nuffnang

Monday, May 20, 2013

BBQ di Hujung Minggu

12/05/2013 - Sun

Cerita 2 minggu lepas. Patut update lepas entry bowling tu. Tapi biasa la kan bila kemalasan melanda diri ini. Upload gambar lepas tu biar je dalam draft T_T Ahad tu kami ber'BBQ' di Shah Alam sempena nak celebrate birthday adik ipar, mak n ayah mertua. SIL yang plan. Kitorang ikut aje. Kebetulan hari tu pulak Mother's Day.


Sampai2 adik laki Papa Irfan tengah bakar ayam. Then baru Papa Irfan sambung. Mama Irfan as usual la ngekor je ke mana anak bujang pegi. Irfan pun sibuk keluar masuk sebab nak tengok papa dia bakar ayam dekat luar sambil main2 ngan rabbit.




Muka excited tengok papa bakar ayam :P


Kadang2 ada la pak cik nya yang sorang ni melayan Irfan main. 



Hasil ayam n sosej yang dibakar.


SIL pesan soh buat mashed potato. Alang2 buat je coleslaw sekali. Tu pun last minute malam tu baru ke Giant cari bahan. Kobis pun dah habis malam2. Tu yang belasah je beli kobis purple. Mashed potato pun 1st time buat. Senang je rupanya. Just gravy tu je color nya kurang menarik. Rasa dah ala2 KFC punya....hahaha...


SIL buat spagetti yang ala2 aglio olio tapi nama lain. Tak ingat sudah namanya. So ini la menu kami hari tu. Sedapppp...Nyammm nyammm =)


Cilok gambar SIL je nih. Kalau harapkan aku memang tak koser la bab edit2 ni. Memang letak bulat2 je kalau nak upload tu. Rabbit tu tak kena bakar ye. Kitorang makan ayam n sosej je. Rabbit tu jadi kawan Irfan hari tu. Baru bela. Seronok la Irfan dapat main2 ngan rabbit kalau datang Shah Alam lagi lepas ni.



Last but not least harus la ada kek birthday. Harung sekali birthday untuk 3 orang. Durian cheese cake. Rasa ala2 durian crepe jugak laaa tapi cepat muak...huhu...


Dari tengahari sampai ke petang lepak dekat Shah Alam. Irfan punya la penat main sampai tertido sendiri. 1st time kot dia tertido sendiri dekat umah mertua. Kalau tak apa jadi pun memang dia akan tahan mengantuk sampai la masuk kereta baru tido. Gitu la kisahnya BBQ kami hari tu =)

No comments: