nuffnang

Saturday, September 19, 2009

Hari Ini Hari Raya

Biskut raya checked. Kerepek2 checked. Kek n agar2 checked. Sampul n duit raya checked. Baju recycle checked :P Sempat pun siapkan duit raya utk budak2 kecik. Thanks to my saviour, en meor coz berjaya mendapatkan sampul duit raya 4 sy. n_n Memang prepare cukup2 je utk anak2 sedara.


Comel plak sampul duit raya ni. Rase cam nak simpan satu sambil bayangkan ade orang bagi aku duit raya tahun ni. Dah 3 tahun rupe nye tak dapat duit raya


Utk mak, ayah, adik pun dah siapkan. Sampul gold tu special coz dapat tanpa diduga. kekeke. Hari jumaat tu aku ngan slumber nye keje half day without inform manager. Dah team leader cakap bole balik. Aku pun hip hip hooray la. Nak g nyoping n dapatkan sampul duit raya. Beli la sehelai baju pas disc 70%.Tapi dah nyoping pun same je tak dapat sampul nye.


Round2 tersinggah kat Valentino Rudy. Tak tau la korang familiar ke tak tapi aku baru je kenal baru2 ni. Ade la dalam 3 bulan dah aim nak beli sepasang. Tapi kali ni memang dah tak boleh pandang je sbb aku tengok orang yang datang dah cam kat pasar malam. So harus la aku rembat jugak sepasang. Memula nak beli 2 pasang akibat rambang mata tapi akhirnya berjaya mengawal diri :P

Nak dijadikan cerita, SA kat situ boleh tersalah tulis harga (murah 10ringgit) kat resit tu. Kami yang jujur lagi lurus+bendul+blur ni pun patah balik pegi bagitau SA tu. Dia tersangat la terkejut beruk bila tengok harga yang dah salah letak tu. Ntah camne dia bawak kua sampul duit raya kat dalam almari bagi aku sambil tak sudah2 dok cakap tenkiu2 sebab bagitau dia.


Tu la kesahnye. Akhirnye dapat la sampul duit raya Bonia walaupun aku tak pernah2 beli kasut nye. Dah gelabah baru nak bagi konon2 nak suruh aku tutup mulut. Huhuh. Nasib baik sampul die eksklusif. Riang gembira balik tu coz mission nak dapatkan sampul duit raya accomplished!


Yayyy! Hari ni hari raya. Selamat Hari Raya sumer! Maafkan kami jika ada tersalah silap or terkasar bahasa sepanjang kami membebel di blog ni.

No comments: