nuffnang

Wednesday, May 29, 2013

Let's Go to the Zoo!

19/05/2013 - Sun

Akhirnya berjaya jugak sampai ke Zoo Negara yang sekangkang kera dari rumah ni...hehehe...Punya la lama plan nak bawak Irfan datang sini tapi asik tak jadi je. Ni pun kebetulan beli voucher dekat Groupon. Dapat la murah RM 10. So sebelum expired voucher tu baik la pegi cepat. 


Irfan tengah mamai lagi. Tu pun cakap dekat dia nak tengok lion tak? Baru la dia nak buat peace :P Elok nak sampai zoo dia nak terlelap. Rumah dah dekat sangat sampai nak tido pun tak sempat.


Bawak stroller senang nak sumbat barang2. Awal2 letak dulu Irfan dalam stroller. Kang dah merasa berlari sana sini memang stroller pun akan dipandang sepi je. Confirm tak nak dok dalam tu balik dah.


Dah suku jalan kitorang patah balik ke entrance. Biasala tukar pampers. Boleh pulak toilet dia jauh2 je. Lepas dah settle elok je akak aku n anak2 dia sampai. Tu pun akibat aku dok hasut akak aku soh datang time kitorang on the way...hahaha...Tak sangka berkesan jugak :P


Lion yang glemer. Penuh depan tu orang tengok.


Time2 ramai orang tu la lion tu boleh pegi buat aksi 18SX....huhu...


Entah macam mana tetiba yang jantan tu datang terus gi himpap yang betina tu. Apa lagi. Kitorang pun terus bawak budak2 ni jalan laju2 ke depan. Hissshhh lion ni pun kan. Budak2 ramai kot. Bajet2 la sket :D


Jalan2 dan terus jalan. Aku asik pancit je. Sket2 nak cari tempat duduk. Nampak nau dah tua nya. Irfan jugak yang tak penat2. Last2 cousin dia yang dok dalam stroller sebab tak larat nak jalan....huhu...




Giant tortoise. Sekali tengok macam tak perasan sangat pun. Ingat batu besar je.


Kambing yang buat akrobatik :P


Cousin Irfan, Amirul Hakimi yang setia je ngekor Irfan. Tu yang best tu kalau akak aku bawak anak2 dia sekali. At least Irfan ada geng :P


Holohhhholohhhholohhhh...Soooo sweet kan abang tolong suapkan adik dia. 2 orang ni antara cousin dia yang paling penyayang. Yang lain2 biasa suka cari pasal je...hahaha...


Time ni lepak2 sementara nak tunggu show. Since kitorang sampai pun dah pukul 11 lebih memang termiss la show yang pukul 11 punya. Show yang sama pukul 3 pulak. Time tu pulak baru pukul 2. Bosan giler nak tunggu. Kakak aku pun dah surrender balik dulu. Anak dia yang kecik tu dah merengek2 nak balik.


Macam bola pulak muka pakai inner ni tau. Muka tu tak payah cakap la berminyak2. Tengah hari buta kot time kitorang jalan2 tu. Panas pun redah je la asalkan jangan hujan.


Sementara nak tunggu pukul 3 tu kitorang makan2 dulu. Makan bekal sandwich yang buat pagi tu je. Beli air sebab tak tahan tengok air sejuk2 dekat situ. Kering tekak panas2 tu. Standardla makanan dalam tu memahal je. Up RM1 kot. Sambung next entry la pulak since tak lalu dah nak update...hehehe...Next week la sambung kot sebab esok kitorang nak pegi cuti2 Malaysia. Semoga plan kali ni menjadi n kami selamat pegi n balik =)

Wednesday, May 22, 2013

Therapy from Jelly Bunny + Body Shop

18/05/2013 - Sat

Aktiviti biasa di hujung minggu. Melawat OU...hehehe...Macam tak senang duduk je time weekend kalau tak keluar ke mana2. Kekononnya hari tu nak pegi survey ada 1 kasut ni. Alang2 dah pegi survey tu round2 la sekali sampai kaki lenguh.



Dah nak balik. Akhirnya ada jugak hasil rembatan. Dah lama rasanya tak shopping baju, kasut, mekap, skincare, bodycare, handbag. Biasanya memang keluar window shopping semata2. Balik lenggang kangkung je. Sekali sekala ada hasil rasa macam berbunga2 je hati ni :P



Stroller yang dah penuh jadi tempat sangkut2 beg. Tu beg je yang meriah. Barangnya sikit je pun. Kebetulan time round2 tu dapat 2 shopping bag free. Dalam tu ada note book dengan pamplet je pun. Kebetulan lagi hari tu hari Sabtu. No plastic bag day. So ada la jugak beg nak isi bahan2 nak buat kek yang aku beli dekat JJ. Bila nak buatnya pun tak tau lagi T_T


Before balik singgah makan dekat Burger Bakar Abang Burn dekat Kota Damansara. Asik tengok orang makan burger bakar la burger kukus la. Tapi kitorang baru 1st time nak try. Tu pun setelah sekian lama. Nasib baik tak payah nak beratur bagai. Kitorang pun tengah kenyang lagi sebab dah makan dekat OU before tu. So order la Supremo Cheesy Beef ni share 2 orang. Sedap la jugak. Daging burger tu dikepit dengan onion ring n mushroom. Tu yang tinggi menggunung tu. Lain kali boleh try order burger lain pulak. Rambang mata kot nak pilih. Macam2 jenis ado.


Kitorang ala2 dating berdua jugak la sebab Irfan tengah sedap tido time tu =)


Dah lama tak beli kasut. Sebenarnya nak survey kasut lain tapi pegi beli kasut Jelly Bunny ni pulak. Dah lama dah wusha2. Tapi dari luar kedai je la. Akhirnya terbeli jugak. Gara2 tergoda tengok Ayna pakai hari tu...hehehe....Wangi bangatttt kasut ni. Bau coklat nyamm nyammm =) Dah lama tak beli kasut sebab kasut biasanya membuatkan kaki ni melecet bila jalan lama2. Beli2 pun last2 sarung sandal lama jugak. Hopefully ok la bila pakai kasut Jelly Bunny ni kan.


Masa tengah jalan2 terlalu pulak Body Shop. Tengok2 orang penuh kedai. Baru ku tahu ada sale rupanya. Start 17 Mei hari tu sampai 9 Jun kot. Aku cuba control supaya tak ambik shower gel. Geram jugak. Tapi memikirkan shower gel kat rumah pun banyak lagi tak pakai bertahan je la. Beli pun shower gel yang kecik comel tu je sebab ia vanilla scent. Cannot resist :P

1st time beli body butter TBS. Padahal aku bukan jenis berlosyen2 ni. Ni je yang ada less 70%. Yang lain less sket2 je. Cosmetics ada less 50%. Gerammm lagi. Tapi dah berazam tak nak beli mekap dah tahun ni. Setakat bulan 5 ni berjaya lagi la menahan diri ;)


Memang tak boleh diamalkan selalu shopping2 ni. Tapi bila buat sekali sekala terasa amat la bahagia sekali =)

Monday, May 20, 2013

BBQ di Hujung Minggu

12/05/2013 - Sun

Cerita 2 minggu lepas. Patut update lepas entry bowling tu. Tapi biasa la kan bila kemalasan melanda diri ini. Upload gambar lepas tu biar je dalam draft T_T Ahad tu kami ber'BBQ' di Shah Alam sempena nak celebrate birthday adik ipar, mak n ayah mertua. SIL yang plan. Kitorang ikut aje. Kebetulan hari tu pulak Mother's Day.


Sampai2 adik laki Papa Irfan tengah bakar ayam. Then baru Papa Irfan sambung. Mama Irfan as usual la ngekor je ke mana anak bujang pegi. Irfan pun sibuk keluar masuk sebab nak tengok papa dia bakar ayam dekat luar sambil main2 ngan rabbit.




Muka excited tengok papa bakar ayam :P


Kadang2 ada la pak cik nya yang sorang ni melayan Irfan main. 



Hasil ayam n sosej yang dibakar.


SIL pesan soh buat mashed potato. Alang2 buat je coleslaw sekali. Tu pun last minute malam tu baru ke Giant cari bahan. Kobis pun dah habis malam2. Tu yang belasah je beli kobis purple. Mashed potato pun 1st time buat. Senang je rupanya. Just gravy tu je color nya kurang menarik. Rasa dah ala2 KFC punya....hahaha...


SIL buat spagetti yang ala2 aglio olio tapi nama lain. Tak ingat sudah namanya. So ini la menu kami hari tu. Sedapppp...Nyammm nyammm =)


Cilok gambar SIL je nih. Kalau harapkan aku memang tak koser la bab edit2 ni. Memang letak bulat2 je kalau nak upload tu. Rabbit tu tak kena bakar ye. Kitorang makan ayam n sosej je. Rabbit tu jadi kawan Irfan hari tu. Baru bela. Seronok la Irfan dapat main2 ngan rabbit kalau datang Shah Alam lagi lepas ni.



Last but not least harus la ada kek birthday. Harung sekali birthday untuk 3 orang. Durian cheese cake. Rasa ala2 durian crepe jugak laaa tapi cepat muak...huhu...


Dari tengahari sampai ke petang lepak dekat Shah Alam. Irfan punya la penat main sampai tertido sendiri. 1st time kot dia tertido sendiri dekat umah mertua. Kalau tak apa jadi pun memang dia akan tahan mengantuk sampai la masuk kereta baru tido. Gitu la kisahnya BBQ kami hari tu =)

Thursday, May 16, 2013

Dave's Deli + Bowling Lagi

11/05/2013 - Sat

Sabtu lepas akhirnya misi makan2 dengan Cik Ayna n Cik Nurul berjaya :) Plan nak makan2 dekat OU. Before tu sempat kitorang shopping sepantas kilat dekat Mid Valley. Singgah jap beli barang dekat Mom n Baby Expo dekat situ. Tak ada apa sangat nak dibeli dekat expo macam tu bila anak dah besar ni. Dulu time Irfan baby memang macam2 rasa nak beli. Sampai tak muat tangan nak bawak :P

Habis shopping terus cepat2 ke OU pulak. Aman sikit kalau nak makan2 dekat situ. Kalau dekat mid kedai makan memanjang ramai orang je. Kadang2 sampai kena Q. Lepas pikir punya pikir siap sempat study directory map tu akhirnya kitorang makan dekat Dave's Deli. 1st time makan dekat sini. Kalau tak lalu je. Tengok menu pun sikit punya lama. Last2 memasing makan benda yang sama :D Dave's Deli quarter chicken set. Ala2 Kenny Rogers.


Papa Irfan je set lasagna. Sedap la jugak. Just silap sebab mintak ayam tu bahagian breast. Lepas tu jenuh nak kunyah sebab kenyal semacam :P


3 of us...Bergambar dulu before makan...From left, Ayna, Nurul n me :)



Irfan makan mashed potato je.


Kebetulan jumpa member ofis time tengah makan tu. Selama ni jalan2 tak pernah pulak nak jumpa sesiapa yang kenal.  Dekat Mid Valley pun ada jumpa kawan time study dulu. Meriah pulak rasa :) Since dah kerja, kawen n dah ada anak ni dah susah nak jumpa kawan2 lama. Tak macam time zaman muda remaja dulu. Tetiba rindu pulak time study dulu. Kawan2, rindu kamuuu semua :(


Dan tanpa disangka2 kitorang pegi main boling...hehehe. Ada jugak plan mula2. Tapi macam tak berapa nak jadi. Tetiba semua on. Cukup la 4 orang main boling. Tapi memasing tak bawak stokin. Except Papa Irfan la kan yang sentiasa pakai stokin. Apa lagi. Kitorang terus beli stokin baru dekat Sox World ;) Elok je beli stokin Irfan pun elok je tido. Cam tau2 je kitorang nak main boling. Kalau Irfan tak tido pun memang ingat nak redah je main jugak :P


Gambar candid. Memasing khusyuk tengok fon memasing. Padahal game tak abis lagi tu :P


Score of da day. Macam biasa yang 1st tu malas nak cakap la kan. Tak terkejar score gitu. Awal2 dah masuk longkang. Dapat la sekali strike. Tu pun nasib je...hahaha....Entah bila nak terer pun tak tau.


Macam biasa gambar harus lebihhh...hehe...Time ni shawl pun dah herot berot T_T


Syok bergambar bila dah ada geng. Ambik gambar banyak2 walaupun background lebih kurang sama je. Banyak gambar tapi tumpang kamera orang. Harapkan henfon ku memang blur memanjang la kalau lampu pun suam2 kuku je T_T


Gambar before balik. Ayna cakap shawl ku itu macam bendera...huhu...Sampai hati u Ayna. Tak mo dah pakai shawl tu tau...sob sob sobsss....Simpan je la pakai next year pulak :P Ekceli memang aku pun jarang pakai baju or tudung yang colourful. Apetah lagi color yang striking2. Tapi biasala kan beli online. Tengok model pakai lawa terus laju je order. Padahal bila sendiri pakai lansung tak in T_T


Malamnya ke Giant cari barang dapur plus barang2 nak buat coleslaw, mashed potato n gravy. Ada buat BBQ kat rumah mertua. 1st time okeh buat. Kalau tak tau makan je...hahaha...


Budak kecik yang dah pandai request sekarang ni. Nampak je lolipop dekat tepi cashier tu dia dah tunjuk2 suruh ambik.


Bersungguh2 makan lolipop. Sekali sekala bole la. Berkala2 kena cari jalan jugak la tak nak belikan dah :P


Balik tu terus buat coleslaw ngan mashed potato. Berulang alik berlari ke dapur n ke hall. Bukan senang nak tinggalkan anak bujang sorang2. Risau kot2 dia buat apa2 yang bahaya. Lepas dah siap masak melepet kepenatan. Satu hari yang fully utilized dan sangat menggembirakan =)