07/07/2013 - Sun
Alhamdulillah dah masuk 3 hari kita semua berpuasa. Cerita puasa kami biasa2 sahaja. Maybe lepas ni nak kurangkan keluar rumah especially weekend la kan. Weekdays memang sentiasa dalam rumah je. So Ahad hari tu pepagi kami dah keluar. Hari tu kan dapat free tickets Despicable Me 2. Free seating pulak tu. Kena la datang awal2 kalau tak nak dapat seat depan. Lenguh nak mendongak kang T_T
Sampai2 tengok dah ada orang buat 1 line dekat entrance...huhu...1st time tengok orang nak tengok wayang kena beratur dulu. Show start pukul 11 pagi. Tapi 10.50 baru dapat masuk. Time kitorang sampai baru pukul 10.30. So boleh tahan lama jugak la beratur dengan penuh kesabaran di dada. Dah lepas entrance tu pulak kena jalan laju2. Yang lari pun ada. Nak cop tempat best punya pasal. Dah free gitu la kekdahnya. Nasib baik kitorang sempat duduk dekat twin seat. Senang sikit nak letak Irfan.
Nak ambik gambar Irfan dengan Superman tapi dia sibuk dok kaji patung tu pulak...huhuhu....Ohhh...Pasal Despicable Me 2 tu memang awesome lah! Aku ni memang jenis tak suka tengok kartun. Tapi seriously movie ni is the best cartoon I've ever seen! Really entertaining. Memang sangat kelakar with those adorable minions. This round memang banyak sikit part yang ada minions compared to previous movie. Asal dorang keluar je confirm orang akan gelak. It was so happening coz memang penuh satu theater tu.
Lepas tu ada lagu2 old school yang best n dah lama tak dengar ada dalam movie tu. Tapi lagu versi minions la especially lagu YMCA n I Swear tu. Memang kelakar habis. Penat gelak :P Enjoy sesangat tengok movie kali ni. Irfan pun sit still until the end of da show since dia memang minat cerita ni. Dok layan Despicable Me 1st entah berapa kali. Kids confirm suka punya la movie ni. Not even kids la kot. Orang dewasa pun confirm suka. Boleh tersenyum la lepas keluar theater kiranya ;) Boleh bagi 11 stars out of 10 sebab best giler ;)
Sesekali tak dok dalam stroller kemain susah nak handle si kecik ni tau. Memang berlari sesuka hati dia. Lepas tu jalan tak tengok orang...huhu...Sekejap je ni. Lepas tu laju2 pegi ambik stroller dekat kereta. So far memang kitorang fully utilized la stroller tu. Irfan pun super duper lasak. Tak nak orang pegang2 dia. Lagi selamat letak dalam stroller kot T_T
Request si anak bujang nak singgah Toys 'R' Us. Meriah dengan toys Monsters University n Despicable Me 2 dekat depan tu. Irfan pegang tu fart guns yang minions pakai dalam movie tu...hahaha....lawak2. Bila tembak bunyi kentut. Benda ni pun dorang jual jadi mainan budak :D
As usual kalau datang ToysRUs ni kena singgah sini. Suka sangat main lego ni. Dekat rumah pun sama. Kekadang tu rasa nak simpan terus je sebab kalau dah start main tu dia punya sepah memang tak tahan. Kan benda tu kecik2. Lepas tu bila main baling rata2. So nak mengutip tu rasa liat je. Hari2 pulak tu T_T Tapi demi anak ku rajinkan diri jugak. Lagipun seronok bila tengok dia khusyuk main tu.
Ni la satu2nya harapan nak bagi dia tido. Kekadang bila mengantuk sangat dia akan jadi hyper semacam. Letak dalam stroller sekejap je dah tido. Memang dah mengantuk sangat sebab kena paksa bangun awal :P
Prawn macaroni n cheese...
Irfan tido dengan nyenyaknyerrr...
So boleh la kami duduk n bercamwhoring tanpa rasa bersalah :D
Next kami ke Puchong. Pegi MyDear warehouse sale. 1st time ni pegi. Dari mengandungkan Irfan lagi berangan nak pegi tapi tak lepas2. Guess what? We bought a new car seat for Irfan...hehe...Dah 2 tahun lebih baru nak beli car seat untuk dia. Before ni pakai yang orang bagi je. Span dia pun sampai dah koyak rabak. Nak cari alas seat saje tak tau kat mana. So beli je la yang baru. Selagi Irfan boleh dok dalam tu kita pakai. Lagipun kalau tak letak dalam car seat nanti dia akan mengganas dalam kereta. Nak selamat n senang handle pakai car seat je la.
Itu pun nasib baik tak beli stroller. Disebabkan kitorang datang last day dorang lelong display stroller. Sementara kitorang nak discuss kejap je orang lain sapu dulu...huhu....Memang plan nak cari stroller yang murah2 je n yang kecik sikit. Senang nak sumbat dalam bonet kereta yang comel tu. Stroller best2 harga RM 60 - RM 150 je. Tapi tak ada rezeki kami. Nak beli yang mahal rasa tak berbaloi pulak since dah ada stroller yang lama. Last2 pegi beli travel case. Tak pernah plan tak pernah survey pun main beli je. Tak sampai RM 100 pun. Iye2 je beli. Padahal boleh kira kot berapa kali je travel dalam setahun :P
Sebab dah dekat Puchong, aku pun pujuk2 Papa Irfan pegi Shah Alam kejap singgah Qaira Hijab...hehe...Kekononnya nak tengok2 baju kurung. Padahal dah tempah sepasang. Saje gatal nak cari lagi sepasang...hahaha....Sekali lepas belek2 macam tak ada yang berkenan. Last2 beli shawl n inner yang tak dapat beli hari tu. Cam berkira2 sket nak beli sebab dah tak ada sale macam opening hari tu. Time nak bayar tu boleh pulak suruh cashier tu panggilkan owner dorang sebab nak ambik gambar :P
Btw kali ni datang siap Ainil yang bukak kan pintu. Sempat la dia layan kejap tunjuk2 kan shawl n baju kurung raya since tak ramai orang time tu. Just time nak balik tu dia tengah meeting dalam bilik. Tebalkan je muka mintak nak ambik gambar dengan dia jugak. Kalau tak nanti menyesal....hahaha....In person memang lagi lawa orangnya. Sangat soft spoken n down to earth. Sempat la borak2 kejap. She's a lecturer n at the same time running a business. Dia sendiri jugak yang jadi model. Tu yang semua tudung pun nampak cantik tu. Lepas tu semua pun rasa nak beli =)
Begitu la hari kami Ahad lepas. Memang full of activities from morning till night. Balik tu aku kena drive sebab banyak sangat request nak singgah sana sini...huhu...Dah lama tak drive n sangat liat nak drive tme malam. Tapi nak pegi Qaira Hijab punya pasal ku gagahkan jua T_T Selamat berpuasa semua n enjoy ur weekend=)