Lama ni peram entry ni. Ada 2 minggu dah kot. Update sikit2 baru ni nak habis...hehe...Publish la jugak. Kesian pulak tengok entry ni dok lama2 dalam draft aje :D Melampau sampai sebulan pun tak habis2 update cerita USS kannn T_T Akhirnya lepas dah dodoi2 Irfan pun tido. Sangat mencabar nak tidokan dia sebab dia jenis yang suka tahan ngantuk especially kalau tengah jalan2 kat luar. Tapi tak sampai beberapa saat lepas Irfan tido tu tetiba....
Character Sesame Streets ni pulak keluar. Memula tu ok lagi. Lepas tu dia dah start joget2 then kua character2 lain lagi terus aku cakap kat Papa Irfan. Kita kejut la budak kecik ni. Nak soh dia tengok jugak...hahaha...Kejam tak korang rasa? :P
So dengan Irfan yang tengah mamai2 tu bawak jugak tengok show tu. Nasib Irfan pun ok. Dia dok diam je tengok mende2 tu joget.
The best part is sampai ke hari ni kalau tunjuk gambar or brochure yang ada gambar character Sesame Streets ni Irfan kemain excited lagi. Maknanya dia ingat la tu kan ;) Padahal sebelum ni kitorang tak penah pun pasang kat mana2 either kat TV or CD.
Irfan tengok ngan papa dia je. Aku stay je kat kerusi tu tengok dari jauh sebab kena jaga bag. Kelam kabut nak bawak Irfan tengok show tu papa dia tinggalkan aje beg dia. Aku pulak malas nak angkut. Even tengok dari jauh pun still boleh nampak and dengar muzik dia. Memang sangat enjoyable lah. Terasa macam kembali ke zaman kanak2 pulak walaupun time aku kecik lansung tak pernah tengok Sesame Streets. Tengok Power Rangers je :D
Abis je show tu kitorang try nak tido kan Irfan balik. Tapi kali ni misi tak berjaya. Ha dah gatal sangat kan pegi kejutkan dia. Terus dia jadi segar bugar balik. So kitorang teruskan je la jalan2 lagi. Singgah kat Lights Camera Action! ni.
Staf situ nampak kitorang bawak budak kecik so dia tunjuk masuk lane lain. Kalau beratur lane sebelah nanti dok row yang paling depan sekali. So memang ada harapan la kena percik air...huhu...Irfan dah start ngantuk time ni.
Kat dalam ni boleh amik gambar tapi tak boleh pakai flash. So, ini lah hasilnya ye T_T
Sangat best sebabnya dapat tengok stages of hurricane in films making. Memang semua setting je. Background pun gambar je. Tapi serius nampak macam real. Ada la air splash, rasa panas bila terbakar tu, angin2 tiup semua la real. Sangat kagum!
Irfan behave je sampai la nak hujung2 tu tetiba kapal besar ni keluar dia macam terkejut. Lepas tu platform tu macam ada bergegar sket. Nak tunjuk cam gempa bumi la kononnya kan. Tapi ok je bawak budak kecik dalam ni as long as tak duduk platform yang depan sekali sudah.
Keluar je dari Lights Action Camera tu kebetulan show Rockafella baru start. So layankan je la dorang buat street dance kat situ.
Yang bestnya dorang ni memang lawak giler. Time volunteers menari paling tak boleh tahan. Ada je yang diorang bahan kan. Memang lawak spontan lah.
Last2 patah balik kat tempat Transformers The Ride tu. Tunggu punya tunggu Irfan tetap tak tido2. Last2 kasi chance la Papa Irfan naik dulu. Nasib baik la Irfan tak berlari merata time tu. Kalau tak jenuh jugak nak ngangkut knapsack Papa Irfan sambil main kejar2 ngan budak kecik itu...huhu...
Sangat bosan masuk dalam tu sorang2. Dah la ke dalam jugak la sementara nak sampai tempatnya. Lepas tu sunyi sepi je. Memang aku sorang2 jalan dalam tu. Dalam hati dok pikir betul ke jalan aku lalu ni. Tak sampai2 pun. Rasa memang nak patah balik je time tu...hahaha...Tu belum naik roller coaster Revenge of The Mummy lagi. Papa Irfan cakap yang tu lagi la seram. Jalan sorang2 dalam gelap siap ada suara dok bisik2 lagi. Kalau camtu confirm aku patah balik :))
Dah keluar tu Papa Irfan cakap nak masuk Revenge of The Mummy pulak. Kali ni memang aku surrender tak nak jaga bag. Nak masuk sini pulak memang tak boleh bawak any loose item. So simpan kat locker je la ye. I nak main kejar2 ngan Irfan nih...huhu...
Tengah main kejar2 ngan Irfan tu ternampak jeep Treasure Hunters ni. Banyak jeep jalan tapi kosong je. Irfan cam tengok je lama2. Terus terpikir nak ajak Papa Irfan naik. Papa Irfan dah keluar dari ROTM tu ingat nak shift masuk pulak. Tapi lepas dia cakap roller tu dalam gelap siap ke depan ke belakang laju2. Menjunam lagi. Nak masuk pun dah seram. Dah keluar terus sakit kepala pulak tu. Dah la tak ada geng. Kalau ada berani jugak la nak try. Last2 tak jadi masuk T_T
Lepas tu tengok2 jam macam ada masa lagi nak jalan2 before USS tu tutup. So kitorang decide naik je la jeep Treasure Hunters yang bosan itu...hehe...Beratur pun tak panjang sangat. Tapi sementara nak dapat naik Irfan sempat lagi tido kat bahu papa dia. Dah dapat naik tu tengah mamai sebab kitorang kejutkan lagi...hoho...Dah nak turun tu baru la dia kemain semangat lagi pusing2 stereng tak nak turun pulak :D
Lepas tu patah balik kat area Tranformers tu dengan harapan dapat tido kan Irfan. At last berjaya jugak...hehe...Terus repeat naik ride Transformers tu...haha...Tak tahan ok. Sampai 2 kali naik. Takut teringat2 balik kang baik naik je alang2 Irfan dah tido dengan nyenyaknya. Siap tido beralaskan handbag mama dia lagi. Tu Papa Irfan punya keje. Before tu Irfan tido beralaskan peha mama dia je ok :P
Second time naik ride Transformers adalah sangat tidak best ye. Naik 3 orang lagi. Tapi kali ni dengan 2 orang perempuan. Dua2 diam membisu macam tengah tengok movie. So memang tak ada feel lansung. Bukan sebab dah tau mende tu camne. Tapi sebab kena dok diam sambil jerit2 dalam hati T_T
Kitorang just masuk lane Single Riders tu je. So memang tak payah beratur lansung. Jalan je lenggang kangkung lepas tu terus naik. Tapi ada jugak yang masuk as single rider tapi kat dalam tu tetiba ada geng kan. Nak cepat punya pasal.
Sebab ada masa lagi Papa Irfan pegi test naik roller coaster Battlestar Galactica ni. Ada 2 jenis. 1 Human 1 lagi Cylon. Cylon ni kira lagi mencabar dari Human la kot sebab kaki tergantung2 je. So kasi test yang lagi extreme dulu. Ingat nak naik lepas tu tapi memikirkan esoknya nak round2 Singapore pulak terus tak jadi. Takut kang sakit2 tengkuk badan bagai. Biasanya aku gitu la. Time naik tak rasa apa2. Siap repeat sampai lebam. Esoknya mula la 1 badan sakit2...huhu...Lagipun tak nak amik risiko duduk sebelah orang yang sunyi sepi je time naik tu...huihhh...Tak sangguppp!
Dah nak balik tu nak angkat Irfan terus automatik dia terjaga...huhu...Next time kalau datang harus la bawak stroller. Senang sikit nak pegi mana2 tak kacau dia nak tido. Kebetulan time nak keluar tu ada show Daddy's O ni ha. Layankan je la. Suara dorang pun sedap. Siap ada lagu yang Irfan suka lagi ;)
Before keluar singgah Universal Studios Store dulu. Tengok2 apa yang boleh dibeli.
Time ni Irfan dah mengantuk sesangat dah. Habis ditonyoh2 mata tu.
Ni ha muka tak lalu tu. Serius tersangat penat. Nak senyum pun rasa dah tak larat kot time ni :D
Dapat je naik bas memang rasa sangat lega masa tu. Sebab dapat meluruskan kaki yang rasa macam dah nak cramp tu...huhu...Tak lama naik bas terus tertidur. Memang 1 bas tu diam je la. Tapi yang tak tahannya time tengah2 sedap tido tu kena turun berkejaran lagi kat Imigresen. Memang spoil betul lah T_T
Balik tu sampai je hotel terus keluar cari makan. Gila menggigil kelaparan akibat ikat perut dekat USS...hahaha...Last2 kitorang makan kat kedai yang namanya Singgah Selalu ni. Cam food court kot sebab banyak stall lain. Ni je kedai yang paling dekat ngan hotel and nampak macam meriah.
Tapi lepas makan situ kitorang tak rasa nak datang dah la lepas2 ni. Nama je Singgah Selalu. Tapi aku lagi tak nak singgah lansung ada la :P Sebabnya makanan kat sini mahal2 belaka. Memang portion dia agak banyak tapi kalau setakat nak datang makan 2 orang adalah sangat tidak berbaloi.
Balik je hotel siap2 apa yang patut lepas tu tiga2 pengsannn. Irfan orang 1st pengsan..huhu...Penat yang amat tapi seronokkk. Terus berangan nak datang lagi. Memang tak puas hati datang sekali je. Dah la banyak jugak ride ngan show yang kitorang tak sempat cover.
Dan ini adalah hasil belian kat USS store.
1 je actually. Fridge magnet yang cenonet ni. Rasa mau fitam ok lepas tengok harga barang2 dalam tu. Lepas convert la kan. Kalau tak convert memang tak kan sedar diri punya la menyopping :P
So beli 3 mende tu je la kat USS. Sayang sangat nak keluarkan duit. Rasa cam miskin je bila sampai Singapore. Cuba pegi ke Jakarta ke Bandung ke. Sure boleh feeling jutawan kan ;) Lagipun takut duit yang dah tukar tu habis. Malas nak tukar since esoknya nak round2 kat Singapore pulak. Bila la lagi dapat ke USS kan. Dok terbayang2 lagi nih. Over tauuu! Irfan pun kemain melompat2 bila tengok iklan USS kat TV. Maybe dia ingat la tu dia ada pegi situ. Bandung pun aku dah lama berangan nak pegi tapi tak sampai2 lagi. Semua tempat nak pegi macam la kaya sangat kannn...huhu...Hanya mampu berangan je buat masa sekarang =)
No comments:
Post a Comment