nuffnang

Tuesday, June 22, 2010

Syadi's Wedding

19/06/2010

Sabtu pagi hari tu dah berkejar-kejaran pegi balik kampung kat Temerloh, Pahang. Cousin aku, Syadi kawen. Kenduri belah perempuan kat Kelantan tak pegi pun. Tak larat wooo. Seminggu pas kenduri aku pulak tu. Ohhh ye....aku hold la dulu cite kawen aku okay. Next week la kot bukak cite tu. Well by the time kitorang sampai je dah pukul 11. Orang tengah masak2. Aku cam biasa lepak2 je :D

Door gifts...Isi dalam paper bag tu lebih kurang macam kenduri belah aku je. Kata dah kenduri selang seminggu. Shopping pun sama. Maka lebih kurang je la. Idea n barang2 pusing2 camtu jugak.


Meja makan beradab. Theme purple putih. Ni tak tau la tiru aku or memang kebetulan. Hohoho. Before pengantin sampai kitorang dah makan siap-siap. Kenyang perut senang hati...

Akhirnya pengantin sampai. Pakai baju pink. Mati2 aku ingat pakai baju purple.

Pengantin senyum gumbira. Huhhh penat la jadi pengantin. Aku senyum sampai cramp muka. Kakaka. Lenguh tau senyum lama2. Tapi memang saat tu paling tak boleh dilupakan :)

Pengantin dah start lapar. Masing2 dah jeling2 ayam goreng kat depan tu. But seriously ayam goreng dia super duper sedapppp. Kalah ayam kfc. Ayam time kenduri aku tak tau la kalah ke tak coz aku pun tak sempat nak rasa :P

Agak2 nak makan ada orang calling2 plak. Aku hari tu relax je tinggal hp kat bilik....lalalala. Bagus betul sume orang. Tak de sesat2 :)

Kitorang yang sibuk jugak nak bergambar kat pintu gerbang. Kat pintu gerbang sendiri lupa nak amik so tumpang la orang punya. Ni muka latest aku lepas kawen. Amacam? Ada rupa bini orang tak? Kalau tak de rupa pun memang dah jadi bini orang dah pun :))


Bergambar ngan pengantin. Amik berkat. Huhuhu tetiba. Kitorang je yang sibuk2 nak bergambar. Family lain tak de pun. Cam hover plak aku ni.

Habis je kenduri pegi melawat tempat bersejarah ngan abang aku. Tempat aku lahir. Lahir je. Tak sempat sekolah sini pun. Abang n kakak yang lain sempat la kot blaja sini. 2 or 3 bulan aku lahir dah pindah. Nama je orang Pahang tapi nak cakap loghat Pahang pun tak reti :P

Tapi sampai2 aku tak tau umah nombor bape plak. Abang aku pun boleh lupa ni kan aku yang dok sini time baby kan. Aku lahir kat umah tau. Hebat tak hebat la. Huhuhu. Then lepas tu ingat nak singgah 'Mergastua' cam taman burung kat belakang tu but sume sangkar dah kosong. Ntah pindah mana pun i dunno. Dah berzaman ku tinggalkan tempat bersejarah ni. Saje nak tunjuk kat Myo.

Lepas rayau2 kat situ kitorang tak terus balik. Singgah menyinggah lagi. Jalan2 ngan family my big bros. Next entry cite kitorang kat Kuala Gandah...

p/s: This weekend ada cousin kawen lagi kat Pahang. Sume nak berebut2 ngan aku tau nak kawen jugak. Nak tiru la tu. Hahahaha.

6 comments:

The Me said...

gi Kuala Gandah berbaju kurung ke? takkan layan gajah ngan baju kurung kot kan

Nurul Husna said...

mmg dah ade rupa bini org dah. hikhikhik

dEe said...

mata nmpk sembab. tak cukup tido ke?

cuna said...

The Me: Hahaha...akak ni cam tau2 je kan. Ntah2 gajah pun lari. Ada la backup plan :P

Nurul: Huhuhu. Ade ek?

Dee: Alaaa dee...nape ko pasan nih? very the tajam mate ko. aah tak cukup tido. Sibuk hulu hilir ngangkut brg kemas umah. Agak tak terurus sket lately :P

dEe said...

aku tak penah tgk gmba ko bermata sembab. sbb tu aku prasan. mana g concealer ko? ecewah, pepandai je aku. haha.

cuna said...

Ada kot just tak berapa clear. Aku memang tak penah pakai concealer la dee. huhuhu. tapi mmg sekarang dah jarang basuh muka or pakai cream pape. bz yg melampau.