nuffnang

Thursday, June 7, 2012

Pasar Malam Toys

29/5/2012 - Tues

Boleh dikatakan tiap2 minggu akan pegi kat pasar malam kat depan rumah. Kalau aku tak bz aku join sekali bawak Irfan. Kalau tak Meor je pegi sorang2. Ada sekali tu terlalu gerai jual mainan cam rasa nak singgah beli je. Tapi dah tangan penuh, dok kendong Irfan lagi memang terus tak jadi singgah. Kebetulan last week pegi beli tak banyak dapat la singgah. Amboiii kemain menarik pulak mainannya. Mama Irfan yang rambang mata...hahaha....

Last beli mainan untuk Irfan mainan activity table Fisher Price dia tu la. Lepas tu dok diam tak beli pape dah. Sesekali beli kat pasar malam best jugak. Boleh beli banyak sikit sebab murah. Tu pun bajet2 sebab duit bawak cukup2 je dalam poket T_T


Mainan cam piano tu ada muzik, lampu2. Boleh la setakat nak belajar nama buah-buahan. Paham tak paham belakang kira. Nama pun baru nak belajar kan. Lagipun Irfan memang suka something yang berlampu2 n ada lagu. Tersengih2 je dia. Yang tortoise biru tu boleh menari pusing2. Ada muzik n lampu jugak. Sebenarnya Mama Irfan yang geram nak beli sebab tortoise tu warna biru. Cute la pulak. Mende cam spring hammer tu untuk Irfan kejut papa dia bangun tido...hahaha...Saje gatal nak beli jugak :D

2 comments:

Laiciberry said...

hehee....syokla irfan dpt mainan baru...yeaay

cuna said...

Laiciberry: syok kejap aje. lps tu dia lg suka main pnjt kerusi, selongkar brg dlm almari n mcm2 lg yg bkn mainan dia...haha...