Next, kami menyinggah ke Deer Land. Tak jauh sangat dari Kuala Gandah. Time kami sampai dah around 4 lebih. Tutup pukul 5. Gigih jugak redah since my 2 bros pun dah jalan2 dalam tu ngan anak bini dorang. Rasa cam cool je dapat masuk tempat2 gini since aku dah lama tak pegi holiday. More than 2 years dah kot. Hohoho
Jalan je sket dah sampai tempat rusa. Sume rusa from Indon. Aku pose dari luar je la since sume orang pun dok luar. Bagi makan rusa2 tu pun dari celah2 pagar je.
Myo yang dah start nak bermanja2 ngan sekor rusa ni. Rusa tu pun layan kan je la dah ada orang nak menagih kasih sayang dia. Hikhikhik
Time kitorang sibuk2 amik gambar kat luar tu...orang dalam yang jaga rusa2 tu dok pekik2 bagitau soh masuk dalam bagi rusa2 tu makan. Aku dah uu aa uu aaa. Perlu ke masuk?? Huhuhu. Since Myo dah masuk aku pun follow je la. Boleh la tolong amik kan gambar. Kat pic bawah Myo dekat pondok tu pegi amik makanan rusa.
Orang kat belakang tu baru je lepas bagi makan kat rusa2 tu kot but dah benti. So time ni Myo satu2 nya 'jejaka' yang menarik perhatian rusa2 sekalian. Hahaha...Aku dah tak boleh teruskan cite. Belum cite dah rasa nak gelak guling2. Nanti la aku buat entry khas for Myo and rusa2 nya :D
Rusa Taiwan....
Rusa Malaysia...
Ayam mata biru....ehh balung kan nama dia? Lawa kay coz ada biru kat situ :P Time ni Myo g basuh tangan sebab dah penuh ngan air liur rusa...
Tangan tak sempat nak kering dah pegi singgah tempat ular. Ekceli kitorang tak lalu pun depan ni. Tak pasan pun ada ular kat situ but orang bawah pondok tu dok jerit panggil kitorang soh singgah. Aku pun tak paham buat apa nak singgah. Sampai2 je OMG! Ada ular rupanya.
Aku awal2 memang surrender nak berposing ngan ular. Tidak setidak-tidaknya. Aku offer nak amik kan gambar Myo je. Pastu kitorang blah. Tak sampai bape langkah aku cakap kat Myo patut time dia pegang ular aku dok sebelah dia amik gambar sekali. Sebelah je pun. So before rasa nyesal kitorang patah balik.
Ok fine. Tu yang aku cakap kat Myo. Sekali orang yang jaga tu sangkut ular tu kat Myo pastu zasssss tarik ekor dia kat aku. Huwaaaaaa apekah??? Ni tak tau orang tu salah paham maksud aku or sesaja je nak buat aku menggeletis kat situ. Aku nak dok sebelah Myo je la sambil dia pegang ular tu.
Tengok la muka aku yang tengah menahan kegelian tu. Time tu abang aku yang tolong amik kan gamba. Boleh plak tetiba kepala ular tu tak masuk gambar. Haihhhh....
Abang aku main klik je. Sket punya lama aku tunggu ngan ekor ular yang rasa dok bergoyang2 tepi aku. Oh tidakkkkk.....sangat kegelian. Aku memang tak penah buat keje ni. Huhuhu. Time tulis post ni pun still terasa kegelian tu....Hover kan. Hahahaha
Dah bape kali klik aku still ngan pose yang sama. Keras kat situ. Dah tak pandang kiri kanan. Lantak la kot ular tu kepala terkeluar kamera ke, tak pandang kamera ke. Yang penting abis je amik gambar aku nak lari laju-laju.
And yesss memang time mamat tu angkat je ekor ular atas aku, terus aku lari macam la ular tu nak kejar aku. Kekeke. Geli geli mat mat.....Ni baru ular yang kecik. Kalau yang besar tu tak tau la camne. Aku tengok dari jauh je la kot :P
Memerang kot? Aku dah tak berapa nak kenal dah. Huhuhu
Guinea pig....Boleh anak sedara aku tanya....Ummi, ni anak babi ke? Hohoho
Chipmunk....
Next Mr Bebear :) Garang hokey bear ni. Eksyen betul orang nak amik gamba ngan dia. Nak pandang camera memang jangan harap la kan. Orang yang jaga tu dok sogok bagi makan kacang ngan minum air laici. Laici tin hokay. Giler bear bandar :))
Aku memang awal2 dah cakap tak nak masuk amik gamba sama. Amik kan gambar no hal. Bila Myo masuk laju je budak2 ni follow. Sume nak ikut pak cik Myo dorang. Pak cik fevret la kate kan :P
Ok last2 aku pun jeles nak amik gambar jugak ngan bear yang bz tu. Abang aku jadi mangsa lagi kena amikkan gambar. Ni best jalan ramai2. Ada orang tolong amikkan gambar. Kalau time honeymoon aku amik gambar Myo, Myo amik gambar aku. Huhuhu...
Myo cakap bulu bear tu cam carpet. Aku emm tak yah la kot try pegang. Tapi memang nampak bulu bear tu cam best.
And last sekali penutup kat Deer Land adalah 2 ekor monyet yang suram muram mengenangkan nasib. Hehehe. Bosan kot monyet ni. Kalau hepi sure dah sengih2 :P
Dah kua baru la reti nak amik gambar kat entrance. Sempat hokay kitorang habis tawaf before dorang tutup. Sila abaikan muka aku yang sememeh tu. Dah tak kuasa nak touch up2.
Overall memang enjoy la dapat jalan2 even main terjah je. Serius dah lama tak jalan2 relax2 camni. Dah bertahun2 lama nya. Paling terer pun jalan2 shopping ;P
Before gerak balik abang n family nak singgah makan. Aku of coz la nak makan lagi. Mi goreng kat Kuala Gandah tu dah ilang efek nya :D Kitorang order ABC ngan laksa penang.
Laksa penang dia memang meletoppp. I loike! Pekat likat kuah dia. Dah lama tak jumpa laksa sedap camtu. Sampai sekarang dok terbayang2. If nak datang situ lagi semata2 nak makan laksa tu memang hover lagi sekali la kan....
Balik tu memang masing2 bau macam2. Bau rusa, bau ular, bear, gajah, ular abis sume la combine2. Hahaha aku tipu Mana de bau. Bau peluh ada laaa...:D Ok pasni nak sambung cite kisah Myo dan rusa2 nya. Cam bedtime stories dah. Dah habis cite tu baru la mula bergiat meng'upload' gambar n men'update' cite kawen secara bundle :P