nuffnang

Wednesday, November 7, 2012

Sabar Je Laa!

14/10/2012 - Sun

Ada satu weekend tu kitorang plan nak ke Putrajaya. Satu weekend ye sebab dah lama tapi tetiba terasa nak update kat blog...hehe...Time tu plan nak ke Alamanda sebab nak pegi pakai voucher Parkson yang dapat hari tu. Elok hari tu expired voucher nya. Nak jugak ke Parkson situ sebab Parkson lain sume tak best.

Alang2 dah ke Putrajaya kitorang singgah makan dulu dekat Restoran Saba ni. Dah lama Papa Irfan cakap nak bawak tapi tak sampai2 jugak. Aku pernah makan yang dekat Setiawangsa punya je. So saje la nak try kat sini pulak. Memang besar restoran kat sini. Orang pun meriah kemain. Nak cari tempat duduk pun agak bercinta. Padahal dah pukul 3 lebih time tu.


Budak kecik yang tak nak dok diam. Tapi time ni kira ok lagi sebab still nak duduk dalam baby chair tu sampai kitorang habis makan. Kalau  tak baru letak berapa minit dah menggelupur nak keluar. Kalau boleh dia nak jalan2 round sesuka hati dia T_T


Lambat snap dari peace dah tukar jadi penumbuk...huhu...


Makanan yang kitorang order hari tu. Haruslah order main menu. Tu pun mandy chicken dah habis. Terpaksala tukar dengan roasted chicken. Tapi still terbaekkk! Kitorang share je 1 pinggan 2 orang.


Sebabnya order chicken kebab ni jugak.


Order fries semangkuk untuk Irfan. Tak tau pulak set kebab tu ada fries sekali. So lepas tu makan la fries yang banyak tu sampai lebam T_T


Dah makan terus ke Putrajaya. Shopping timeee! Tapi tak ada la banyak mana pun shoppingnya. Just agak2 murah lepas dah pakai voucher sudaaa...


New blouse from Whitesoot. Dah lama beli tapi baru nak pakai. Tu pun Papa Irfan cakap macam alas coffee table. Tak pun alas dulang hantaran...huhu...Tapi aku tetap suka. Memang banyak baju best kat Whitesoot. Kadang rambang mata je tengok. Tapi dah kena stop la sekarang. Asik nak beli baju je kan.

Belakang tu tengah ada audition Bintang Kecil. So time orang tengah ramai kerumun kat situ laju2 la amik gambar. Tak ada la orang perasan sangat kan :P Sabar je la korang tengok mak orang posing ye ;)


Tetiba sesat gambar raya haji hari tu bulih? Tak rasa pun nak update sebab memang yang ni je la gambarnya. Satu muka berkilat2 akibat flash n satu lagi gambar blur pulak. Time ni Irfan tengah sibuk main kat bawah ngan cousin dia.


Ye. Raya Haji beraya side aku lagi. Last minute baru tau family mertua balik Johor. Kitorang pulak memang tak apply cuti. Raya kat rumah family aku pun tak meriah mana sebab ramai adik beradik beraya rumah mertua dulu. Ye la kan dah raya puasa hari tu semua balik sini. So next year ngadap la balik rumah mertua dua2 raya kan...huhu...SJL...


Irfan yang susah benar nak soh pandang kamera. Sampai herot2 muka ha.


Irfan je la yang pakai baju baru raya hari tu. Tu pun baju yang dah berzaman aku belikan tapi baru nak pakai...hehe...Kitorang recycle baju last year je la since dah berabis duit tempah baju baru untuk kenduri kawen adik aku nanti.



Esok dah start cuti. Sabtu ni adik aku dah nak nikah oi! Malamnya terus ada kenduri belah perempuan. Rasa macam tak percaya ok. Dalam masa yang sama excited jugak. Adik aku pun Jumaat baru start cuti. Aku ni macam dah mengalahkan orang nak menikah cuti lagi awal kannn. Insya-Allah ni kenduri kawen last dalam family. Complete adik beradik semua dah kawen lepas ni. Next week kenduri belah kitorang pulak. Huhhh nevesnya i! SJL ;)

5 comments:

Hasnah said...

xlama lg irfan nk masuk 2 tahun dah kan?. kejap jer masa. pssttt kurussssss ar cunaa! =D jelez >_<"

cuna said...

asna: aah. lg 4 bln je asna. mmg rasa kejap sgt. alahhh asna pn ok apa. selim melim je tgk ;)

Dnazz Mary Kay said...

cuna jom gi event avene beauty workshop. kindly email iza at dnazzaeiza@gmail.com for further info ya.

Shu @ Mrs. Hamid said...

cantik dress yang cuna pakai :)

cuna said...

Shu: tqvm shu! ada jgk rupanya org yg sama taste. meor tak suka tau dress tu. disamakan ngan alas coffee table aje...sob3x =(