nuffnang

Wednesday, November 14, 2012

Majlis Perkahwinan Adina & Khairul 10-11-12

10/11/2012 - Sat

Sambung cerita kenduri sebelah malam. Mulakan entry dengan gambar Irfan yang sibuk selongkar beg cousin dia. Lepas tu buat macam harta sendiri T_T





Tema rombongan kitorang malam tu adalah biru. Berbiru-biruan la kami malam tu. Kelam kabut balik tukar baju pulak sebab gap tak lama pun between habis kenduri akad nikah ngan kenduri malam tu. Sempat nak solat and bersiap2 je.


Sampai2 rupa2nya kami terawal pulak. Pengantin perempuan tak siap lagi. Sejam nak bersiap mana sempat kan. Tu pun awal2 tetapkan masa berarak pukul 8. Kitorang sampai pun dah agak lambat 8 lebih. Malam tu still hujan. So time pengantin nak berarak masuk kitorang memang dah dok dalam...hahaha...Belasah je la since malam tak ramai orang sangat dah pun.


Ini budak kecik sudah tido. Elok je dekat nak sampai mata dia terus pejam. So kena la letak dalam stroller sebab tak nak kacau dia tido. Kalau dukung confirm terjaga balik.


Sampai2 terus masuk dalam. Motif nak amik gambar je la kan. Makan dah kenyang petang tu. Kat dalam memang penuh ngan family kitorang je..huhu...


Yang paling setia of coz la bebudak ni. Awal2 dah bersusun depan pelamin. So dorang la paling excited bila disuruh bergambar dengan pengantin ;)


Budak2 yang seronok dapat Mak Su baru.


Ni pun tak semua masuk dalam gambar. Jenuh la Mak Su dorang nak hafal nama sorang2 kan ;)


Lepas tu amik gambar ngan mak n ayah...


Macam biasa amik gambar ngan family masing2. Dah ala2 time raya pulak =) Abang Long n family...


Abang Ngah n family...


Abang Din n family...


Kak Ji n family...


Abang Ju n family...


And last but not least my very small family =) Time sampai turn kitorang time tu jugak la pergi kejut Irfan. Pak Su kawen sekali je Irfan. Harus la masuk dalam gambar ye ;)


Dah habis by family next category pulak...hehe...Dah macam award dah. Ni kategori parent and adik-beradik. Dan calon2nya adalah...


Gambar pun ala kadar je la ye. Asalkan ada je. Mostly memang semua pandang kamera photographer pengantin je.


Kategori parent, adik- beradik dan ipar lelaki...


Kategori parent, adik beradik dan ipar perempuan...Haaa banyak ok kategori. Tu pun ada yang nak tambah kategori negeri la bagai...hahaha...Kalau camtu sampai esok pun tak sudah bergambar. Memang riuh ngan kitorang je la time nak amik gambar sebab kitorang ramai. 


Habis je sesi bergambar Irfan buat kuih pulak. Terpaksa la tumpang toilet situ. Toilet kat dalam bilik pengantin pulak tu T_T 


Kalau tak tukar pampers memang tak masuk pun bilik pengantin. Tapi alang2 dah masuk amik la gambar kan ;)


Sangat sweet n simple bilik pengantin. Cadar n langsir pun cantekkk =)


Malam tu makan kuey teow goreng sebab petang dah makan nasi. Budak2 berjimba kat pelamin sebab pengantin dah tak ada.


Termasuk la si kecik Irfan.


Punya la excited. Rumah orang pun dah buat macam rumah sendiri. Ni belum dengar dorang jerit2 lagi. Mau pitam. Dah balik tengok gambar baru tau ada kejadian sebegini rupa. Irfan pun sempat jugak nak interframe tu T_T


Papa Irfan pun kemain soh lompat2 kan nak amik gambar. Mana tak seronoknya...huhu...



Hantaran pihak perempuan kepada pihak lelaki. 11 dulang.


Balik tu lepak2 lagi. Irfan sibuk ngan handphone Mak Lang dia. Last2 mama dia posing sorang2...huhu...



Antara hantaran yang boleh dimakan...Kek velvet ngan Ferrero Rocher. Tapi tak ada la sampai nak habiskan semua kan. Yang hantaran lain tu hanya boleh dipandang je la ye ;)


Habis sudah cerita kenduri Sabtu hari tu. Selamat Pengantin Baru to Khairul & Dina. Best nyer lahai jadi pengantin baru. Next tengah saspens tunggu kenduri belah kitorang pulak. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar. Aminnn...Sori la sebab tak dapat nak jemput korang. Maklum la kenduri orang kan =)


Rasa macam terkejut2 je minggu ni. Isnin kerja, Selasa cuti. Baru Monday blues tetiba dah rasa hari Sabtu. Tengah seronok2 cuti tetiba rasa macam dah hari Isnin balik. Kang esok cuti rasa macam hari Ahad pulak...haha...Tapi hari Jumaat dah tak rasa mcam hari Isnin balik sebab aku cuti. Cuti kena jaga Irfan n siap2 untuk kenduri Ahad ni pulak =)

p/s: Selamat menyambut Awal Muharram =)

No comments: