nuffnang

Thursday, May 16, 2013

Dave's Deli + Bowling Lagi

11/05/2013 - Sat

Sabtu lepas akhirnya misi makan2 dengan Cik Ayna n Cik Nurul berjaya :) Plan nak makan2 dekat OU. Before tu sempat kitorang shopping sepantas kilat dekat Mid Valley. Singgah jap beli barang dekat Mom n Baby Expo dekat situ. Tak ada apa sangat nak dibeli dekat expo macam tu bila anak dah besar ni. Dulu time Irfan baby memang macam2 rasa nak beli. Sampai tak muat tangan nak bawak :P

Habis shopping terus cepat2 ke OU pulak. Aman sikit kalau nak makan2 dekat situ. Kalau dekat mid kedai makan memanjang ramai orang je. Kadang2 sampai kena Q. Lepas pikir punya pikir siap sempat study directory map tu akhirnya kitorang makan dekat Dave's Deli. 1st time makan dekat sini. Kalau tak lalu je. Tengok menu pun sikit punya lama. Last2 memasing makan benda yang sama :D Dave's Deli quarter chicken set. Ala2 Kenny Rogers.


Papa Irfan je set lasagna. Sedap la jugak. Just silap sebab mintak ayam tu bahagian breast. Lepas tu jenuh nak kunyah sebab kenyal semacam :P


3 of us...Bergambar dulu before makan...From left, Ayna, Nurul n me :)



Irfan makan mashed potato je.


Kebetulan jumpa member ofis time tengah makan tu. Selama ni jalan2 tak pernah pulak nak jumpa sesiapa yang kenal.  Dekat Mid Valley pun ada jumpa kawan time study dulu. Meriah pulak rasa :) Since dah kerja, kawen n dah ada anak ni dah susah nak jumpa kawan2 lama. Tak macam time zaman muda remaja dulu. Tetiba rindu pulak time study dulu. Kawan2, rindu kamuuu semua :(


Dan tanpa disangka2 kitorang pegi main boling...hehehe. Ada jugak plan mula2. Tapi macam tak berapa nak jadi. Tetiba semua on. Cukup la 4 orang main boling. Tapi memasing tak bawak stokin. Except Papa Irfan la kan yang sentiasa pakai stokin. Apa lagi. Kitorang terus beli stokin baru dekat Sox World ;) Elok je beli stokin Irfan pun elok je tido. Cam tau2 je kitorang nak main boling. Kalau Irfan tak tido pun memang ingat nak redah je main jugak :P


Gambar candid. Memasing khusyuk tengok fon memasing. Padahal game tak abis lagi tu :P


Score of da day. Macam biasa yang 1st tu malas nak cakap la kan. Tak terkejar score gitu. Awal2 dah masuk longkang. Dapat la sekali strike. Tu pun nasib je...hahaha....Entah bila nak terer pun tak tau.


Macam biasa gambar harus lebihhh...hehe...Time ni shawl pun dah herot berot T_T


Syok bergambar bila dah ada geng. Ambik gambar banyak2 walaupun background lebih kurang sama je. Banyak gambar tapi tumpang kamera orang. Harapkan henfon ku memang blur memanjang la kalau lampu pun suam2 kuku je T_T


Gambar before balik. Ayna cakap shawl ku itu macam bendera...huhu...Sampai hati u Ayna. Tak mo dah pakai shawl tu tau...sob sob sobsss....Simpan je la pakai next year pulak :P Ekceli memang aku pun jarang pakai baju or tudung yang colourful. Apetah lagi color yang striking2. Tapi biasala kan beli online. Tengok model pakai lawa terus laju je order. Padahal bila sendiri pakai lansung tak in T_T


Malamnya ke Giant cari barang dapur plus barang2 nak buat coleslaw, mashed potato n gravy. Ada buat BBQ kat rumah mertua. 1st time okeh buat. Kalau tak tau makan je...hahaha...


Budak kecik yang dah pandai request sekarang ni. Nampak je lolipop dekat tepi cashier tu dia dah tunjuk2 suruh ambik.


Bersungguh2 makan lolipop. Sekali sekala bole la. Berkala2 kena cari jalan jugak la tak nak belikan dah :P


Balik tu terus buat coleslaw ngan mashed potato. Berulang alik berlari ke dapur n ke hall. Bukan senang nak tinggalkan anak bujang sorang2. Risau kot2 dia buat apa2 yang bahaya. Lepas dah siap masak melepet kepenatan. Satu hari yang fully utilized dan sangat menggembirakan =)

2 comments:

mIZz *.* aYNa said...

best sgt, we should do it again!!! thanks for the bday gift dear =) btw, i just joking about the shawl, jgn la merajuk, hehe =P

cuna said...

ayna: kannn...anytime bgtau je...i tak merajuk pn psl shawl tu. saje je...hehe...nway i rasa mcm such a weirdo jgk bila mula2 pakai tu. tp da beli pakai aje la kn :P