nuffnang

Monday, November 12, 2012

10.11.12 - Aku Terima Nikah...

10/11/2012 - Sat

10.11.12...Cantik kan tarikh tu. Alhamdulillah...Selamat sudahhh. Adikku dah sah jadi suami orang. Lepas Asar rombongan kami bertolak dari rumah. Dekat je rumah pengantin. Tak sampai 10 minit boleh sampai. 7 buah kereta kot sekali pegi. 

  
Hantaran pihak lelaki kepada pihak perempuan...9 dulang. Upah je orang buatkan senang. Cantik pun cantik. Time aku kawen buat sendiri aje. Hari2 ngadap hantaran...hoho...Tu pun mak cik yang tolong buatkan. Aku tolong2 mana yang patut je ;)




Sampai rumah pengantin dah pukul 5 lebih. Hujan renyai2 time tu. Turun kereta sibuk nak bawak keluar dulang hantaran satu2. Elok je dah susun semua memasing pegang sorang satu dulang tetiba hujan lebat. Terus jalan laju2. Konon2 memasing nak ayu2 la kan jalan slow2. Kata rombongan pengantin. Sekali lintang pukang memasing jalan. Dah tak ada nak beratur ke hape...hahaha...Memang lawak time tu. 


Sepanjang akad nikah tu kat luar memang hujan lebat je. Hujan rahmat. Lagipun sekarang memang musim hujan kan. Mintak2 weekend ni kenduri belah kitorang tak hujan la...Aminnn...Ni pemandangan dari tempat duduk aku. Duduk betul2 belakang pengantin. So memang interframe jugak la. Nanti tengok gambar background semua ada muka aku...hahaha...So memang tersengih je la kat situ. Kang tak cantik pulak dalam gambar kan...ahaks!


Memang agak saspens jugak la time nak tunggu adik aku akad nikah tu. Dia yang nak menikah tak tau la nape aku yang berdebar lebih2...huhu...Dulu time nikah sendiri tak ada pulak rasa gitu kan. Hover tau! Tapi serius rasa sebak ok. Nasib tak leleh ayaq mata ni T_T

  
  

Alhamdulillah...selamat sudah. Adikku sudah sah menjadi suami kepada wanita pilihan hatinya, Adina Najwa. Semoga ikatan ini kekal ke akhir hayat...Aminnn...



Sesi sarung2 cincin pulak...Haihhh...Serius teringat time aku kawen dulu...Nak kawen lagi sekali rasanya. Memang sangat indah perasaan masa tu. Kalau boleh nak ulang banyak2 kali ;)


 Rasa cam tak percaya adikku dah jadi suami orang. Dulu time kecik2 memang geng gaduh nih. Satu2nya adik yang aku ada =)


 Gambar kami sekeluarga dengan pengantin. Memang mostly pandang photographer pengantin la kan.


Actually dah plan tema malam tu kuning sebab hantaran kaler gold kuning gitu. Tapi last2 memasing dah caca  marba...huhu...


Irfan dok luar aje sepanjang akad nikah tu. Baru letak dia atas riba tak sampai beberapa minit dia dah pegi jerit dalam tu. Terus rasa panas je muka ni T_T

 

Habis bergambar pegi makan. Aku kat tepi tu terpaksa jadi mak guard sebab tempat kat meja VIP tu dah full. Punya la khusyuk tengok pengantin sampai tak sedar semua orang dah sedap makan kat luar...hahaha...Last2 cedok sendiri je kat meja buffet. 


Meja makan beradab. Time pengantin makan dah sibuk melayan Irfan. Habis makan dah dekat pukul 7. Memasing balik cepat2 sebab lepas Maghrib nak datang balik untuk kenduri kawen nya. Dorang buat terus malam. So tetamu belah perempuan memang dah start datang dari time tengah nikah sampai la malam tu.


Next entry sambung cerita kenduri di sebelah malam =)

2 comments:

crystalmerah said...

Salam husna, blog hopping skali sampai sini. Ngeehe.
-Erin, ex SMAPL ;D -

cuna said...

erin: wsalam...hai erin! long time no c...hehe...jgn malu2 singgah sini lg ;)kat blog pn blh tjumpa kn :P