress Irfan. Sekali harung je la.

  • Memanjat - Mende paling fevret yang suka dipanjatnya adalah kerusi kat dalam bilik kitorang n kabinet TV. Memang jangan dihalang2. Selagi boleh dia usaha jugak nak panjat. Kalau tak sampai pepandai la dia amik apa2 jadi alas buat tangga.
  • Solat - Nampak je orang bentang sejadah memang kelam kabut je lari. Kalau dok kat sebelah ke kat belakang ok lagi. Ni nak jugak duduk tengah2 sejadah tu. Bentang sejadah lain untuk dia pun memang tak heran punya. Lagi dia nampak ada orang nak tangkap lagi dia peluk kaki mama or papa yang tengah solat tu. Siap ngekek2 lagi gelak...Sabo je la kan.

Kalau cakap kat dia 'Allahuakbar' nanti dia tau la nak cari sejadah. Lepas tu terus sujud. Sambil tu siap teleng2 kan kepala tengok ada tak mama or papa dia dok ngintai...haha....Tau sujud je. Pastu tak bangun dah. Rukuk pun tak tau lagi. Yang paling tak tahannya ada sekali dia pegi amik mousepad papa dia lepas tu letak atas lantai. Tengok2 dah tertonggeng kat situ. Ingat buat apa la bawah meja dok tenyeh muka kat mousepad. Rupanya dia dok solat. Tengah sujud. Dia bajet mousepad tu sejadah la...hahaha...


  • Azan - Kalau dengar orang azan kat TV or kat masjid nanti dia letak la tangan kat telinga. Siap aaa...aaa..aaa...Tengah azan la tu kononnya. Tengah sibuk2 main pun kalau azan kat TV dia stop kejap dengar sampai abis lepas tu sambung main balik =)
  • Faham arahan - Vocab lebih kurang pusing2 situ jugak la kot. Just sekarang dah makin paham orang cakap apa. Contohnya kalau dia nak makan biskut dia amik balang biskut tu bagi kitorang bukak then dia duduk siap2. Sebab kalau tak duduk memang tak dapat makan...hehe...Memang kalau dia nak makan cakap kat dia 'sit down'. Paham la dia nanti. Lain2 macam suruh pegi bilik air ke suruh tanggal baju seluar ke dia paham jugak. Kalau dulu dia dah pandai cakap nak. Sekarang dah jadi makin panjang sikit. Dengungnya lebih. Sekali terus nnnnnnnnnnnnakkkkk. Ha memang panjang. Kalau kat kedai makan gitu la. Berkali2 naknya. Lambat sket suap menyanyi2 la budak kecik tu...huhu....
  • Suka tiru orang - Pandai tiru orang buat apa. Memang stage sekarang ni tak boleh buat yang bukan2 depan dia. Confirm dia nak tiru. Kalau cakap jerit2 pun nanti dia ikut...huhu...So memasing kena behave okay!
  • Pencinta BB - Pantang nampak BB mama dia ni ha. Mesti nak tengok YouTube. Kalau tangan dok diam ok lagi. Ni habis ditonyoh2. Kalau biar sorang2 mau dicampak BB tu mana2. Handphone lama dah berapa kali dah kena baling. Dah immune dah. Kebal dah pun hp tu...huhu...
  • Mesra alam - Sambil jalan2 kat luar tu nampak budak kecik lain dia siap tegur2 tak kesah la boy or girl. Siap salam2 lagi. Kadang2 nampak budak dari jauh pun kemain laju lari sambil jerit kuat2. Excited la tu kan. Macam nak main sergah2. Dia buat macam cousins dia je even tak kenal pun. Budak lain yang jadi takut kekadang tu...hahaha...

Bukan setakat budak kecik. Ada sekali tengah jalan2 tetiba dia tunjuk ada akak yang dok ceruk stall baju kat situ. Siap tunjuk2 n datang dekat lagi. Orang tu pulak senyum2 balik. Suka la dia. Siap babai lagi. Memang sungguh sopan santun :P


  • Suka baca buku - Biasanya mama dia ni la yang tolong bacakan. Kalau tengah buat2 kerja tu tetiba Irfan bawak buku tu memang kena stop la dulu. Baca se'round' dua baru boleh sambung buat kerja balik. Kalau suruh dia amik buku pun dia pandai la cari buku apa dalam bekas toys dia. Biasanya memang tak kan baca sorang2 punya la. Kadang bila bacakan story book bersungguh2 dia dengar. Pandang muka mama dia ni lama2. Tak tau la apa yang dia paham...hahaha...
  • Peminat bola - Hari2 kerja dia menyepak bola. Dengan penuh semangat pulak tu. Siap lari dari jauh lepas tu sepak. Dah sepak siap jerit goalllll! Tapi dia sebut 'dol' la...hehe...
  • Suka menyepak - Dah suka sepak bola tu ada satu masalah lain pulak. Bukan setakat bola je dia nak sepak. Habis semua mende dia nampak terus nak sepak. Kadang tak ada apa pun dia nak sepak jugak. Sepak angin :))
  • Naik turun tangga - Memang makin sakan. Tapi still nak kena tengok. Tak berani nak biarkan dia sorang2 sebab kadang2 sesuka hati dia je bila nak terjun. Pernah sekali dia naik kereta mainan dia dari atas nak turun bawah terus main terbang gitu aje. Nasib la ada 2 anak tangga je kat situ. Kurus semangat!
  • Jalan - Dah pandai jalan ni memang makin panjang la langkah n akal dia. Macam2 mende dah buat. Kalau keluar lepaskan dia jalan kadang2 tu siap tarik2 lagi tangan tak nak dipegang. Nak berlari bebas la kekdahnya tu.
  • Gigi - Gigi dah 10 batang termasuk 2 batang geraham belah atas yang baru tumbuh. Yang depan tu 4 batang atas 4 batang bawah. So selagi gigi tak penuh mulut aku tak bagi lagi la makanan yang keras2. Nanti dia main telan je sume.

Tu je la yang dapat ingat. 2 bulan punya progress ni kumpul sekali. Next progress tunggu Irfan 18 bulan nanti pulak. Apa lagi yang dia boleh buat ye time tu. Seronok betul tengok dia membesar. Penat2 pun tetap seronok sebab dapat tengok dia membesar dengan sihat dan kuat! =)

2 comments:

Hasnah said...

bijak anak korang nie tau!. haikal sok lusa xtau la mcm ne huhu.. risau~

cuna said...

asna: hehe...biasa la asna. mcm2 perangai bdk kecik ni. msg2 ngn kerenah msg2. kalau irfan tau buat mende ni haikal tau buat mende lain pulak ;)