nuffnang

Wednesday, May 22, 2013

Therapy from Jelly Bunny + Body Shop

18/05/2013 - Sat

Aktiviti biasa di hujung minggu. Melawat OU...hehehe...Macam tak senang duduk je time weekend kalau tak keluar ke mana2. Kekononnya hari tu nak pegi survey ada 1 kasut ni. Alang2 dah pegi survey tu round2 la sekali sampai kaki lenguh.



Dah nak balik. Akhirnya ada jugak hasil rembatan. Dah lama rasanya tak shopping baju, kasut, mekap, skincare, bodycare, handbag. Biasanya memang keluar window shopping semata2. Balik lenggang kangkung je. Sekali sekala ada hasil rasa macam berbunga2 je hati ni :P



Stroller yang dah penuh jadi tempat sangkut2 beg. Tu beg je yang meriah. Barangnya sikit je pun. Kebetulan time round2 tu dapat 2 shopping bag free. Dalam tu ada note book dengan pamplet je pun. Kebetulan lagi hari tu hari Sabtu. No plastic bag day. So ada la jugak beg nak isi bahan2 nak buat kek yang aku beli dekat JJ. Bila nak buatnya pun tak tau lagi T_T


Before balik singgah makan dekat Burger Bakar Abang Burn dekat Kota Damansara. Asik tengok orang makan burger bakar la burger kukus la. Tapi kitorang baru 1st time nak try. Tu pun setelah sekian lama. Nasib baik tak payah nak beratur bagai. Kitorang pun tengah kenyang lagi sebab dah makan dekat OU before tu. So order la Supremo Cheesy Beef ni share 2 orang. Sedap la jugak. Daging burger tu dikepit dengan onion ring n mushroom. Tu yang tinggi menggunung tu. Lain kali boleh try order burger lain pulak. Rambang mata kot nak pilih. Macam2 jenis ado.


Kitorang ala2 dating berdua jugak la sebab Irfan tengah sedap tido time tu =)


Dah lama tak beli kasut. Sebenarnya nak survey kasut lain tapi pegi beli kasut Jelly Bunny ni pulak. Dah lama dah wusha2. Tapi dari luar kedai je la. Akhirnya terbeli jugak. Gara2 tergoda tengok Ayna pakai hari tu...hehehe....Wangi bangatttt kasut ni. Bau coklat nyamm nyammm =) Dah lama tak beli kasut sebab kasut biasanya membuatkan kaki ni melecet bila jalan lama2. Beli2 pun last2 sarung sandal lama jugak. Hopefully ok la bila pakai kasut Jelly Bunny ni kan.


Masa tengah jalan2 terlalu pulak Body Shop. Tengok2 orang penuh kedai. Baru ku tahu ada sale rupanya. Start 17 Mei hari tu sampai 9 Jun kot. Aku cuba control supaya tak ambik shower gel. Geram jugak. Tapi memikirkan shower gel kat rumah pun banyak lagi tak pakai bertahan je la. Beli pun shower gel yang kecik comel tu je sebab ia vanilla scent. Cannot resist :P

1st time beli body butter TBS. Padahal aku bukan jenis berlosyen2 ni. Ni je yang ada less 70%. Yang lain less sket2 je. Cosmetics ada less 50%. Gerammm lagi. Tapi dah berazam tak nak beli mekap dah tahun ni. Setakat bulan 5 ni berjaya lagi la menahan diri ;)


Memang tak boleh diamalkan selalu shopping2 ni. Tapi bila buat sekali sekala terasa amat la bahagia sekali =)

8 comments:

Nurul said...

huwaaaa dh beli ke jelly bunny? jeles2! nurul pon dh termimpi2 ni. kt OU ek? xde pon picca? letak laaaa. nurul nk tgkk :D

Ayna Jalal said...

yeay, berjaya menghasut cuna lagi, hehehhe =P

cuna said...

nurul: aah terbeli pulak...hehehe...amboi nurul.siap termimpi tu. bahaya2.org beli kt ou.dkt klcc n mid pun ada outlet dia.segan la nk letak pic.rasa cm kasut ayna je. xberapa ingat kasut ayna camne aritu.byk yg kaler striking n flat je.

cuna said...

ayna: hahaha...u pakai kasut apa pn cantik. geram je tgk. tp sbb u ckp pakai kasut jelly bunny kaki tak melecet so rs mcm menarik je nk try ;)

Nurul said...

hihi. tula nurul nk cr kasut yg tak melecet. susah okay nk cari yg tak melecetttt. sume bikin kaki sakittt jeeee T_T

Unknown said...

nurul: hehe betul2.pakai sandal je slmt. aritu dh try test kasut tu.melecet jgk.xtau la sbb baru ke apa.rasa mcm pakai kasut apa pn akn ttp melecet je T_T

Nurul said...

nurul dh pegi try kat OU last weekend. tapi part depan tu mcm sempitttt je. comel tu mmg comelll. huhuh. tp mcm tak selesa sgt.. kaki yg tirus dan kecik molek ok la nk pakai. ni kaki tak bape nk tirussss. kekeke :P

cuna said...

nurul: tu la nurul. sama la kita kaki tak bape nk tirus. masa try tu je rasa ok. bila dh pakai jln jauh mmg fail.huhu.mmg melecet kt jari jemari tu.nmpknya pakai sandal jgk la last2 T_T