nuffnang

Tuesday, July 2, 2013

Eat+Shopping+Freebies

22/06/2013 - Sat

Sambung cerita lepas balik dari kenduri. Dekat OU shopping sket untuk Irfan. Then makan time. Iye. Makan lagi walaupun before tu baru balik dari kenduri. Orang perut kecik macam ni la. Makan sikit tapi kena makan kerap. Yang jadi mangsa of coz la my own hubby. Sebab dia jenis makan banyak. Lepas tu wife dia asik la nak ajak makan. So memang salah aku la kalau hubby membesar dengan jayanya :P Tu pun order burger je sebab dia kenyang lagi.


And for me harus la order ayam. Rasa macam tak berbaloi makan dekat Nandos tapi tak makan ayam. Dulu tak minat pun makan dekat Nandos. Memang peminat Kenny Rogers je. Now dah terbalik...hehe...Teringin jugak nak makan kedai2 lain yang femes macam Chillis ke TGI Friday ke. Tapi sebab dekat situ ada bar and serve liker. So macam tak meyakinkan apa hukumnya kalau makan dekat tempat macam tu walaupun kita tak order pun liker tu kan. So bila dah was2 tu better tak payah pegi la walaupun kekadang tu teringin jugak nak try.


Muka bersungguh2 menikmati hidangan. Ehhh orang dekat belakang tu baju macam sama kaler je dengan baju ku. Matching pulak...hehe...


Lepas tu lepak depan Isetan. Kebetulan nampak dekat FB hari tu TGV ada nak bagi tiket free sempena Global Smurfs Day. So kitorang pun tunggu je la kot2 ada rezeki dapat ke kan.


Memang ramai la orang tetiba dekat area tu. Mula2 dorang start distribute balloon n cookies.


Then baru la keluar maskot Smurfs ni. Irfan pulak tido time ni. Dah kejut pun tak nak bangun jugak. Kalau tak confirm dah bawak dia pegi bergambar. Time orang tengah sibuk bergambar tu la ada orang distribut free ticket. Nasib baik sempat ambik. Nama pun free. Of coz la orang pun berebut2 nak ambik.


On the way balik terserempak pulak dengan Angelzoe n her kids. Dorang pun nak pegi redeem free tickets Smurfs jugak. Sempat lagi kitorang bergambar dekat tengah2 jalan tu...hehe...


Ni hasil rembatan untuk Irfan. Buat stok baju dia plus beli baju raya sekali. Banyak baju yang dah kecik2. Kekadang aku pakaikan jugak. Kejapnya lahai boleh bertahan baju2 budak kecik ni kan. Kekononnya nak cari baju dekat Gap. Kan tengah sale sakan. Tapi baju boys cam tak berapa best. Baju girls je meriah. So beli je la dekat Pumpkin Patch. Ada sale 50%. 


Entah macam mana tetiba kaki rajin nak masuk Marks&Spencer. Believe it or not this is my 1st time masuk kedai ni. Selama ni lalu je. Tetiba rajin nak menyinggah. Pegi dekat kids section sekali rambang mata tengok baju2 dia. Tapi ambik yang ada diskaun je la. Kalau yang normal price rasa macam tak logik je nak beli. Dah la baju boys kan lebih kurang sama je. Kalau girls tu macam2 fesyen. Tu yang biasanya aku tak beli sangat baju branded untuk Irfan. Kang sekelip mata dah senteng pulak. Maknya pun pakai baju murah2 je kot T_T Ni pun beli saiz lain2. Ada yang 2-3 years n ada yang 3-4 years. Banyak baju2 Irfan yang lama dah kena masukkan dalam kotak ni.


Ni tiket Smurfs yang kitorang dapat. Show dia 11 Aug pulak tu. Raya ke 4 ...huhu...Tak tau la dapat pegi ke tak. Kalau balik kampung dekat JB memang burn je la. Kalau raya dekat Gombak ni je ha anytime boleh pegi.


Sekarang ni situ sana sini tengah sale kan. Memang agak menguji kesabaran jugak lah untuk kaki shopping macam aku ni...huhu...Btw baju raya kitorang 3 beranak dah settle. Kali ni hantar tempah. Dah siap n tinggal nak pegi collect je. Tahun ni for the 1st time baju raya hantar tempah untuk 3 beranak. Kali ni jugak paling awal buat persiapan. Before ni semua last minute aje. So lepas ni tak payah nak pikir pasal baju raya dah. Hujung2 puasa nanti la pulak pikir nak buat biskut raya apa, nk masak apa n nak raya dekat mana =) 

p/s: Sorry sebab aku dah cuba untuk ambik gambar plastik je without reveal the hasil rembatan but I just can't. Aku ni jenis suka refer balik my previous entries. Tak ada niat untuk menunjuk2 pun tau. Lagipun ramai lagi yang dekat luar sana yang beli baju lagi meriah n lagi mahal kot. So sila jangan buruk sangka especially to those stalkers T_T

2 comments:

Hasnah said...

Lohhhh biarkan aja org nk ckp apa kita letak gmbr resit ke x cuna. Boo layan jer. Wahhh dh siap shoppong raya. Sama la kita hehe ;) tp rasa mcm xpuas haha nak shopping lg jer rasanya hahahaha melampau~

cuna said...

asna: tu la asna. kalo blh nk buat tak tau je. tp kdg2 org jns ni merbahaya sket sbb dh pnh terkena. siap report dkt org lain n putar belitkan cerita. mmg xsangka ada org yg mcm tu smpai la terjumpa sendiri T_T

kan?mmg xpuas lg shopping ni.nama je dh shopping raya. kang time2 puasa tgk org meriah shopping maunya terjoin skali...hahaha