nuffnang

Wednesday, November 21, 2012

Wedding Preparation

17/11/2012 - Sat

Selesai sudah majlis perkahwinan adik aku Ahad hari tu. Alhamdulillah semua ok je. Yang tak ok pun tak banyak. Boleh buat2 tak nampak...huhu...Gambar je banyak ni. Update pasal preparation dulu la a day before the wedding. 


Patut sampai dewan pukul 8 malam. Tapi kitorang berdua pukul 9 lebih baru sampai. Pegi cari marker pen punya pasal. Time nak cari tu la kemain susah nak jumpa kan. Sampai2 tengok dorang dah start packing door gift. Actually semua dah siap packing before datang dewan. Just nak masukkan satu2 dalam paper bag je.


Ni la untungnya adik beradik ramai. Buat sorang sket supsapsupsap dah siap. Budak2 yang dah besar sikit pun tolong sekali. So memang pantas dan tuntas la. Tapi lepas tu aku buat QC balik jenuh jugak la nak betul2kan T_T



Irfan buat kerja sendiri. Dok nyelit2 celah orang. Nasib la kan. Mama dia nak buat kerja. Pepandai la jaga diri ye.



Orang lain masukkan muffin dalam paper bag tapi Irfan pegi masuk dalam mulut...haihhh laaa...Nasib baik la memang habis kenduri tu memang ada banyak giler lebih door gift nya. So tak ada la aku rasa bersalah sangat kan =)


Pemandangan sekitar dewan.




View dari atas pun ada...hehe...Ni main cilok je dari FB ayah aku. Dia yang rajin amik gambar. 


Kat rumah 2 orang abang aku siapkan banner nak letak tepi jalan. Tulis tangan je la kan. Nasib tulisan cantik. Orang seni la katakan. Cakap je nak font apa terus settle. Apsal entah dulu time aku kawen abang aku ni tak tolong tuliskan pun tak tau. Musykil betul.


Ada jugak sedara mara datang tolong. Memang meriah la. Biasa kenduri sebelum2 ni memang kitorang adik beradik je yang buat kerja.



Staff caterer pun datang malam tu setting apa yang patut.




Pelamin pun dorang datang pasang malam tu jugak. 


Tadaaaa...Sudah siap. Susun kejap je. Kerahkan tenaga budak2 je tolong angkat pegi meja. Tak menang tangan pulak nak menyusun lepas tu.


Dapat la susun penuh 2 meja. Tu pun dah siap berlayer2.


Tak muat lagi moh kita sumbat bawah meja. Penuh jugak bawah 2 buah meja tu :P


Ni 1st time kenduri kawen family kitorang buat kat dewan. Adik beradik lain termasuk aku buat kat rumah aje. Ada pro n con jugak la sebenarnya. Tapi aku cam lagi suka buat kat dewan je. Kalau kat rumah 2 or 3 hari before tu dah siap2. Ni kat dewan malam tu buat semua sekali settle malam tu jugak. Habis cerita. Rumah pun tak semak. Kalau semak pun tak pe sebab tak orang pun nak datang :D


Habis bab door gift baru la buat meeting. Discuss pasal tentatif esoknya. Memasing dah ada tugas masing2. So nak kena tau jugak la perjalanan majlis.




Habis meeting buat rehearsal pulak. Don't play2 ok. Siap buat rehearsal lagi. Dah 7 orang adik beradik kawen lansung tak pernah nak rehearsal pape. Semua main redah aje. Kali ni special punya. Maybe sebab kat dewan kot. So nak nampak proper sket. Lagipun ni kenduri kawen yang last. Memasing pun excited termasuk la aku ;)


Flower girls...


Boys pun terlibat jugak walaupun memasing cam bosan je. Dok pikir nak main je tu. Biasala dah kumpul ramai2 camtu.


Budak kecik ni lagi la seronok lari sana sini. Risau jugak kot2 terjatuh ke apa. Tengah2 buat kerja jap2 kang cari dia pegi mana. Asal tak nampak je terus bangun pegi cari. Risau betul kot hilang kat mana2 kan. Haru je nanti.


Ini la untungnya orang buat kenduri at least ada gap seminggu. Sempat la nak posing2 lepas tu letak kat banner. Time aku dulu straight 3 hari berturut2 nikah, belah perempuan n belah laki. Memang nakbuatapapuntakbole T_T


Budak kecik yang dah mengantuk.


Irfan tengah merajuk kitorang tak bagi dia main kat kerusi pengantin ni. Dia boleh nak main terjun2 dari atas tu pulak. Ni pun beberapa minit sebelum tragedi malam tu...huhu...


Ini la tragedinya. Benjol besar kat dahi tu ha. Kesian sangat tengok Irfan time ni. Ni baru lepas tuapkan ais. Memang mengamuk la dia. Mesti sakit punya. Al kisahnya aku tetiba sakit perut. So nak duduk la kejap. Pass kat papa dia tolong tengokkan. Lepas tu atok dia amik dukung. Time atok dia sibuk2 borak Irfan pegi lari kat kerusi pengantin tu. Dah berdiri atas tu dia terus nak pegi capai ada stand fan kat tepi tu. Apa lagi terus la jatuh tergolek ke bawah. Seriau je tengok time tu. Time Irfan nak naik kerusi aku dah lari dah. Sementara nak sampai elok2 je dia jatuh...huhu...Terasa sangat bersalah. Well, kalau tak salah pun at the end memang orang akan salahkan aku jugak T_T


Sebab dah berlaku tragedi terus laju2 balik rumah. Lepas tu tak tau la apa jadi kat dewan tu. Memang sangat lasak Irfan sekarang ni. Memang nak kena ngadap dia je 24 jam. Seminit pun tak kan dok diam. Ada je mende dia nak buat...huhu...


Next entry...Cerita kenduri. Entah sempat update ke tak minggu ni aku pun tak tau. Team lead siap nak amik cuti sebulan. Dah nak hujung tahun baru gelabah nak habiskan cuti. Lepas tu longgok kerja kat aku yang awal2 dah clearkan cuti ni. Dah la sekarang time projek tengah genting. Memang stress nak ngadap kerja. Tak tido malam dibuatnya. Nasib baik ada blog. Boleh jugak kurangkan stress bebel kat sini ;)

2 comments:

Dnazz said...

Alahai..kesiannya irfan bengkak besar tu dahi dia..
rifqi pon ada jugak jatuh kusi 2-3 hari lepas, xbengkak sangat tapi calar la sikit dahi dia..betul, diorg tgh melasak sekarang..alrang pon xnak dengar..huhu

cuna said...

Dnazz: tu la kan. nk tgk pn xsggp rasanya. kesian sgt. kerusi tu cm tinggi sgt. tu yg besar benjolnya. irfan lg dilarang lg dia nk buat kot T_T