nuffnang

Monday, August 30, 2010

Morning Until Night Sickness

Maybe ada orang pikir kalau preggy best coz boleh puasa full
Tapi tak semudah itu....
Before puasa lagi aku dah start sakit perut
Dan jadi even worst lepas2 tu
Ditambah pulak ngan morning sickness
Loya2...pening2...muntah...
Almost hari2 n tak kira pagi petang siang malam
Pepagi buta pun aku boleh bangun muntah
Before sahur...lepas sahur....before bukak puasa?
Aku akan tetap muntah tak kisahla perut kosong or ada isi
Dulu boleh habiskan 1 pinggan nasi relax je...
Siap boleh tambah2...
Sekarang...makan nasik tak sampai suku pinggan...
Perut dah rasa sebu...macam makan nasik 3 pinggan...
Dengan suku pinggan nasi tu la nak harapkan bertahan 1 hari
Tu pun kadang2 ada yang kua balik...
Air kosong pun susah nak telan...Pun rasa nak kua balik
So korang bayangkan sendiri camne aku nak puasa full...huhuhu

Even doc pun nasihatkan aku xpayah puasa coz...
Pregnancy still at early stage....
Ngan aku yang sakit lagi...so tersangatla bahaya for baby
1st day puasa 5 kali aku muntah
Tapi aku gagahkan diri jugak nak abiskan puasa
Rasa cam sedih tak dapat puasa sama2 ngan yang lain
2nd day pulak 3 kali muntah...tapi tewas
Siap kira ok bape kali muntah :D
Dah 3 kali kalau dah kua habis memang lunyai jugak la
Tu belum kira uwek2 yang tak kua pape lagi
Dah cukup buat satu badan sejuk

Orang time preggy ni la nak ngidam macam2
Aku bukan setakat tak boleh nk ngidam2
Tapi kena pulak pantang makan macam2
Sejuk, pedas, masam, keras....sume kena tolak jauh2
So bayangkan betapa geramnya aku tak dapat makan masak sambal
Or minum air ais...air gas....aiskrim?? ohhhh sume tu sedap belaka
Tapi kadang2 aku geram aku makan jugak :P

Kadang2 jeles jugak tengok orang lain
Boleh makan macam2....masak macam2....shopping sana sini....
Jalan2 makan angin...bukak puasa kat tempat best2...huhuhu
Tak silap aku sempat masak sekali je for Myo before sakit hari tu
Tu pun menu tak lengkap :P
Mula2 sibuk kemas2 barang....pastu nak tunggu ada fridge
Pastu agak2 nak plan beli brg dapur aku dah sakit...wuwuwu
Tak pe...pasni aku berazam nak try segala jenis masakan yang ada kat atas muka bumi ni
Huhhh cam hover sangat je azam tu kan :P

Cakap pasal berbuka puasa....hari ni dah 20 hari kita berpuasa...aku tak masuk la kan
Dah puasa pun lubang2
So far aku tak merasa lagi berbuka ngan suami terchenta kat luar
Aku tak dapat menikmati Ramadhan kali ni ngan sepenuhnya
Maybe ini la dugaan dari Nya
Mana la tau baby aku nanti bawak rezeki yang melimpah ruah kpd kami
Jadi nak dapatkannya kena la berkorban sikit kan
Sebab tu la kalau orang tu baik je kita selalu je dengar orang cakap
"Sejuk perut mak dia mengandungkan dia"
Camne la tak sejuk kan...Bila pikir2 susah payah nak lahirkan anak dia ke dunia
Dapat pulak anak yang baik...Memang la berbaloi2 rasanya
Huhhh aku cakap macam aku dah beranak je kan :P

Well...saje je buat entry ni...
Bukan nak mengeluh...tapi saja nak ngadu2 manja kat korang :P
Sambil2 tu nak bagitau apa yang aku rasa sekarang...
Hopefully aku dapat sembuh suatu hari nanti yang aku pun tak tau bila
Risau sangat kat baby sebab aku asik sakit je
And kalau boleh tak nak menyusahkan orang lain dah
Korang doakan kami ye :)

So korang yang sihat walafiat kat luar sana....
Nikmatila saki baki Ramadhan yang tinggal ni ngan sebaik-baiknya
Aku harap masih ada lagi Ramadhan utk aku tahun depan...amin...

p/s: Entry syahdu syahdan sket coz tengah sakit perut nih...Esok cuti...Selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 53
to all...Next entry aku letak pic kawen okay!

Thursday, August 26, 2010

I'm Pregnant!

Lama sungguhhh tak meng'update' blog ni. Terasa makin hari makin tak bermaya. Well, title post pun dah menceritakan segala2nya. Tak yah elaborate dah pun tak pe :P Aku sudah berbadan dua. Aku disahkan pregnant time 1st time datang TMC...before masuk ward.

Actually scan memang nak check punca sakit perut. Coz nak make sure buah pinggang, hempedu, perut sume ok. But jalan punya jalan kat area perut...nampak la something kat uterus ku itu. Time tu kecik je lagi. Cam ketulan gitu je. Then nampak jantung tengah berdegup. Doc tu siap cakap "There's ur baby". Aku plak "Erkk...ada baby ek doc?" huhuhu....Actually aku ada gak terasa aura yang aku ni preggy but buat2 tak caya sebab aku pun agak2 je ;) Sekali dah nampak ngan mata kepala sendiri time scan tu baru la reti nak caye.


Lepas dah scan sume2 part....memang sume ok. Doc pun tak tau main cause aku sakit perut tu. Dia just suspect gastric. Actually aku tak rasa gastric pun sebab dah 2 bulan makan ubat still tak baik2. Well, berbalik cite preggy...aku bukan la bunting pelamin ye kawan2. Dia cam ala2 bunting mini pelamin gitu. Hahahaha....memain je la...

Insya-Allah kalau tak de pape aral melintang aku akan preggy 9 bulan. Kalau bunting pelamin biasa preggy 8 bulan je....kot2 ada sesape yang tak tau :) Aku memang tak de planning pape pun. Just kalau ada rezeki aku terima, kalau tak de terima jugak. Takut kang planning2 sekali tak dapat anak terus kan. Dah susah. So korang....sila jangan buat2 terkejut nape cepat sangat aku dapat baby :D Dah rezeki kami berdua....alhamdulillah :)


Disebabkan sakit perut aku yang begitu kronik sekali, masuk minggu ni je dah 5 kali aku buat ultrasound. Bukan nak check baby but perut aku. Dah jumpa 5 doc jugak. Tapi still tak tau nape sakit. Ada yang buat assumption itu ini tapi setakat ni macam tak betul je. So far baby ok. The latest aku tengok baby dah gerak2 :) Hopefully baby sihat la kat dalam tu since mama nya (panggilan yang belum di'approve' :P) asik sakit je. Myo junior bape minggu? Nanti la aku letak ticker kat tepi blog tu ye. Ticker wedding pun tak letak2 sampai sekarang. Haihhh...


Kelmarin baru je pegi hospital Tawakal. Scan lagi n amik darah. Resultnya sume ok. Doc pun tak tau nape aku sakit. Dia suggestkan aku masuk ward so that dorang boleh monitor. Ward lagi??? Tidakkk!!! Aku dah tak nak dok ward dahhh....T_T See....pic kat bwh tu dah boleh nampak baby kami. Dah ada tangan n kaki. Sekarang tengah berenang-renang ngan riangnya. Suka2 aku je. Riang ke tak tu aku tak tau la kan :P


Saspen betul aku nak tunggu baby membesar. So far aku still lagi selim melim macam dulu. Perut pun boleh cover2 lagi. Sempat kot nak pakai kebaya time raya nanti :P

p/s: Gambar kawen dah siap n aku dah amik kat ofis abang aku lepas beberapa hari kua ward. But ngan kesihatan yang agak tak menentu sampai sekarang aku tak upload2 lagi kat blog. Basi sangat dah kot. Ada lagi ke orang nak tengok??? Huhuhu....

Sunday, August 15, 2010

Gathering @ Sunway Pyramid

Sat - 24/07/2010

Boleh tak kalau aku baru nak post pasal gathering beberapa minggu lepas? Boleh kan je la ek. Aku kan ada alasan kukuh. Dengan kesihatan yang tak menentu lagi ni. Tapi still lagi nak berblog. Actually aku gagahkan diri jugak nak pegi gathering tu even beberapa hari sebelumnya aku melepet tak bangun2. Tapi mengenangkan dah plan before aku start sakit n nak jumpa jugak member2 lama....maka tolak ke tepi kejap rasa sakit tu.

Hasilnya memang berbaloi2 :P Pic bawah.....aku, pidah si organizer n iza yang diimport dari taiping :P


Ecah rakan segosip kat YM n Dee yang bergigi cantekk....

Gmah si manager n cik zura si penolong manager. Hahaha....sesuka hati aku jer...

Kitorang bertujuh.....berlapan pun bolehhh :P Yang tak masuk dalam pic...Myo ngan Kamal coz masing2 sibuk mengamik gamba. Kak An n family yang time ni tak sampai lagi...

Sampai2 je dah pikir nak makan kat mana sebab masing2 dah lapar. Aku pun memang datang standby perut kosong. Budget nak makan seafood platter kat Manhattan Fish Market. Tergugat tengok gambar kat blog iza punya pasal. But atas sebab tak dapat undian majoriti maka terpaksa makan kat Kenny Rogers. Aku layan kan je la asalkan dapat makan kerana tersangat la lapar. Time ni aku dah start lapar selang sejam. Btw sampai hari ni aku still tak makan2 lagi seafood platter tu :(

Saat paling genting ialah saat nak pilih menu yang mana satu. Sampai kerut2 ha gmah :P Aku pun selak dari depan sampai belakang still tak tau nak makan apa.

So bila dah tak de idea sangat nak makan apa....kita buat iklan dulu....Lakonan harus mantap....Amcam? Boleh tak jadi model iklan Kenny Rogers? :D


Sambil makan sambil gosip sambil amik gambar.....Sungguh multitasking




Lepas makan round2 tengok kasut sementara tunggu Kak An. Aku yang tengah sakit perut memang awal2 dah surrender. Kalau tak aku la yang paling laju kot nak belek2 kasut. Wahhhh Cuna ke tu boleh pandang kasut2 yang banyak hanya dengan sebelah mata?

Lepas tu makan yogurt kat Tutti Frutti tapi tak de gambar sebab orang yang nak amik gamba tengah sibuk menikmati yogurt. Dah banyak kali jugak lalu depan Tutti Frutti ni tapi tak jugak singgah2. Selain mahal yogurtnya not bad la. Perasa vanilla memang best. Akan ku cari lagi lepas segala sakit perut ni hilang.

Pic bawah....kami berlapan before balik....

Kidnap 2 gambar bawah ni kat fb iza....Aku cam kagum bila tengok dalam gamba aku boleh senyum sehepi tu :P Padahal sakitnya hanya Tuhan je yang tau camne. Ni la last aku berjimba sakan. Pastu terus melepet kat umah sampai la hari ni. Maybe sebab tengok sume happy. So dengan automatik aku lupa aku tengah sakit...


Suka gambar ni jugak. Entah bila nak kumpul ramai2 camni lagi kan...



Last week aku pegi jumpa specialist kat Ampang Puteri pulak. Tak boleh nak harapkan sorang specialist je since aku tak nampak pun tanda2 perut aku nak baik. Doc just bagi ubat tahan sakit n hasilnya boleh dilihat lepas 2 minggu. Korang doakan aku sihat cam dulu ye. Sedih nak menyambut bulan puasa kali ni :( Sedih2 pun next entry aku nak cite pasal kisah yang kurang sedih pulak :)

Monday, August 9, 2010

3D2N @ TMC

Aku still lagi tak keje. Doc soh amik unpaid leave sebulan tapi macam tak sanggup je nak terima kenyataan raya nanti tak dapat gaji :( So aku amik je annual leave 5 hari walaupun sayang jugak nak abiskan cuti yang aku kumpul begitu saja. Huhuhu. Hopefully sempat la baik dalam minggu ni.


Muka tahan sakit lepas baru kena cucuk. Time tu sakit perut pun dah tak rasa sebab jarum kat tangan tu lagi menyucuk2. Ni 2nd time aku masuk ward. Yang 1st tahun 2008 time kena denggi. Time tu dok kat ward HKL. Cucuk yang kat TMC tu memang tak boleh kalahkan time kena denggi dulu. Dah la cucuk for drip. Campur cucuk nak amik darah sampai 3 kali sehari. Nurse pulak sorang2 macam witch. Rasa nak lari dari hospital je time tu. Biasala kan hospital gomen. Aku plak time tu menganggur. Memang patutla dok situ :P

Time nak masuk ward kat TMC ni kebetulan bilik sume full. Aku mintak 1 bilik yang ada 4 katil. Takut la plak kang mintak single mahal sangat even bukan aku yang nak bayar pun. Tapi seram coz TMC tu macam high class sket. Sampai depan lobby pun guard dia dah bukak kan pintu kete. Camne la tak seram kalau dah camtu dia treat. Harga pun of coz la seram2 sejuk.

Last2 ada satu bilik je yang kosong. Single bed plak tu. 1 hari dah RM208. Aku dah bajet2 ni kang kalo ada bilik lain kosong mintak tukar je la. Kat bilik hari tu bukak je langsir nampak Segi College ngan tempat parking kat bawah. Tu je la pemandangan hari2.

Owwhhh ni muka orang tengah sakit. Kalau sakit perut tu datang tak yah cakap la. Hanya Tuhan je yang tau sakitnya. Kadang2 sampai meleleh2 air mata tahan sakit. Huhuhu. Towel atas kepala tu Myo punya hasil kreativiti :P

3 hari 2 malam dok situ sempat la makan 6 kali. Makanan dia not bad la. Lagi pun ada orang datang soh pilih menu. Tapi still menu orang sakit. Hari2 makan bubur je. Sejak sakit ni aku sejam sekali dah start lapar. Kalau time sihat 4 or 5 jam gitu baru lapar balik. Badan je kecik tapi sikit2 lapar.

Serabai je aku... Kadang2 nak tido pun tak aman. Jap2 ada nurse datang amik blood pressure. Tak sempat nak lelap. Kalau tak de orang melawat pun bilik tu dah cukup meriah ngan staf dorang kua masuk je. Jap2 nak cucuk ubat, jap2 nak buang sampah, jap2 nak cuci bilik air.
Menu memang sihat. Soft diet gitu. Tapi setakat lauk ciput camni memang tak dapat la nak kenyangkan aku. Sejam pastu aku dah start nak order kat Myo soh beli makanan. Terus hancus soft diet.
Tak lalu tu hari2 makan bubur. Dah la tengah mengidam macam2. Pastu kena plak berpantang itu ini. Pedas tak boleh. Minyak pun tak boleh. Masam pun sama. Air gas? Air ais? Lagi la tak boleh :(

Tapi yang peliknya time aku kat ward, sakit perut aku tak la seteruk mana. Compare kalo kat umah. So doc bagi balik rest kat umah. Tapi balik je aku dah start sakit sampai tak boleh nak tido. Padahal aku still lagi continue makan ubat yang sama.

TMC ni recommended la jugak untuk sesape yang nak kan keselesaan. Tambah2 bila dah boleh pakai insurance card. Tapi kadang2 orang pun tak kesah sangat nak kua kan duit asalkan dapat yang terbaik. Tapi aku kena pikir seploh kali jugak la kalau nak bayar sendiri kan :P 3 hari je pun dah 1k lebih sket campur bilik, ubat2 n specialist consultant. Tapi hospital tetap hospital walau selesa camne pun. Dok umah jugak lagi best.

Friday, August 6, 2010

Tak Dapat Jerit Kat Tepi Pantai

Dah lama rasa nya aku tak jenguk plus update blog ni. Since isnin aritu. Actually ni baru je kua ward. Ni pun tak berapa nak ok sangat. Since dah sebulan lebih aku dok ulang alik pegi klinik....telan macam2 ubat but still tak baik2....doc pun bagi refer letter jumpa specialist. Time tu dalam kepala aku ingat Tropicana Medical Centre (TMC) je yang jadi panel hospital. Entah bape puluh kali dah lalu depan ni....last2 aku jejak jugak kaki kat dalam TMC ni.


1st visit doc bagi ubat. Then 2nd visit aku still tak baik2 jugak and doc pun tak tau dah nak bagi ubat apa kat aku kot. So last resort...soh aku masuk ward. Inject ubat terus masuk dalam darah. Selain tu doc nak soh aku relax betul2 and lupakan sume stress pasal keje. Aku dengar je inject tetiba terus tak sakit perut. Serius. Tapi memandangkan aku nak sangat sihat cam dulu....aku pun rela kan je la....huhuhuh


3 hari 2 malam aku dok hospital. Nasib baik la Myo temankan. Kalo tak meroyan aku sorang2 kat situ. Kebetulan pulak Myo memang dah amik cuti 3 ari. Konon2nya nak temankan aku menjerit di tepi pantai. Tapi kami hanya merancang. So kami berkampung je kat TMC tu. Kalau nak jerit kat situ cam hover la plak kan. Bila la boleh pegi jerit kat tepi pantai ni....Haihhhh...