nuffnang

Friday, May 10, 2013

Movie: Iron Man 3

04/05/2013 - Sat

Seperti biasa memang tak boleh tahan nak tunggu tiket murah bila sampai part movie superhero nih. Sempat tunggu 2 minggu aje. Redah je la beli tiket mahal. Siap ambik couple seat sebab bawak Irfan sekali. Tu pun lepas banyak kali pikir. Takut dia tak nak dok diam pulak dalam tu. Ada yang balik sekerat jalan kang.


Hasilnya not bad la. Ada jugak la time2 Irfan dok tanya "Mama! Nak men men". Men men tu Iron Man la kan. Ultraman dengan Spiderman pun dia panggil men men jugak :) Dia akan jadi gelisah bila tak nampak Iron Man yang pakai suit. Kalau muka Robert Downey je yang kua memang dia tak kenal pun tu Iron Man. Kebetulan Iron Man 3 ni memang tak banyak scene yang dia pakai suit. Menggelabah jugak la nak bagi Irfan diam. Kuat pulak tu suara dia...hahaha...Siap ada part yang Pepper terjatuh dia macam nak menangis. Dah la semua tengah diam. Punya la menghayati watak kan :D


Overall ok la Iron Man 3 ni. Tak best sebab tak banyak scene yang pakai suit Iron Man. Lepas tu banyak part yang menyedihkan. For me lagi best Iron Man yang 1st and 2nd kot. Apa2 pun Robert Downey Jr. memang sangat kacak dalam Iron Man 3 ni. Nampak lagi muda. Maybe sebab hair cutting dia kot ;) Lepas ni nak tengok Iron Man kena tunggu Avengers 2 pulak.

Habis tengok wayang pegi kereta nak ambik stroller before sambung jalan2 lagi. Budak kecik ni nak tido pulak. Kemain dia dok fire orang sepanjang jalan T_T 

video

Iron Man dah penat. Kena recharge bateri...hehehe...


Masa dia tido kitorang singgah kedai mainan beli Iron Man Repulsor ni. Suka kemain dia. Tak tau la sampai bila boleh bertahan benda alah ni :P


Actually semua gambar ni capture dari video. Dah berapa kali ulang tengok video tu. Lawak giler. Bersungguh2 dia buat macam Iron Man. Nak letak kat blog background pulak tak berapa cantik. Memang tengah semak. Boleh pitam kalau korang tengok...hahaha...




Lega rasanya dapat keluar rumah time weekend. Tu pun sebab ada reason yang kukuh. Nak tengok Iron Man. Sekarang ni nak kena ada reason baru boleh keluar. Tak boleh keluar tanpa arah tujuan T_T Tak sabar nak tunggu weekend ni. Ada solid reason nak keluar. Hopefully plan menjadi =) Happy weekend uols!

2 comments:

Dnazz said...

hi cuna. lama tak menjenguk ke sini. woaaa dah ada experience bwk anak gi tgk movie. iza xpenah lg. dulu penah try nak bawak gi tgk die hard..sekali budak kecik tak boleh masuk daa. since ironman boleh, nak try jugaklah. hapis dah beria ajak g tgk huhu

cuna said...

dnazz: hi iza. nmpk nau bz ngn umah baru kan ;) gi la try pulak.mana tau rifqi behave je kn. irfan rasanya lps ni blh bwk gi tgk movie kartun je la kot :P