06/07/2013 - Sat
Dah lama rasanya tak pegi warehouse sale. Last sekali pegi pun L'oreal sale bulan 7 tahun lepas. Dah setahun dah tu. Hytex ni pernah pegi sekali tahun 2011. Boleh baca entry tu di sini. Masa tu dorang buat dekat kilang Hytex tu sendiri. Kali ni buat dekat Dewan Serbaguna Taman Ehsan pulak. Dekat2 kawasan kilang Hytex jugak.
Kitorang sampai pukul 10 lebih. Ramai orang tapi tak ada la sampai sesak sangat. Irfan memang kitorang tinggalkan dekat rumah since dia pun tak bangun lagi. So laju la sikit bila pilih baju 2 orang kan. Pilih laju2 then tapis2 terus bayar. Dapat la 1 plastik baju.
Baju2 untuk anak bujang kesayangan. Ada orang komen baju2 dekat sini macam sampah. Iye la longgok2 je kan. Kena la selongkar sendiri nak cari yang cantik. Lagipun kalau tak cantik boleh buat baju basahan pakai dekat rumah. Nak cari pair tu memang la susah. So t-shirt tu macam biasa pakai dengan jeans or slack je la. Seluar yang tak ada pair baju tu pakai dekat rumah aje.
Dapat la beberapa helai t-shirt, 3 seluar n 2 pasang baju tido. Baju2 tu pun ada beli yang 2yrs n ada yang 3 yrs. 4 yrs pun ada sesat sehelai sebab cute sangat baju tu. Nak jugak ambik :P Tu pun kalau tidak lagi banyak beli sebab campak2 memang penuh baju sebakul. Tapi lepas tapis2 Papa Irfan suruh buang balik beberapa helai. Ikut je la kan walaupun sayang je rasa nak letak balik T_T Baju n seluar price range from RM 5 - RM 10. Kalau macam pyjama tu sebab 1 set dalam RM 15. Tu pun dapat baju saiz 2 yrs, seluar pulak 3 yrs. Belasah je la kan. Mencabar jugak nak cari dalam longgokan baju2 dekat situ.
Dapat 3 helai baju Papa Irfan. Dalam nak tak nak pegi tu dia yang dapat hasil kan. Selain baju baby, budak kecik, budak besar, baju orang dewasa pun ada. Yang aku perasan ada baju brand Puma n Diesel. Ada jugak yang lain tapi tak sempat nak belek. Tapi aku dah penat cari baju2 Irfan sampai dah tak lalu nak cari baju untuk diri sendiri. The best part was total damage tak sampai RM 200 pun. Campur baju Papa Irfan sekali tau. Mana nak dapat kan? Puas hati shopping hari tu. Orang pun tak ramai sebab datang awal. Time kitorang nak balik dah makin crowded.
Warehouse sale ni sampai 21 Julai ni. Kot ada yang nak pegi. Mana tau lepas ni dorang restock lagi n dapat beli baju2 lagi best ke kan ;) Tapi ada time weekend je la. Time tu la yang sesuai nak pegi shopping pun kan. Ada orang borong sampai berplastik2 kot. Anak ramai lagi la berbaloi2 shopping time sale macam ni. Boleh borong terus. So sudah2 la kot beli baju tu kan. Sekarang pun tengah nak sort out baju2 Irfan yang dah senteng sendat bagai tu. Dah dapat 1 kotak. Tu pun tak habis kemas lagi T_T
No comments:
Post a Comment