1) Bunga telur --> done!
Bunga telur ni buat sendiri special for rombongan belah laki as one of the door gift. Bunga telur untuk bunga pahar beli saje. Tak larat la nak buat sendiri. Untuk rombongan boleh la buat 50. Kalau seribu nak buat sendiri confirm tergolek2. Ni pun start buat since bulan 12 last year. Buat sikit2. Aku tak cukup tabah la nak buat direct sekaligus. Mulakan ngan rangka dulu. Bentukkan dawai jadi kelopak bunga. Ada la sume2 dalam 400 lebih aku buat. Pedih2 jugak la jari jemariku.
Dah bentukkan dawai baru la celup2 dalam pewarna biru yang macam gam. Actuall ni nak buat bunga dip. So dah celup tu cucuk2 atas polisterin nak bagi kering. Aku ni dah macam nak ajar cara2 nak buat plak. Hahaha bantai je la....
Hasil pas dah kering. Ni baru sket. Yang banyak2 tak sempat nak snap dah. Fenattt
Pastu susun2 manik kat dawai for selitkan celah2 kelopak bunga tu. Cucuk2 cam satay je :P
And hasilnya......Cantik tak? Kalau tak cantik pun korang tak yah risau. Bukan korang dapat pun. Hahahaha. Kalau cantik pun same jugak tak dapat :P Keji je kan. Bukan tak nak bagi tapi jenuh la nak buat banyak2. If beli kat kedai kos satu tu dalam RM9 gitu. Buat sendiri ada la kurang sikit.
Penat wooo buat tapi puas hati sebab buat sendiri. Aku buat yang kecik2 je. Cantum2 pass kat mak cik aku. Tangan tak cukup expert plus tak cukup masa nak buat. Ni kalau orang buang depan mata aku memang aku nanges guling2 kat situ jugak. Huhuhu over tak? Orang maybe tak nampak penat lelah nak buat tu. Orang yang tau maybe akan lebih menghargainya. Ececece. Whatever la kan. Orang nak buang belakang aku pun aku tak boleh nak buat apa jugak.
15) rumah --> done!
Baru tengah bulan lepas start cari. Susah jugak nak cari umah. Tu pun jumpa lepas round ntah bape tempat. Cari kat internet pun tak jumpa. Dah basuh and baru masuk barang 1st trip. Nanti lepas wedding baru la mengangkut ngan lori. Saje tak cari umah awal sangat. Kang tak pasal2 bayar sewa tapi barang je yang dok situ. Kalau orang banyak duit bole la buat kan pindah awal2. Dari bayar sewa sesaje baik aku pakai beli barang2 keperluan lain. Besides, before that I've faced a very2 hard time that no one can ever imagine...
16) catering for nikah and wedding--> done!
17) barang hantaran --> done!
Hantaran 7 dulang berbalas 9. Tak banyak pun. Yang penting dalam hantaran aku tu tak de mekap, skincare or perfumes. Gubah2 hantaran banyak makcik aku yang buat. Aku jadi assistant je tolong2 mana yang patut. Kiranya time dia gubah memang aku ada sekali. Tak de la bagi bulat2 pastu tau2 je dah siap. Detail pasal hantaran nanti lepas wedding la aku update kot. Tak syok la cite awal2 :P Pic kat bawah ni snap kat kedai je amik inspirasi. Buat sendiri tak de nye nak jadi camtu. Huhuhu
18) kek --> done!
19) hiasan bilik tidur --> 90% done
20) borang nikah --> done!
22) Scallop tangga --> not done
Tak siap lagi ok. Nak upah orang buat dia nak caj RM200. Tak sangguppp. So pilih buat sendiri. Try siapkan hari ni.
Introducing my bridesmaid, Nurul :) Seb baik sempat booking Nurul. Bridesmaid terhangat di pasaran ni. Hihihi. Nurul ni merangkap teman se'pejabat', teman se'gosip', teman se'lunch', teman se'shopping' n etc :D
24) Flower girls
Ni idea last minute. Saje nak bagi budak2 ni involve. Baru la dorang seronok kan. Ohhhh comelnya ada flower girls. Hopefully mood masing2 ok hari tu nanti :P Baju2 ni fully sponsored by my sis in law.
Ni flower girls punya bakul. Nanti letak la bunga-bungaan dalam bakul tu. Ohhh cute2. Tetiba rasa nak jadi flower girl. Nak cute jugakkkk!
Dah girls pakai baju cantik2 kesian la plak kat boys kan. So buat la ala2 tengkolok ni bagi sorang satu pakai. Again saje suka2. Yang pegang bunga manggar nanti will be the twins. Anak abang aku yang photographer tu. Actually nak buat silat but yang kecik2 susah nak pickup. So not sure yet.
That's all je la kot yang aku nak update pasal wed prep. So this will be my last entry before my status change from single to married. Wuwuwu. Betul ke ni??Sampai sekarang still tak pecaye. Debaran kian terasa. Esok dah tiba masanya. Cik nervous sila pegi main jauh2. Syuh syuh syuh. Cuna, sila maintain cool. Hohoho. Korang doakan tau :)
4 comments:
huwaaa! esok ye??? cpt nye rasa. dup dap dup dap. nurul dtg menempek esok k :D
tak sabar nak tengok kegemilangan majlis ni :)
Nurul: Aah. Tak tau nape rasa cepat sangat. Dulu rase lame. Ni kalau boleh nak mase jalan slow2. Dup dap dup dap makin laju nih. I'll b waiting 4 u :)
The Me: Gemilang ke? huhuhu. Hopefully semua bjalan seperti yg dirancang. Amin...
yayy!
cuna kawin!
i datang k. dun worry.confirm datang :)
besok, jgn suspen pulak time nikah. bagi je si mior tu suspen sowang2..haha
so, i doakan besok dan kenduri nnt berjalan dgn lancar...aminnn...
congrats again dear :D
Post a Comment