29/06/2013 - Sat
Akhirnya berjaya jugak tengok Man of Steel hari tu. Ingat tak sempat dah sebab asik tangguh2 je. Nak tengok cerita ni kena la tinggalkan Irfan. Tu yang macam susah sikit. Kena tunggu masa yang sesuai dulu. Memang tak rugi la pegi tengok. Memang super duper best. Hero pun hensem walaupun tak femes. Bapak Superman lagi femes. Kevin Costner n Russell Crowe ;)
Memang full of actions cerita ni. I loike! Memang cerita dari Superman tu lahir, sampai la macam mana dia sampai ke bumi n macam mana dia tahu siapa dia yang sebenar, lawan dengan orang dari planet dia sendiri n last2 jadi reporter dekat Daily Planet tu. Memang menarik jalan cerita dia walaupun dah pernah tengok yang dulu2 punya. Lagipun Superman kali ni dah tak pakai spender dekat luar dah. So macho :D
Petangnya kami ke Shah Alam. Beria pujuk Papa Irfan datang butik Qaira Hijab yang baru bukak dekat Seksyen 9. Nasib baik berjaya sebab lepas tu boleh balik kampung terus kan ;) Sampai2 memang agak ramai orang dalam tu. Dalam gambar ni ambik time nak balik. So dah tak ramai. Masuk2 terus nampak owner Qaira Hijab. Plan nak ambik gambar dengan dia before balik. Lagipun mata dah berpinar tengok tudung yang meriah dekat situ.
Irfan la orang yang paling seronok sekali. Tempat tu luas, so seronok la dia lari sana sini. Ajak duduk sekejap pun tak nak. Actually aku tak plan pun nak beli apa2 dekat sini. Saje nak cuci mata. Lagipun dulu time rancak pakai tudung ekspres memang selalu beli tudung online Qaira Hijab ni. Memang banyak beli dari situ je. Nak pegi butik pun jauh sebab butik yang lagi satu dekat Teluk Intan. Masa tu dorang tak jual shawl lagi. Yang ada pun hafmoon beads.
Rupa2nya dorang ada buat makan2 sekali. Kitorang pulak baru balik dari makan. So agak rugi la di situ sebab memang dah kenyang dah...huhu...Makanan pun dah nak abis sebab kitorang sampai pun dah pukul 6 petang.
Memang macam2 jenis tudung ada. Shawl printed, plain, halfmoon, syria, tudung ekspres semua ada. Sekarang aku dah stop beli tudung ekspres. Kalau nak pakai pun pakai yang sedia ada je. Tak berniat nak tambah collection dah.
Butik ni pun besar. Memang rambang mata la tengok tudung yang cantik2 dekat sini. Sebab hari tu 1st day opening so mostly ada sale. Banyak yang 20% sale. Excited je tengok sebab setakat yang aku beli online memang semua normal price je.
Dah dekat kaunter cashier. Mesti la ada hasil. Siap dapat membership card free. Tapi terlepas dapat free gift. 1st 100 customers je yang dapat free gift. Aku dah orang yang ke 111 T_T Just wondering apa la agaknya free gift yang dorang dapat tu kan.
Hasil rembatan. 1 inner, 1 plain shawl n 2 halfmoon beads. Inner tu kena beli jugak sebab ada shawl yang kalau pakai jenis melekap dekat dahi. Aku tak minat sangat halfmoon beads sebenarnya. Rasa macam meriah semacam bila ada bunga2 atas kepala. Tapi entah kenapa macam minat pulak design macam tu...heheh...Sekali rembat sampai 2. Plain shawl tu pun ingat nak ambik lagi 2 helai. Lama jugak pikir n then pejam mata je la letak balik....hahaha...Kopak jugak wallet kalau semua pun nak beli kan.
Dah bayar tu dorang siap bagi sebungkus nasi ayam tapau bawak balik. Yang tak bestnya time tu owner dia dah balik. Tak merasa la aku nak bergambar dengan Ainil Hawa yang cuns melecuns tu kan...huhu...Tapi tetap puas hati sebab dapat pegang telek belek semua tudung2 dekat situ. Kalau dekat dengan rumah confirm tiap2 minggu kot aku datang lawat butik ni ;)
No comments:
Post a Comment